Ads by nuffnang

Sunday, October 24, 2010

"AYUH SHOPPING KE BANDUNG IBUK......?"


Sebut saja Bandung, Indonesia,  di kotak fikiran kita terus terbayangkan deretan "Factory Outlets" yang menanti dengan setia pengunjungnya.

Tak lupa juga Pasar Baru, lokasi untuk membeli tudung, telekung, batik, kain  cotton dan bermacam macam barangan untuk kegunaan sendiri mahupun untuk dijual, pokoknya bawa saja jutaan rupiahnya.

Makanan di sini juga menawarkan pelbagai pilihan, samaada masakan Padang, Jawa atau Sunda,  antara yang sering dikunjungi pengunjung dari Malaysia adalah Kampung Daun, kira-kira 35 minit perjalanan dr Kota Bandung.


Awal tahun ini,  saya ke sana, bersama dua sahabat sekadar untuk bercuti, justeru banyak jugalah tempat dilawati dan mencuba pelbagai masakan yang enak belaka dengan harga yang berpatutan.

Mungkin sudah suratan takdir.

Pertengahan Julai lalu, sekali lagi saya ke sana, tetapi kali ini untuk tugasan bersama Norlizah Yusof, Penerbit Raya Pertamaku dan Jurukamera Jebat M Roseli.

Sebelum ke Bandung, tugasan kami di Jakarta, merakamkan pertandingan Bowling Terbuka Indonesia yang disertai beberapa pemain kebangsaan Malaysia.

Fokus kami kepada Shalin Zulkifli, untuk sebahagian daripada visual program Raya Pertamaku tayangan TV9 mengenai dirinya.

Shalin tidak berjaya untuk mengekalkan kejuaraannya seperti tahun lepas, bagaimanapun, ia tetap di menangi pasukan Malaysia menerusi seorang lagi pemain senior iaitu Zatil Iman.

"Tahniah ya dik, bila nak belanja akak makan????"


Bersama dua pemain Bowling Kebangsaan- Shalin Zulkfli dan Zatil Iman
 Menyambung tugasan di Bandung, paparan yang dibuat juga untuk siaran Aidilfitri TV9, mengenai seorang insan yang setia memikul "tanggunggan" atau "rencatan "demi mencari rezeki halal untuk menyara keluarga.

Kami ke daerah Ciwidey kira kira 2 jam berkereta dari Bandung, bersama Pak Dicy selaku contact person kami.

Baik orangnya, siapa yang ingin bercuti ke sana, saya cadangkan hubungi dia.Beberapa rakan yang ke Bandung juga sering menggunakan perkhidmatannya sebagai tour guide.

Robin memikul "rencatan"


Jambatan keretapi lama Sungapan menjadi saksi saban hari Robin menggunakannya sebagai  laluan  pintas untuk menjual Betagor
Kami diperkenalkan dengan Robin Oman, 35 tahun anak jati Kampung Chantilan Garung, menjalankan perniagaan rumah ke rumah menjual Betagor.

Betagor adalah sejenis makanan tradisi masyarakat setempat yang diperbuat daripada tauhu dan dilumur dengan tepung ikan. 

Ia enak dimakan dengan sambal kacang atau kicap.

Sebungkus kecil Batagor yang dijual Robin, berharga seribu rupiah kira -kira 30 sen.

Sungguhpun kentungan yang diperolehi seadanya, dia puashati kerana setiap hari jualannya laris dan mempunyai pelanggan tetap.

Isterinya, Rita Palele turut membantu, berjualan di depan rumah di samping mengambil upah menjahit.

Berikutan kami sampai sebelah petang, keindahan sawah terbentang indah, bagaikan sentuhan pelukis, mendamaikan mata memandang.

Sebahagian kawasan sawah padi di Kampung Chantilan Garung

Jebat merakamkan aktiviti membanting padi
Dan tidak kira di mana di mukabumi ini, dunia kanak-kanak tidak boleh dipisahkan dengan menghabiskan waktu sore mereka dengan bermain dengan rakan-rakan.

