Ads by nuffnang

Sunday, July 31, 2011

"Selamat Menjalankan Ibadah Puasa...."

Semalam saya baik ke Klang dan singgah di Pasar Malam.

Biasalah dah nama pasar malam memang ramailah
pengunjungnya.

Lepas dah beli buah buahan dan sedikit kuih muih, 
saya pun  memandu pusing pusing di deretan kedai 
dan pusat membeli belah yang telah mula mempromosikan 
jualan raya.

Lampu kelip kelip berbentuk ketupat lah, bulanlah, 
bintanglah menghiasi kedai untuk menarik pengunjung.

Yang saya tak boleh tahan dan kacau jiwa sekejap, 
bila lagu raya pun dah dipasang dengan kuatnya dan 
berlawan lawan antara satu sama lain.

MasyaAllah......

Puasa pun belum tapi lagu raya dah berkumandang....
macam macam cara promosi.....

Apa pun, sedikit perkongsian buat renungan bersama......

Pesan Jibrail AS kepada Nabi Muhammad SAW, ketika 
hadirnya Ramadan,

"Jangan Lupa Memohon Maaf dengan 3 golongan", 
  • Mohon maaf kepada ibu bapa (jika masih ada)
  • Mohon maaf di antara suami isteri
  • Mohon maaf pada keluarga, sahabat dan                     mereka di sekeliling kita
Justeru saya memohon maaf atas apa apa kesilapan atau 
tersinggung perasaan sepanjang saya menulis di blog ini...

Semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan 
penuh tekun, perbanyakkan amal dan bersedekah pada 
yang memerlukan dan terus dilimpahi rahmatNYA....

Thursday, July 28, 2011

"Kenali Sejarah Islam di Eropah Timur...."

InsyaAllah tiga hari lagi umat Islam akan melangkah ke 
bulan Ramadan dan bermulalah ibadah berpuasa.

Sinonim dengan bulan Ramadan, TV3 tidak boleh 
dipisahkan dengan Rancangan Jejak Rasul yang masuk
tahun ke17.

Jika rakan rakan blogger sediamaklum dalam entri saya
terdahulu, tahun ini penggambaran dilakukan di Rusia 
dan Ukraine.

Justeru petang tadi majlis pelancaran diadakan di Platinum 
Movie Suite, Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara, 
Petaling Jaya, Selangor.

Mungkin rakan tertanya kenapa dilancarkan di panggung
wayang tidak di Sri Pentas, jawapannya adalah, buat 
pertama kalinya rancangan Jejak Rasul 17 ini diterbitkan 
dalam Format Definisi Tinggi (HD).

Bila tenguk kat panggung wayang...huh visualnya memang 
berbeza daripada biasa.....kira bila salji turun nampak sebutir
sebutirlah....

Pelancaran musim terbaru ini diserikan dengan kehadiran 
tetamu dan dif kehormat seperti Menteri Luar, Dato Sri 
Aniffah Aman, Duta Russia dan Duta Ukraine ke Malaysia,
Pengarah Urusan dan warga RHB Islamic Bank Berhad,
selaku penaja utama rancangan dan ramai lagi.


Jadi rakan rakan semua, jangan lupa ikuti penggembaraan
Jejak Rasul menyingkap kebangkitan Islam di Eropah Timur 
dengan menyelami budaya, resam hidup dan sejarah lampau 
penduduk Islam berketurunan Slavic, Tatar serta Caucasus 
di Rusia dan Ukraine.

Hayati perkongsian episod kehidupan golongan veteran 
dan juga penemuan seperti masjid yang tidak dibenarkan 
beroperasi pada era Komunis.


Juga menikmati keindahan panorama musim bunga di 
Dagestan, Chechnya, Kiev dan Crimea.


Bermula pada 1 Ogos 2011 jam 6.30 petang.......


SELAMAT MENONTON DAN SELAMAT BERPUASA..........

