Ads by nuffnang

Wednesday, May 7, 2014

Bumi Kuching menangis dgn kegigihan penduduknya......

Empat hari di Kuching, Sarawak khususnya di
Kampung Pulo Ulu, memberi lagi satu pelajaran
dan pengalaman buat saya dan rakan rakan.

Untuk tugasan ini saya ditemani wartawan 
Teh Syuhaida Sharip, jurukamera Jebat dan
juruteknik Azizul merakamkann kisah hidup
ibu tunggal yang mempunya 4 cahayamata
dan mengalami komplikasi buah pinggang.

Setelah berpisah, Lizawati Mohamad menumpang
dirumah ibunya Makcik Ya.

Sungguhpun Makcik Ya berusia 68 tahun, demi
anak tunggalnya Liza, dia mengerahkan kudrat
empat keratnya membuat kuih dan
menjual demi kelangsungan hidup.

Liza yang telah lebih tujuh tahun menghidap
sakit buah pinggang perlu menjalani rawatan
dailisis dengan kadar bayaran di antara
RM2500 ke RM 3000 sebulan.

Sebelum ini kos rawatan dibiayai sepenuhnya
oleh majikan suami, namun di kala waktu
terdekat ini selesai proses surat menyurat
perceraian, Liza perlu mencari bantuan dan
sumbangan untuk proses dialisisnya.

Tatkala kami merakamkan bagaimanan dia
terpaksa berjalan kaki kira kira satu kilometer
untuk menaiki bot penambang, kemudian menaiki
bas, satu proses sememangnya meletihkan untuk
ke pusat dialisis.

Begitu juga rakaman  tatkala Makcik Ya keluar
rumah seawal jam 5 pagi, menolak bakul
kuihnya untuk diletakkan di warong warong
kampung, pilu hati kami melihat kegigihan
ibu Liza yang telah dimamah usia itu.

Namun itu semua dalam rencana Allah swt dan
segalanya berjalan dengan kehendakNYA.

Sebagai insan yang berserah dan pasrah hanya
pada Ya Rabb, Liza kuatkan semangat demi
masa depan anak anak yang makin membesar.

Kami mendekati anak anak Liza.....

Seorang daripada mereka sempat berkongsi
pengalamannya dengan kami.....

"Ada juga beberapa kali Angah nak minta duit
belanja tapi, mama tak ada duit... untuk
menghilangkan rasa lapar di sekolah, Angah
hanya makan beberapa biji gula gula....."

Kami tinggalkan bumi Sarawak dikala hujan
membasahi bandar Kuching.....

Begitu juga perasaan kami yang sedih dengan
keadaan Liza dan anak anaknya.

Namun kami yakin dengan semangat yang
kuat serta sifat kegigihan yang dimiliki  
mereka bakal membina satu kehidupan baru
dengan bantuan dan sumbangan masyarakat 
Malaysia yang prihatin.....

Kasihnya ibu  sampai ke Syurga.....
Makcik Ya dan Lizawati



Krew Bersamamu bersama Liza, Makcik Ya dan
anak ketiga Wani
Kami tinggalkan Kuching dalam keadaan hujan dibumi
dan hujan dihati.....


 

Sunday, May 4, 2014

Kisah Peti Sejuk dan Ais Krim

Salam dari Bumi Kenyalang.....

Berikutan esok "call time" untuk keluar
penggambaran ke Kampung Pulo Ulo, Petra Jaya
jam 4.30 pagi, maka tiadalah tugasan
hingga lewat malam.

Justeru bolehlah saya menulis sikit kisah
kelmarin atau perkataan "throwback" seperti sering
digunakan dewasa ini khususnya dalam instagram.

Saya berada di Negeri Cik Siti Wan Kembang selama
tiga hari  dari Rabu hingga Jumaat,
untuk mendekati satu lagi keluarga yang
menjadi keluarga Bersamamu.

Lokasi kali ini di Rantau Panjang...kira kira 10
kilometer dari Komplek Bebas Cukai....tempat
antara destinasi ramai pengunjung untuk membeli
belah.

Ok saya bukan nak cerita pasal membeli belah tetapi
kisah Rosie ibu kepada 4 cahayamata yang tabah
dan redha dengan perjalanan hidup ketentuan Illahi.

Hidup serba sederhana sebelum ini, tapi sudah di
takdirkan sejak lebih dua tahun lalu, suaminya
Azzudin mengalami masalah saraf.

Acapkali, secara tiba tiba diserang kekejangan di
seluruh badan mengakibatkan dia menjadi lemah
dan tidak boleh bergerak.  

