Ads by nuffnang

Saturday, December 31, 2011

Fisio oh fisio........

Lazimnya kalau hujung minggu iaitu pada hari Sabtu
atau Ahad, jika saya tidak ada tugasan luar, saya akan
beriadah atau "fast walking" di Taman Kiara, Taman
Tun Dr Ismail.

Tapi pagi ni selepas sarapan pagi jam 8 saya terus
ke AmpWalk Mall, Jalan Ampang untuk sesi fisioterapi
di DBC physiotherapy & Active Rehabilitation Centre.

Ini rentetan kepada keputusan MRI yang saya buat
tempuhari kerana masalah lengan kanan saya.

Saya di jangka berulang alik ke sana di antara enam
ke lapan minggu, andainya tiada perubahan, kenalah
saya buat pembedahan.

Pusat fisio ini nampak macam gimnasium, tetapi
sebenarnya sesi latihan yang diatur untuk setiap
pengunjung.....aduh macam nak tercabut lengan
saya lebih lagi dikatakan otot otot dah jadi malas....

Petugas di sana yang kebanyakannya golongan
muda, sangat peramah dan sentiasa memberi
semangat.

Nampak aja sebahagian peralatan yang digunakan
"sempoi" tapi bila menggunakannya, memang
mencabar.....

Jagalah kesihatan sebaik-baiknya.....

Antara petugas di DBC


Nampak aja macam stereng kapal tapi bila menggunakan terasa segala
otot lengan macam nak tercabut



Tahun 2011 akan melabuhkan tirai dan selamat
datang 2012.

Moga tahun mendatang ini memberi kita semua kesihatan
yang baik, dimurakan rezeki, dipermudahkan segala
episod kehidupan kita dan sentiasa mendapat hidayah
dan dalam peliharaanNYA.

Thursday, December 29, 2011

Sarapan pagi bersama Neelofa......

Pagi ini unit kami mengadakan "pot luck" sarapan
bersama staf Primeworks Studio khsusnya unit "Magazine
and Documentary".

Bukannya majlis khusus, sekadar suka suka akhir tahun.

"Pot luck" kali ini beberapa staf "otai" yang
bertanggungjawab untuk membawa makanan iaitu
Azizah Ariffin dengan beehonnya, Noraini Tahir menaja
nasi lemak, Nuraeshah Malik dengan roti jala,
Junaidah Md Din popiah otak otak, Hartina Harun puding
jagung dan saya  dipertanggungjawabkan untuk
penyediaan minuman.

Kalau saya nak buat sendiri air memang payahlah,
jadi saya menempahlah dari kantin kami.

Nak jadikan cerita, rakan rakan dah mula bersarapan pagi,
Teh Tarik 2 jag dan Nescafe O, 2 jag tak sampai juga,
maka jadi bahan lawaklah air yang sampai lewat tu.

Dok tengah asyik menikmati sarapan pagi,
pelakon meningkat nama Neelofa kebetulan ada di
pejabat kami untuk rakaman Nona, maka kami pun
jemputlah dia makan bersama.

Dan kesempatan yang ada turut diambil saya dan rakan
untuk mengabadikan gambar dengan Neelofa.....kira
tambahan koleksi bersama artislah......

Wardina yang baru selesai mengacarakan Malaysia Hari Ini
turut bersarapan bersama kami.

Akhir bulan depan, staf "peringkat pertengahan" pula yang
akan menyediakan "pot luck".

Beginilah antara cara staf PWS merapatkan hubungan
silaturahim, kalau makan di kantin masing masing duduk
berasingan.

Jadi kalau macam ni, duduk bersama sambil
berbual dengan pelbagai topik antaranya persediaan
anak anak untuk ke sekolah di samping perancangan
produksi untuk tahun depan.



Air tak masak lagi ke Chik Inn????? Rakan rakan mengusik.........