Nina Aisyah, satu satunya cahayamata Robin dan Rita tidak terkecuali dan Nina gemar bermain badminton.

Gadis kecil berusia 12 tahun itu antara pelajar cemerlang di sekolah dan bercita cita untuk menjadi pendidik.

Nina duduk di hadapan sebelah kanan
Hari kedua, kami meneruskan penggambaran, keluarga Robin sudah tidak kekok berdepan dengan kamera.

Selain menjual Batagor, dia turut mengambil upah bekerja di sawah dan juga bertukang.

Kami kagum dengan sikap dan keperibadian Robin, sungguhpun keadaan kais pagi makan pagi, dia turut membela seorang anak yatim berusia 6 tahun sebagai anak angkatnya.

Rina sudah 3 tahun menjadi ahli keluarga Robin, kasih sayang yang dicurahkan kepada anak yatim itu tiada beza dengan Nina, anaknya.

"Apa kami makan, Rina pun sama, kesian dia anak yatim, perlu dibantu, lagipun dalam Islam galakkan kita bantu orang susah", sesekali Robin mengusap kepala anak angkatnya.

Bagi Robin, biar miskin harta, jangan miskin jiwa, apa yang diburu daripada kehidupan adalah ketenangan jiwa dan kebahagian perasaan.


Nina- anak yatim yang menumpang kasih
bersama Keluarga Robin
 Sungguhpun bulan Ramadan akan menjenguk tidak lama lagi ketika itu, diikuti hari lebaran, Robin bersyukur dengan apa yang ada.


"Untuk lebaran, baju saya dan Rita, ada lagi yang elok, bisa di pakai, enggak payah di beli baru, beli satu untuk Nina dan Rina udah",Robin menambah.


Tersentak perasaan saya seketika.

Kata katanya membuatkan saya dan Liza terus mengurangkan senarai barangan yang hendak dibeli, saat akhir sebelum pulang ke tanahair.

Maklumlah "Factory Outlets" di sini menawarkan harga yang berpatutan, tapi bila teringat luahan rasa Robin, tak perlulah kami tukar lagi rupiah.

Rakaman di sebelah petang lebih kepada aktiviti kanak kanak dan kaum ibu di surau.

Selesai mereka mengaji Quran, saya mendekati Nina dan dua sahabat baiknya,Siti Maisarah Rais dan Fatin Munawarah Marman.

Saya bertanyakan apakah mereka tahu apa yang terjadi di Palestin dan ini jawapannya.

Nina Aisyah Robin, "Saya tidak suka dengan perang perangan, saya suka hidup damai seperti di sini dengan keluarga dan teman-teman".

"Cikgu kata kita patut doakan kawan kawan di Palestin supaya hidup mereka selamat dan tidak lagi jadi perang-perang", Fatin mencelah.

"Mereka juga kiranya macam kawan kawan saya. Saya juga mendoakan supaya hidup mereka selamat, aman dan sejahtera, bisa sekolah seperti saya yang berada di Bandung", Siti Maisarah melontarkan kata-kata.

i
Bersama keluarga bahagia Robin Dan Rita

Itulah suara hati dan pandangan ikhlas daripada kanak-kanak yang inginkan episod kehidupan mereka di warnai  dengan hidup aman harmoni.

Tetapi kenapa ada segolongan manusia yang tidak memahami erti kasih sayang?

Kenapa segelintir manusia yang rakus dengan kekuasaan, hinggakan kanak-kanak tidak berdosa menjadi mangsa peperangan?

Bagi Nina, setiap makhluk bernyawa, di bumi ciptaan Illahi ini, mendambarkan kasih sayang.

Dia sungguh bertuah mempunyai Robin sebagai ayahnya dan Rita sebagai ibu yang menyayangi dan mengambil berat tentang dirinya.

Hidup serba sederhana, tetapi kaya dengan kasih sayang dan sentiasa memohon keredhaan Allah.....





4 comments:

  1. bagus sekali.............. menambah rasa kemanusiaan

    ReplyDelete
  2. cmne nak contact tour guide yang baik tu pak dicy,...
    email saya..man_chems86@yahoo.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...