(gambar di bawah sekitar Majlis Pelancaran Jejak Rasul 17)



Bersama Norzie, Datin Annahita dan Fieza

Suara Zainal Ariffin Ismail sinonim dengan program Jejak Rasul



Gimik memecahkan Logo Jejak Rasul dalam ais oleh Dato Sri Aniffah dan 
En Izham


Ditemuramah wartawan MHI

Duta Rusia ke Malaysia -Lyudmilla G Vorobyeva

Ezzah beramah mesra dengan Haji Jalaluddin Konsul Kedutaan Ukraine


Wednesday, July 27, 2011

"Ulangtahun Primeworks Studios..."

Hari ini genap Primeworks Studios atau PWS berumur
tiga tahun.

PWS ini adalah anak Syarikat Media Prima Berhad yang 
menjadi penyumbang utama kepada pelbagai produksi 
rancangan untuk siaran khususnya TV3 dan TV9 juga 
untuk NTV7 dan 8TV.

Kalau rakan rakan blogger tenguk di akhir rancangan yang 
ada tulis terbitan dan logo "PRIMEWORKS STUDIOS", itulah
tempat saya dan rakan rakan berkarya......

Justeru petang tadi adalah jamuan ringan diadakan untuk
mengeratkan silaturahim dikalangan wargakerja PWS,
di pejabat kami di tingkat satu sayap kanan Sri Pentas......

Sungguhpun kami satu pejabat, kadangkala jarang 
berjumpa kerana masing masing ada tanggungjawab
yang perlu diselesaikan mengikut tugasan diamanahkan.

Alhamdulilah, ini kira rezeki sebelum Ramadan lah........

Makan itu satu hal, misi dan visi daripada bosses kami...
kena lipatgandakan kreativiti dalam menerbitkan produksi
akan datang.....

InsyaAllah......

Lihatlah keceriaan rakan rakan wargakerja PWS......






Sesi potong kek oleh bos bos besar PWS


Rakankerja dah kenyang makan ........




Beratur dengan penuh kesabaran.......


Teruskan bersama terbitan PWS untuk produksi produksi di 
TV3 dan TV9.....

Sunday, July 24, 2011

Selamat Pengantin Baru Nurul Syuhada dan Raja Amir......

Tahniah kepada pasangan pengacara Majalah 3 
Nurul Syuhada Nurul Ain dengan Raja Amir Shah.

Mereka bernikah 16 Julai lalu dan sebentar tadi resepsi 
kedua di adakan di Sime Darby Convention Centre di
Bukit Kiara.

Kedua pengantin bagaikan pinang dibelah dua.

Moga pasangan ini melayari bahtera rumahtangga dengan 
bahagia dan hingga hujung nyawa.

Ada sedikit photo yang sempat saya rakamkan 
menggunakan Blackberry, maaflah tak berapa jelas 
kerana ramai jemputan turut ingin merakamkan pasangan 
sama cantik sama padan ini.

InsyaAllah tidak lama lagi rakan rakan blogger pasti dapat 
melihat photo persandingan mereka di majalah dan akhbar.

Tahniah sekali lagi Nurul........

Menu yang memang menyelerakan....








Thursday, July 21, 2011

Durian Runtuh di Sri Pentas.......

Petang tadi di Sri Pentas bagi penggemar buah durian,
memang tidak melepaskan peluang untuk menjamu 
buah durian...

Ini bukanlah kali pertama diadakan Pesta Durian....di 
perkarangan Sri Pentas...


Sudah beberapa tahun diadakan dan siap ada pertandingan
staf paling banyak makan durian lagi....

Bermula jam 5 petang, berbakul bakul buah durian 
memenuhi ruang lobi Sri Pentas.....dan warga Media Prima
dari pelbagai stesyen dan unit sama sama menjamunya......

Syaratnya boleh makan seberapa banyak yang diingini 
tapi tak boleh tapau atau dibawa balik.......

Apapun bagi yang ada 'penyakit" macam saya makan 
seadanya lah........

Orang kata makan tu kena beringatlah.......

Rakan rakan menikmati Raja Buah


Staf Program Safiya TV9 sambil makan sempat posing lagi....

Kak Jun dan penyampai sukan Nik Maihan betul betul "enjoy"...