Akhirnya sampai juga Teh Tarik dan Nescafe O

Kek tajaan Aien



Neelofa nak minum agak terganggu kerana ada saja staf nak ambil gambar dengannya.



Wardina dengan aksi tersendiri


Monday, December 26, 2011

Siapkan beribu ringgit untuk ke JPO..........

Semalam seharian saya di Selatan Tanahair kerana ada
temujanji dengan responden bagi tugasan program baru
Saksi Maut.

InsyaAllah rakaman penggambaran akan dibuat pada
minggu pertama Januari tahun depan.

Entri mengenai penggambaran di sana akan saya
kongsikan kemudian.

Hari ini saya ingin menulis sikit mengenai satu lokasi
tarikan terbaru di Johor khususnya di Kulaijaya iaitu
Johor Premium Outlets atau JPO.

Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Disember lalu.

Rasanya ramai rakan blogger dah mengetahui mengenai
JPO malah saya pasti ramai juga dah sampai ke sana.

Berikutan semalam, hari  x'mas dan cuti bersambung
hingga ke hari ini, punyalah ramai pengunjung
memanafaatkan cuti bersama keluarga serta rakan
dan rasanya JPO antara menjadi pilihan.

Tak tahulah memang nak beli belah atau sekadar nak
berkunjung macam saya juga.

Ibarat kata kalau orang tanya, dah sampai JPO, maka
pastilah jawapan saya dah sampai.....

Terdapat lebih 80 jenama yang dijual dengan
menawarkan potongan harga sebanyak 25 hingga
65 peratus saban hari.

Beberapa butik yang menjual beberapa "jenama"
yang memang digemari, pengunjung perlu berbaris
panjang untuk masuk ke butik.

Mak oiii......tak laratlah .....saya nak beratur lama,
memang tak dinafikan harga yang ditawarkan memang
agak rendah, tapi perlu beratur nak masuk, beratur
nak cuba pakaian yang hendak dibeli, beratur
untuk membayar.....

Nak beli makanan ringan, bayar tempat letak kereta,
nak ke tandas pun perlu beratur panjang, sabar ajalah......

Sebab ramai sangat orang, lagipun temujanji saya
dengan responden di Kota Tinggi sebelah petang,
maka kira saya ke JPO tu Touch and Go ajalah.

Saya hanya beli satu kemeja Timberlands sebagai
kenangan dah sampai ke sana......kira baju kerjalah....







Bagi saya, nak membeli belah tu tak kira di mana sekali
pun, yang paling penting, bila membeli, perlu lah
membeli dengan berhemah dan elakkan pembaziran.....


Thursday, December 22, 2011

HILANG 2 INSAN TERSAYANG.......

Tatkala ajal sudah ditentukan, sesaat tidak dapat
lari, hanya perasaan menyimpan perasaan yang 
meruntum hati.....

InsyaAllah, Januari 2012, satu program baru akan
ke udara di TV9 setiap Selasa jam 10.00 malam.

Ia memfokuskan kepada beberapa individu yang
menyaksikan sendiri beberapa tragedi meragut
jiwa yang disaksikan di depan mata dan menjadi
ingatan sepanjang hayat.

Korban nyawa tidak kira kemalangan jalanraya,
kebakaran, lemas, tanah runtuh mahupun diserang
haiwan.

Pagi tadi saya dan krew produksi program yang
diberi nama "Saksi Maut" ke Jinjang berjumpa
seorang insan yang kehilangan 2 insan tersayang,
anak meninggal diserang asma, suami maut
dilanggar kereta.

Ketika masih berduka dengan pemergian anak
sulungnya kira kira empat bulan lalu, Norhana Roslan,
23 tahun, sekali lagi menerima dugaan tatkala
suaminya maut di sebuah stesen minyak di
kilometer 6.4 meter Jalan Ipoh, 30 November lalu.

Mesra dengan panggilan Ana yang kini hamil
empat bulan, menerima khabar mengenai kematian
suaminya Md Nazi Md Anual, yang bertugas
sebagai pengawal keselamatan jam 6.30 petang.

