Ads by nuffnang

Sunday, March 13, 2011

MENGHITUNG HARI......bersama Krisdayanti....

Jika penyanyi yang terkenal dengan lagu
"Menghitung Hari" iaitu Krisyanti "menghitung hari"
untuk melangsungkan perkahwinan keduanya tidak
lama lagi, saya turut "menghitung hari" tetapi bukanlah
untuk melangsungkan perkahwinan tetapi menggalas
tugasan Jejak Rasul 17.

Gambar kenangan dengan Krisdayanti ketika menjadi tetamu
Malaysia Hari Ini  tahun 2004



InsyaAllah krew Jejak Rasul kumpulan A
(saya, Ezzah, Zahir dan Sharil) dan kumpulan B
(Wan Farid, Fadli dan Man) akan berlepas pada
Selasa ini jam 9.50 pagi.

Justeru kami perlu berada di Sri Pentas jam 5 pagi
dan bergerak ke KLIA jam 5.30 pagi.

Kami perlu berada lebih awal di KLIA kerana
perlu "declare" segala peralatan kamera kami
dengan pihak Kastam.

Maklumlah barangan yang dibawa boleh tahan
banyak dan boleh tahan "mahal" harganya.....

Saya rasa rakan rakan juga tidak terkecuali jika
akan ke luar negara samaada untuk bercuti 
mahupun bertugas, dua tiga hari sebelum
berlepas banyak perkara yang bermain di
kotak fikiran.....

Dah susun baju tetiba rasa nak bawa baju lain
pulak, ada satu kasut rasa nak bawa sandal
pulak....

Yang pasti makanan seperti mee segera,
serunding, sambal ikan bilis dan biskut antara
perkara yang tidak boleh dikecualikan....

Mohon rakan rakan mendoakan krew Jejak Rasul 17
selamat pergi dan kembali ke tanahair dgn membawa
wadah dan paparan masyarakat Islam di bumi Rusia
serta Ukraine untuk tatapan sepanjang Ramadan ini......

14 comments:

  1. semoga Allah permudahkan segala urusan,have a pleasant journey cik inn

    ReplyDelete
  2. semoga perjalanan sis dipermudahkan...insyaALLAH...;)

    ReplyDelete
  3. Semoga Kak Lin dan team selamat menjalani tugas ya..

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan Allah..
    sy suka tengok Jejak Rasul..:)

    ReplyDelete
  5. assalam
    smga urusan akak dipermudahkan oleh Allah SWT
    amin...

    ReplyDelete
  6. Terima Kasih kepada rakan rakan yang mendoakan keselamatan kami.....Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian yang mendoakan kami yang bermusafir ke negara orang untuk memaparkan perkembangan saudara seagama kita di sana....

    ReplyDelete
  7. As salam akak,
    Moga segala nya dipermudahkan oleh Allah SWT..AMIN
    selamat Bertugas @ BERKORBAN APA SAJA
    TAHNIAH...dari Bahulu.com & Family

    ReplyDelete
  8. As Salam Chik Inn..dah nak pergi yea...saya doakan selamat pergi dan kembali. Semoga Allah memberkati segala perjalanan dan pekerjaan Chik Inn dan krew. Jangan lupa update yea. Wish u all the best:)

    ReplyDelete
  9. as-salam

    muge perjalanan cik inn dan krew yang lain selamat pergi dan selamat kembali dan sentiase dalam lindungan dan rahmat allah, insy allah..

    ReplyDelete
  10. Salam.
    Ayg doakan perjalanan cik in dan krew2 lain selamat dan berjaya merakamkan sebanyak mungkin info2 utk jejak rasul kali ni. Semoga Allah permudahkannya.. Berapa lama ni nak dok sana?

    ReplyDelete
  11. semoga selamat semuanya..
    selamat perjalanan dan kerja Cik Inn dan rakan2 sepasukan..

    semoga Allah permudahkan segalanya...aminn!

    ReplyDelete
  12. Selamat menjalankan tugas.. Kitarang tunggu ditayang kan nnti..

    ReplyDelete
  13. salam kak chik
    moga selamat pergi dan selamat kembali...kami tak sabar untuk menuggu hasil jejak rasul 17

    ReplyDelete
  14. moga dipermudahkan segala urusan chik inn nanti...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...