Secara tidak langsung, Din tidak dapat menjalankan
kerja kerja berat.

Kanvas kehidupan yang penuh warna warni sebelum
ini, kini bertukar kusam......

Along anak sulongnya mendapat 5A untuk UPSR,
dua tahun lalu, aktif dalam sukan terutama 
bolasepak dan berjaya memasuki sekolah 
berasrama penuh.  

Namun kerana kesihatan ayahnya, dia sanggup
berhenti di tingkatan satu kerana menjaga ayahnya.

Dalam keadaan hidup serba kekurangan,
sebagai keluarga yang mementingkan pelajaran,
Rosie memujuk anaknya untuk sambung semula
ke tingkatan dua dan kini menuntut di SMK Rantau
Panjang.

Along sememangnya pelajar cemerlang dan
disenangi rakan rakan dan guru.

Tatkala kami berada di rumah Rosie, kelengkapan
di rumah juga serba kekurangan.

Tiada mesin basuh, tiada peti sejuk mengisi ruang
dapur dan dapur gasnya kelihatan uzur tapi tetap
digunakan.

Rosie ada menyimpan hasrat untuk menjual aiskrim
buatan sendiri dan dadih tetapi ketiadaan peti sejuk
membantutkan impiannya.

Dengan kerjasama beberapa insan prihatin setelah
berbincang dengan pihak Bersamamu, maka Rosie
diberikan mesin basuh untuk memudahkan dia 
menjalankan kerja rumahtangga.

Juga sebuah peti sejuk, untuk merealisasikan impian
Rosie menjual ais krim dan dadih.

Satu perkongsian yang membuatkan saya antara
senyum dan terharu tatkala sampai di pejabat
Jumaat lepas dari Kelantan adalah mesej ini dari
Rosie.............



Mungkin bagi sesetengah daripada kita, ia satu
mesej yang biasa....tetapi jauh di sudut hati Rosie
dengan kehadiran peti sejuk itu benar benar
memberi satu sinaran kebahagian kepada dia dan
anak anaknya.......

Kisah ais krim untuk anak anak dan peti sejuk
baru......menambahkan lagi satu pelajaran  
buat diri saya dan rakan rakan....

Kecil di mata kita, besar di mata mereka......

Semoga Allah swt terus memberi kebahagian
dan kesenangan dunia dan akhirat kepada
keluarga Rosie.....

Aamiin ya Rabb....


Krew bersama keluarga Rosie






 

Saturday, May 3, 2014

Klinik Mata & Lasik Prof Muhaya........

Selamat berhujung minggu rakan rakan....

Selama tiga hari saya di Sarawak ingatkan nak
update blog kerana ada sedikit masa lapang
tapi laptop saya pulak buat hal.

Dari Khamis hingga Sabtu, saya di Kota Bharu,
laptop lain yang dibawa, memang ok tapi waktu
yang padat, sampai hotel penginapan aja dah
hampir kul 11 malam....maka tidur menjadi
agenda utama......
 
Malam tadi sampai di rumah pun dah hampir jam
11 malam, kerana kelewatan pesawat, justeru  terus 
mengemas bagasi dan memang tak adalah
hasrat utk menulis.

Pagi ini saya ditemani Teh Syuhaida, Liza dan
Nora ke Pearl Avenue, Sungai Chua, Kajang, Selangor
ke klinik mata dan lasik Prof Muhaya Mohamad,
pakar mata dan motivasi yang tidak asing lagi.

Kami ni kira antara pelanggan awal membuat
pemeriksaan mata di Klinik yang dijangka beroperasi
sepenuhnya dlm waktu terdekat ini.

Segala peralatan canggih dan terbaru di pasaran
dunia mengisi setiap ruang klinik.

Suzanne, petugas di sana memberi layanan dan
kerjasama yang terbaik kepada kami.

Setiap seorang perlu menjalani beberapa prosedur
yang mengambil masa lebih sejam.

Antara saya, Liza dan Teh, yang bermasalah agak
"serius" dengan mata adalah saya kerana diebetes
dan Teh kerana terlalu lama menggunakan kanta
lekap tanpa membuka.....

Maka beberapa rawatan susulan perlu dibuat dan
akan berbincang sendiri dengan Prof Muhaya
waktu terdekat....

Bab mata ini rakan rakan perlu diambilkira dan
diutamakan......

Bagi yang ada diebetes sebaiknya setiap tahun perlu
buat pemeriksaan ya....

Cegah sebelum parah.......

Pemeriksaan di klinik Mata Prof Muhaya

Bersama Prof Muhaya ketika rakaman di rumahnya
bulan lepas
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...