Ditemani abang iparnya, dia terus ke tempat
kejadian dan dimaklumkan, suaminya telah pergi
buat selamanya.

Alfatihah buat Arwah Nazi.

Tatkala Ana berkongsi isihatinya mengenai kehilangan
insan tersayang, kami turut bergenang airmata.
 
"Saya kini hilang tempat bermanja dan bergantung kasih, 
anak saya kandungkan ini tidak dapat ditatap arwah
yang memang sedih dengan pemergian anak pertamanya",
Ana sayu dan mengalirkan airmata.

Dia turut menunjukkan motorsikal yang dinaiki arwah
suaminya yang beli untuk Ana sempena harijadi Ana.

Berikutan keadaan cuaca yang mendung, beberapa
perancangan penggambaran perlu ditangguhkan
antaranya untuk ke pusara dua insan tersayang
yang disemadikan berhampiran antara satu sama lain.

Sukar untuk kita bayangkan bagaimana perasaan Ana
ketika menerima berita yang menjadi ingatan sepanjang
hayatnya.

Dia redha dengan ketentuan Yang Maha Esa, namun 
perasaan sedih terus menyelubungi dirinya........

Beberapa orang awam yang menyaksikan kemalangan
terbabit turut berkongsi pengalaman mereka ketika
kejadian.

Dari Allah kita datang, kepadaNYA kita akan kembali......

InsyaAllah saya akan update dari masa ke semasa, insan
insan yang menyaksikan pelbagai kemalangan untuk kita
turut merasakan apa yang mereka rasa tatkala berada di
lokasi kejadian.

Mereka adalah Saksi Maut......


Ana ditenteramkan ibunya Puan Fatimah

Motorsikal yang dinaiki arwah suami Ana semasa kejadian

Wartawan Linda mengambil maklumat tambahan daripada Ana


Tuesday, December 20, 2011

"LEMAS DAN PANIK DALAM IMBASAN MRI......"

Semalam bercadang nak update entri, tapi dah terlalu
letih seharian di Gleaneagles Medical Centre, maka
balik rumah terus tidur.

Memang hari yang panjang buat saya semalam di sana.

Jam 11.15 saya telah mendaftar di kaunter pendaftaran
pusat perubatan terbabit.

Saya dijadualkan membuat imbasan MRI tepat jam
11.30 pagi.

Dan susulan temujanji dengan doktor jam 2.30 petang,
tetapi sebab ada masalah dengan ejen insuran perubatan
yang baru dilantik Media Prima, maka lebih 2 jam saya
menunggu dalam keadaan "angin seluruh badan"
dan memang meletihkan.

Saya dah bercadang batalkan saja untuk membuat imbasan
bahu kanan saya dan balik tetapi tetiba nama saya dipanggil
dan terus di bawa ke bahagian unit untuk MRI.

Sungguhpun ini kali keempat saya melakukan imbasan MRI,
tetapi semalam saya benar benar gabra dan tidak selesa.

Kali pertama saya lakukan untuk bahu kiri kira kira 7 tahun
lalu, juga di Gleaneagles.

Masa tu belum 4 series dan maklumlah kali pertama buat,
jadi minda dan jiwa pun dah bersedia dan dalam
keadaan selesa.

Kali kedua dan ketiga, saya lakukan imbasan di KLSMC,
lebih kepada mesin imbasan yang agak terbuka.

Berikutan ejen insuran kesihatan yang baru dilantik,
tidak mempunyai panel dengan KLSMC,maka saya perlu
buat di Gleneagles.

Bila kali ini buat dan masuk dalam terowong yang
hanya memuatkan sebujur tubuh dan sejangkal saja
antara muka dan mesin terbabit, tetiba saya jadi panik
dan terus rasa lemas.