Kalau panas badan jangan lupa minum dalam kerongsong durian tu dik.....





Sahabat saya Lina dah kekenyangan durian......

 

Sunday, July 17, 2011

Makan semeja dengan pereka kasut Lady Diana.....

Semalam jadual seharian saya memang padat...

Bermula di sebelah pagi, hantar kereta ke Pusat Servis.

Diikuti tengahari dengan pertemuan dengan keluarga 
sahabat baik saya yang ingin melabur dalam "unit trust'.

Untuk pengetahuan rakan rakan, saya turut menjadi 
perunding "unit trust", buat sikit sikit untuk pendapatan 
sambilan.

Ia adalah pelaburan masa depan.....boleh melalui potongan
KWSP mahupun secara tunai.

Kalau rakan rakan blogger berminat dan nak tahu lebih lanjut
mengenai pelaburan "unit trust" insyaAllah kita boleh buat 
temujanji....

Ok meneruskan entri saya, sebelah malamnya pulak saya ke 
sebuah hotel terkemuka di Jalan Bukit Bintang menghadiri 
majlis persandingan Raja Sehari bagi pasangan 
Nadia Datuk Fuad dan Mark Rodriguez Abdullah.

Nak sampai ke hotel tu.....punyalah "jammed" gila, 
malam minggu kawasan itu dikatakan selalu sesak......

Nadia pernah bertugas di Media Prima manakala Mark 
masih lagi di Media Prima di bahagian pemasaran.

Nadia ini adalah kakak ipar kepada anak saudara saya, 
Hisham Halim.

Justeru saya ke majlis terbabit bersama kakak saya
(mama Hisham) beserta adik, kakak dan abang ipar 
Hisham.

Sampai ke GrandBall Room kami di bawa masuk dan 
ditempatkan di meja 33 berhampiran dengan meja 
makan pengantin.

Kebetulan sepasang tetamu memang dah duduk di meja.

Dan pasangan terbabit tidak lain dan tidak bukan pereka 
kasut dan beg yang tidak asing lagi Datuk Jimmy Choo,
yang pernah menghasilkan kasut untuk Lady Diana dan
ramai lagi selebriti terkenal dunia......

Datuk Jimmy Choo ini memang kenalan baik kakak saya
mahupun keluarga pengantin.

Saya pun dah beberapa kali menemuramah Datuk Jimmy
antaranya untuk Potret Kejayaan tahun 2002 di London.

Rakaman Potret Kejayaan di London 2002
Krew Potret Kejayaan turut merakamakan aktiviti Chef Wan di London

Datuk Jimmy ini memang "maintain" aja wajahnya dan tak
senang dia nak makan, ada saja orang bertegur sapa dan
ingin bergambar dengan dia.

Selebriti dan orang glamer.... biasalah kan.....

Jika masa anak anak saudara saya kecil, saya selalu
"kena' kan mereka, bila mereka dah dewasa, mereka pulak
mengenakan saya.

Pernah saya tulis entri sebelum ini mengenai kisah mereka
dan David Copperfield.

Al kisah...sambil makan dan berbual, Mariana dengan 
sengaja memaklumkan pada Datuk Jimmy yang saya 
ingin bergambar dengannya.

"Datuk...my aunty.....she want to take photo with
you lah.....", Mariana bersuara dan tersenyum 
memandang saya.

"She shy to ask...."

"Sure...sure...no problem...." jawab Datuk Jimmy....

Mak Oii.... saya bukan lah nak bergambar dengan
Datuk Jimmy, masa tugasan dulu pun memang
banyak koleksi photo dengannya, tapi dah Mariana
cakap macam tu....saya serba salah dan bergambar
ajalah.......

Mariana suruh saya berdiri di belakang Datuk Jimmy,
tapi bagi saya cukuplah sekadar duduk bergambar
bersama kakak saya yang memang duduk di sebelah
Datuk Jimmy...


Terima kasihlah Nana ......kenalah mak sedara.....
tapi oklah juga adalah entri yang boleh dikongsi
hari ini.....