"Dik...dik tolong keluarkan akak, akak tak selesa,
akak rasa lemas ni, tangan kiri akak tersepit"......
saya terus menyuarakan dalam keadaan gemuruh.

Staf yang manis dan peramah tu (dah tak perasan
nama dia) pun mengeluarkan saya dari mesin imbasan.

"Akak dah tunggu terlalu lama dengan masalah GL, 
hati panas, letih sangat, tu yang gabra semacam kot",
saya menyambung perbualan.

"Tak pa kak, rilek jap", dia menenangkan saya dan kami 
berbual seketika.

Ada juga rasa macam nak tangguhkan saja imbasan itu,
tapi fikirkan bahu kanan ini makin sakit, teruskan
jugalah.

Kira kira lima minit kemudian, saya menarik nafas
panjang, bertenang dan membaca beberapa surah, saya
pun membenarkan staf tadi memasukkan saya dalam 
mesin imbasan.

Memang terasa juga gemuruhnya tetapi saya cuba 
tenangkan jiwa dan terus berzikir dan membaca Ayat Kursi.

Tiga puluh minit rasanya macam 3 jam....

Saya rasa ada beberapa rakan blogger yang pernah
menjalani ujian imbasan ini antaranya Ibu dan Abah dan
Kak Cik......pasti ada sedikit sebanyak perasan seperti saya.

Dah lah bunyi bising macam orang bertukang,
pelbagai benda berlegar dalam minda.....antaranya
jika tetiba letrik bermasalah???????

Keluar daripada mesin, staf tu mohon saya jangan bangun
lagi.

"Kenapa pulak dik, kena buat sekali lagi ke? saya cemas
kembali.

"Doktor nak tenguk dulu ok atau tidak imbasan tadi",....
jawabnya ringkas.

Aduh........

Seketika kemudian, staf tu masuk kembali ke dalam bilik
imbasan dan mengatakan imbasan yang dibuat tiada
masalah.

Syukur Alhamdulillah....


Mesin Imbasan MRI yang saya perlu masuk semalam
(Photo - dari Google)



Mesin MRI imbasan terbuka
Selesai imbasan dalam pukul 2.10 petang, saya perlu
menunggu 2 ke 3 jam untuk mendapat keputusan imbasan.

Temujanji dengan doktor orthopedik saya dah tersasar
daripada jadual asal 2.30 petang.

Duduklah menunggu dengan penuh kesabaran.

Jam 4.10 petang, barulah keputusan imbasan saya siap
dan saya terus ke klinik doktor orthopedik di bangunan
sebelah.

Saya perlu menunggu lebih 20 minit.

Tatkala berjumpa doktor, dia menerangkan saya tidak
perlu membuat pembedahan waktu terdekat ini tetapi
perlu menjalani sesi fisioterapi Shockwave bagi
jangkamasa ditetapkan.

Semalam saya terus menjalani sesi Shockwave selama
15 minit.

Selesai sesi, doktor memberi preskripsi ubat dan saya
perlu menjalani sesi seterusnya Selasa depan.

Mengikut perancangan awal, jika selesai berjumpa doktor
jam 2.30 atau 3 petang, saya akan sampai ke
Damansara kira kira 4 atau 4.15 petang, justeru saya
telah membuat temujanji dengan anakbuah saya, Nora
untuk makan malam awal.

Selesai jumpa doktor jam 5.10,saya terus menelefon dia,
mengatakan agak lewat untuk mengambilnya dari tempat
kerjanya di Petaling Jaya.

Nora memahami dan menunggu di tempat kerja.

Dalam perjalanan ketika memandu di lebuhraya DUKE,
tetiba saya teringat sesuatu.....

Alamak lupa nak ambil ubat dekat farmasi Gleaneagles......

Nak kata apa......nak patah balik atas highway memang
masalah lah....

Saya menelefon Nora dan memaklumkan apa yang berlaku.

Dia memahami "tekanan jiwa" saya ketika itu dan
mencadangkan mengambil dia dahulu dan dia akan
menemani saya kembali ke Gleneagles untuk
mengambil ubat.

Sampai di Gleneagles kembali, kira kira jam 6.50 petang,
farmasi dah tutup.......

Dugaan demi dugaan yang perlu saya hadapi....

Nasib baik petugas di Gleaneagles memaklumkan boleh
mengambil ubat saya di bahagian kecemasan........

Alhamdulillah, jika tidak pagi ini saya perlu meredah
Jalan Ampang yang lalulintasnya sentiasa sibuk tu.....

Jika tiada masalah kelewatan GL daripada ejen insuran 
kesihatan kami,rasanya tidak lah saya menghadapi hari
yang panjang dan meletihkan di pusat perubatan
Gleneagles tu.

Kita merancang, segalanya ditentukan olehNYA.
Saya redha dengan apa yang berlaku dan sememangnya
Allah mengetahui apa yang lebih baik
untuk umatNYA....  

Namun perasaan lemas dalam MRI semalam masih
berlegar-legar dalam minda saya sampai sekarang,
tatkala saya menulis entri ini....

Andai ada rakan rakan yang perlu menjalani ujian
imbasan MRI, sebaiknya rilek, tenangkan jiwa, hilangkan
rasa gemuruh dan banyakkan mengingatiNYA.......

Friday, December 16, 2011

Alahai...kad ATM kena telan.....

Entri hari ini saya nak kongsi sedikit pengalaman yang
memang baru dalam episod kehidupan seharian saya.

Saya rasa hampir semua rakan blogger mempunyai kad
ATM...alaaaa kad nak keluarkan wang tunai, bukan kad
Angkatan Tentera Malaysia.

Kejadian berlaku Rabu lepas di mesin ATM "KawanKu"
di Sri Pentas.



Nak dijadikan cerita, ketika dengan asyiknya menekan
nombor pin dan jumlah wang yang hendak dikeluarkan,
ternampak dari jauh sahabat lama yang tidak berkhidmat
dengan Media Prima lagi.

Dia datang ke arah saya dan bersalaman.

Waktu yang sama mesin ATM dah berbunyi memberi
"signal" untuk menarik keluar kad dan wang akan keluar
sejurus kad ditarik.

Dok sibuk minta nombor telefon rakan saya Mira, tatkala
nak tarik aja kad, "zzzuppp........." kad di telan .......

Adui sabar ajalah........

Panik juga seketika..

Lepas tu saya segera menelefon perkhidmatan pelanggan
"KawanKu' yang nombornya tertera di mesin ATM.

Memang bagus dan efisyen sekali pegawai yang menjawab
panggilan saya tu.

"Cik Mazlin jangan risau...kami akan membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi".

Seperti biasalah beberapa soalan keselamatan
dikemukakan dan kakitangan Maybank tu memang
peramah dan memahami situasi pelanggannya.

Dia memaklumkan dalam masa tiga hari, kad saya boleh 
diambil di Maybank berhampiran Sri Pentas dan jumlah
yang hendak dikeluarkan telah dikreditkan kembali ke
akaun saya.

Buat sementara waktu nak keluarkan wang tunai
kenalah gunakan buku simpanan dan beratur di
kaunter.

Hah....pengajaran yang diperolehi dari kejadian itu,
bila nak ambil duit di mesin ATM,tatkala bunyi "signal",
kedengaran, segeralah tarik kad dan wang anda.

Seorang rakan saya, Asriza turut menerima nasib lebih
kurang saya tetapi senario berbeza sikit di mana dia
terlewat menarik wang yang telah keluar dan tetiba duit
ditelan dan terus mesin offline.........

Terkedu jugalah dia seketika......

Justeru ingatan kepada diri saya sendiri mahupun untuk
rakan rakan, bila nak keluarkan duit di mesin ATM bila
bunyi "signal" dah kedengaran segeralah tarik kad dan
wang.