Pengantin beramah mesra dgn tetamu/sahabat handai (maaf photo blurr sikit)

Bagi pasangan Nadia dan Mark... 


Selamat pengantin baru.... moga bahtera yang dilayari
sebagai suami isteri berkekalan hingga hujung nyawa....


Thursday, July 14, 2011

" Canggihnya Panggung Wayang Platinum"

Dalam sibuk dengan tugasan pos-produksi Jejak Rasul, 
Intai Intai Deko dan Rona-Irama Rentak Kehidupan, 
tengahari tadi sempat 'recce' atau buat tinjauan sebentar 
ke CathayCineplexes di pusat membeli belah The Curve.

Bukanlah saya ke sana menonton wayang tapi kerana 
'recce' lokasi untuk pelancaran program "Jejak Rasul" 
dijangka pada 28 Julai, InsyaAllah dua hari sebelum umat 
Islam di tanahair memulakan puasa.

CathayCineplexes ni bukan sekadar panggung wayang,
ia turut dijadikan lokasi untuk acara acara tertentu.

Masuk ke bahagian "Platinum Movies Suites", mak 
oii.... macam masuk ke lobi hotel mewah...







Saya ni bukanlah kaki wayang, masuk panggung satu
atau dua kali setahun pun belum tentu, lazimnya
tenguk di televisyen aja.


Melihatkan keadaan ruang menunggu saja ternyata
menggambarkan status "platinum" dengan adanya
sofa yang empuk, kerusi urutan Ogawa,"game station",
"PC Station", bahan bacaan dan itu belum lagi panggung 
yang memuatkan kurang daripada 30 penonton saja.


Dengarnya kerusi dalam panggungnya empuk, ada minuman 
ringan serta siap ada bantal dan selimut lagi.


Tak sempat nak ambik gambar dalam panggung kerana 
ada filem sedang ditayangkan, kalau tak silap
Harry Potter.


Tidak hairanlah tiket bagi seorang penonton di "Platinum
Movies Suite" ini 4 ke 5 kali ganda daripada biasa.

Diskusi penyelarasan pelancaran Jejak Rasul



Saya pasti ada di kalangan rakan rakan blogger pernah
menonton di "Platinum Movies Suite" kan........

Saya memang tak pernah lah........

Monday, July 11, 2011

"Gendang Gendut Tali Kecapi........"

Saya ni kalau banyak fikir pasal kerja, maka selera makan 
pun boleh tahan.

Masa di Beijing baru baru ini, tenguk di Coffee House hotel 
dan beberapa restoren di pusat membeli belah di dewan 
pameran sekadar pandang dan berlalu sajalah.


Satu pagi tu masa di Coffee House hotel dan pusing di
buffet penyediaan makanan, Liza beritahu hidangan 
Dim Sum yang disediakan memang nampak 
menyelerakan.

Namun kami sekadar menelan air liur ajalah.

Makan ajalah buah, roti dan bijirin dengan susu....


Dalam hati saya terdetik, balik KL nanti nak cari 
Dim Sum halal lah.....


Sabtu lepas nak ajak beberapa member rapat makan
Dim Sum tapi masing masing malas nak keluar rumah 
maklumlah tak nak terperangakap dengan kesesakan 
Perhimpunan Bersih.....


Malam ini nasib saya baik kerana anakbuah saya sudi
menemankan makan Dim Sum di Kota Damansara.


Kami pun makan lah di restoren "Jom Cari Makan" 
yang menawarkan pelbagai jenis hidangan dengan 
harga berpatutan.

Akhirnya dapatlah saya menikmati Dim Sum yang
diidamkan.....


Pelbagai jenis Dim Sum





Terlalu asyik makan, seorang rakan lama tegur
saya dan pada mulanya saya macam "blurr" nak 
mengingatkan namanya......


Rupanya Laila, bekas warga Media Prima juga......

Bersama Laila dan puterinya di depan Restoren



Tu lah kalau dah lama mengidam nak makan sesuatu
bila dah dapat langsung berada di dimensi lain...


Gendang gendut tali kecapi......


Kenyang perut senang hati.....


Alhamdullilah.......


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...