Jangan berlengah masukkan kad dalam dompet dulu atau
"sembang mak alang" kat mesin tu.....

Saya rasa bukan saya dan Asriza saja yang mengalami
kejadian yang dikongsikan di atas, mungkin juga
rakan blogger yang lain pernah menerima "dugaan"
seumpama.....

Apapun secara amnya, tatkala mengambil wang ATM
terutama bila berseorangan, berhati hati dan lihat
keadaan sekeliling terlebih dahulu, takut kejadian yang
tidak diingini berlaku........

Selamat berhujung  minggu.........

Thursday, December 15, 2011

Mogok tidak puas hati karyawan Media Prima.....

Petang tadi kira kira jam dua, bagi orang luar atau
pelawat yang berada di Sri Pentas atas urusan pekerjaan
atau kebetulan melalui di perkarangan Sri Pentas, pasti
akan hairan bin ajaib dengan situasi ketika itu.

Mana kan tidak kira kira 400 warga Media Prima berkumpul
di pintu masuk Sri Pentas dengan memegang sepanduk tidak
puashati dengan pihak pengurusan.

Seperti biasalah, saya ni kan "makcik kepoh" sikit, maka
dilantik menjadi seorang daripada "kepala" piket/mogok
yang memegang mikrofon untuk melaungkan rasa tidak 
puas hati mewakili rakan rakan dengan keadaan semasa.

Memang riuh rendah dan masing masing dalam
keadaan di luar kawalan perasaan tersendiri.

Pihak pengurusan turut terperanjat dengan tindakan kami
yang di luar dugaan.

Lihatlah antara luahan rasa tidak puashati melalui sepanduk
yang ditulis di bawah ini........



Perasaan marah dan tidak puashati dengan pihak pengurusan.....



Kira-kira jam 2.40 petang, Encik Izham Omar, CEO 
Primeworks Studio juga COO TV Networks Media Prima,
sampai di lokasi kami berkumpul dan turut terpinga-pinga
melihat sepanduk yang ditulis beserta mendengar laungan
suara nada mara dan kecewa.

Seketika, dari sepanduk antara lainnya bertulis
'KOTAKAN JANJI MANAGEMENT' di
terbalikkan menjadi "HAPPY BIRTHDAY IZAM".



 
Satu gimik dan lakonan hebat yang memang luar dugaan
bos besar kami tu.

Dia sama sekali tidak menyangka gimik yang mendebarkan
keadaan seketika, menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa.

Terkejut dengan gimik mogok wargakerja Media Prima


Selamat panjang umur Encik Izham....moga dimurahkan
rezeki buat dirinya juga kami karyawan Media Prima dan
moga sentiasa dalam peliharaanNYA.


Wednesday, December 14, 2011

Hijrah Hajah Abby Fana.....

Pagi tadi semasa sampai di bilik ofis saya, terus
buka televisyen dan sejuk mata memandang ke arah
pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), sahabat saya
Abby Fana atau nama sebenarnya Habsah Omar.

Hari ini hari ketiga dia bersiaran tapi tak sempat jumpa
sebelum ini, justeru selesai sahaja siaran MHI saya terus ke
studio B untuk berjumpa dengan Abby.

Berseri seri wajahnya......

Bila saya tanya perasaan dapat menunaikan fardhu haji,
jawapannya......

"Ya Allah Chik Inn, Alhamdulillah syukur dapat buat haji
dengan tenang dan memang satu pengalaman yang
sukar untuk dilafazkan dengan kata kata".

Gembira saya melihat menampilan baru sahabat saya tu.

Moga kita semua sentiasa dalam peliharaan dan lindunganNYA.

Ameen........

Bertambah ayu dan berseri wajah Hajah Abby Fana

Tuesday, December 13, 2011

Berhati hati bila masuk usia 4 series.............

Lama tak update entri.....nak kata sibuk sangat, tak lah sibuk
tapi memang sibuk lah juga......

Semalam wargakerja yang menetap di Selangor masih
cuti, maka saya mengambil kesempatan ke Gleneagle
Intan Medical Centre untuk pemeriksaan kesihatan.

Huh lebih 7 jam saya berkampung di sana, daripada ambil
darah, jumpa doktor orthepedik, doktor cardiologi(jantung)
buat stress test.....memang penat dan letih gila.

Dah lah pergi sorang sorang, saya penuhi masa baca
Harian Metro dari muka depan sampai muka akhir 
sampai berpinar mata dibuatnya.

Nasib baik jugalah ada bawa Ipad2, kuranglah bosan
menunggu giliran.

Memang ramai di Gleneagle semalam, mungkin sebab
warga Selangor mengambil kesempatan cuti umum, masa
sesuai untuk buat temujanji dengan pakar perubatan
masing masing.

Masa ambil darah, pembantu makmal yang peramah tidak
menafikan peringkat umur di antara  40 ke 50an antara
usia yang perlu diambil berat tahap kesihatan.

Ajal maut ditentukan Yang Maha Esa.

Daripada pemerhatian saya sejak dua menjak ni , memang
beberapa rakan saya samaada warga Media Prima mahupun
rakan di bidang lain, bertemu Maha Pencipta dalam
lingkungan usia 40 ke 50an.

Allah lebih menyayangi mereka, moga ditempatkan di
kalangan orang orang beriman.

Saya sendiri turut merasakan bawa peringkatan umur dan
stamina yang kurang, membuat saya hampir  "gagal" dalam
"stress test" terutama sekali perlu berjalan di atas treadmill
pada waktu yang ditetapkan.

Biasa jalan di Taman Kiara boleh relak dan jalan ikut sesuka
hati, bila kena ujian macam ini baru tahu langit tinggi rendah.

Isnin depan saya akan  ke Gleneagle sekali lagi untuk buat
MRI pulak...dan berjumpa dengan doktor orthopedik.

Nanti saya akan kongsikan pengalaman buat MRI, sebab
Isnin ini kali keempat saya buat MRI.

Bagi rakan blogger yang pernah buat MRI pasti ada
pengalaman tersendiri semasa buat MRI.

Kepada rakan rakan, jagalah pemakanan dan tahap kesihatan
dengan sebaiknya.....di samping memohon kepadaNYA....

Cegah sebelum parah.......



Saturday, December 3, 2011

Kenduri buah buahan.....

"KOSONGKAN PERUT", sebelum datang dan "ISIKAN"
disini.......

Buah buahan yang segar dari kebun rumah mengelilingi rumah

Itulah sms yang saya terima kelmarin daripada
kakak angkat saya Natrah Abdullah yang menghuni
di Sg Plong, Sungai Buloh, Selangor....

Pasangan Datuk Dr Nordin Selat dan Datin Natrah

Justeru, tengahari tadi saya dan rakan saya Nurfarahin,
Noraini dan Nora menyerang ke rumahnya yang begitu
mendamaikan dikelilingi pokok durian, rambutan,
manggis dan beberapa buah buahan tempatan lain.

Sampai saja rumah terus dijamu nasi lemak,
berlaukkan sambal udang, sambal ikan bilis,
ayam goreng, lempeng  dan Kak Natrah
memang pandai masak.

Lepas selesai makan dan berbual bual dengan
suami Kak Natrah iaitu Dr Nordin Selat,
kami pun dihidangkan dengan pelbagai buah buahan
tempatan yang ditanam keliling rumah.

Dan yang pasti durian menjadi tumpuan kami......

Rezeki jangan ditolak.....

Tapi memandangkan tahap umur kami ni semuanya
dah "4 series" jadi makan tu kena beringat-ingatlah....

Terima kasih banyak Kak Natrah dan Dr Nordin....

Siap dapat "take away" lagi .......



Noraini memang suka makan durian.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...