Hari ini hari pertama musim persekolahan di kebanyakan negeri di Semenanjung, manakala Pantai Timur dah bermula semalam....
Dan paling seronok bila melihat telatah dan aksi kanak-kanak memasuki tahun 1. Yang menangislah, yang relaklah, yang takutlah, yang terujalah.....
Daripada pengamatan saya, kanak kanak lelaki lazimnya lebih "buat hal" bila memasuki alam persekolahan, dibandingkan kanak kanak perempuan.
Alhamdulillah anak buah saya Syaqeil Batrish Kamal Baharein, ok aja tadi ditinggalkan dikelasnya oleh abang saya.
Dia tak buat perangai dibandingkan abangnya Syameil Batrish semasa memasuki tahun satu dulu.
Sekarang Syameil memang suka ke sekolah terutama sekali sebab boleh jumpa geng badmintonnya.....
Dah nama pun kanak kanak, biasalah kan......rakan rakan blogger yang berkerjaya sebagai guru pasti sudah sediamaklum.
Sukar untuk saya mengingati kembali zaman mula mula saya mempelajari abjad ABC, dah berpuluh tahun.....
Yang segar dalam ingatan, semasa menunggu keputusan STPM, saya dengan sukarela menemani anakbuah saya Mohd Izzat Mazlan ke tadika....
Ingatkan sekadar sehari dua menemaninya, tapi berakhir dengan lebih sebulan saya turut menjadi pelajar sekolah tadika....
Manakan tidak, kalau saya nak keluar kelasnya, mulalah dia menangis.....
Akhirnya, saya turut kembali belajar A B C dan 1 2 3 di bangku kecil di sebelahnya....
Lebih dua minggu saya dalam kelas, kemudian saya dibenarkan tunggu di luar tapi dengan syarat tidak jauh dari tempat duduknya....
Dan Alhamdulilah, lama kelamaan, Izzat sudah boleh bersendirian tapi macam macam hadiahlah jadi syaratnya.....
Kini Izzat telah selesai pengajiannya dan menerima ijazah dengan cemerlang. Dia juga menjawat jawatan yang baik dan bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi....
Apapun, bila dah mendapat cahayamata kelak, jangan"nenek potpet" ini (sayalah, maksud potpet suka bercakap) yang sukarela nak menghantar ke tadika, tetapi sekali lagi kena masuk kelas menemani anaknya sebab masa tu saya dah bersara daripada tv3 kot.............
Bagi saya tiada zaman yang paling indah dan istimewa dibanding zaman persekolahan terutama ketika era saya ......
Guru adalah insan yang paling dihormati (selain ibubapalah) dan tidak akan membantah apa yang dicadangkan....
Kalau kena marah pun tak kecik hati sebab tahu cikgu nak perbaiki diri kita.... tapi sekarang pantang cikgu menegur......
Ternyata zaman persekolahan dulu dan sekarang ternyata jurangnya bagaikan langit dengan bumi......
Terima Kasih kepada Arwah Cikgu Norkiah Nordin, guru ketika saya darjah satu di Sek Ren Convent Klang.....Alfatihah.....
Terima kasih juga kepada semua guru guru yang mencurah bakti untuk mendidik anak anak bangsa.......
Monday, January 3, 2011
Sunday, January 2, 2011
"SIAPA NAK MENTERNAK BIRI BIRI....???."...
Berasal dari Penang, beliau berhijrah ke bumi Maori sejak tahun 2001 setelah mendirikan rumahtangga dengan seorang warga Kiwi, Richard John Gillespie, atau nama Islamnya Adam Abdullah.
| Pinggir Christchurch |
Di New Zealand, pada mulanya, beliau bertugas sebagai pengurus jualan bahagian pengiklanan di sebuah syarikat penerbitan akhbar di ibu kota Auckland .
Beberapa tahun kemudian, beliau mengambil keputusan berhenti kerja dan berpindah ke bandar Christchurch kerana mengikut suami.
Selepas suaminya dijemput Illahi pada tahun 2006, Sabidah berusaha mencari pekerjaan untuk menyara hidupnya tetapi gagal.
| Sabidah dan Phil memeriksa tahap kesihatan ibu Biri Biri yang baru beranak |
Dengan kerjasama seorang rakan Phil Stewart yang berpengalaman dalam bidang penternakan, Sabidah memulakan perniagaan ternakan kambing biri-biri.
Setelah 10 bulan menguruskan perternakan, bilangan ternakannya sudah melebihi 250 ekor kambing dewasa dan lebih 50 ekor anak kambing biri-biri jenis Merino .
| Norlizah, Sabidah dan Jebat mengabadikan photo bersama anak Biri Biri baru lahir |
“I chose this faming ternak kambing, boleh jual bulu kambing, gemukkan kambing dan jual daging. Kita cuba jual sebagai halal daging”, Sabidah menambah.
Kesukaran mendapat bekalan makanan mentah yang halal antara faktor utama yang mendorong Sabidah menceburi bidang ini.
| Timang tinggi tinggi, sampai pucuk atap..... |
Walaupun tiada pengalaman dan pengetahuan dalam bidang ternakan, beliau yakin perniagaannya pasti mencapai kejayaan jika berusaha bersungguh-sungguh.
“Still learning, masih belajar especially office work. Now I datang ke ladang buat kerja. Learning a lot. Phil, my partner is teaching me a lot, cara kambing beranak, winter rumput frost alihkan mereka, cari rumput untuk makan. Hope business berkembang, nanti orang Malaysia nak daging halal, boleh bincang, boleh ternak di sini dan hantar ke Malaysia .”
| Sesi temuramah dengan Sabidah |
Namanya mula dikenali sebagai pembekal kambing biri-biri untuk pasaran tempatan di Christchurch.
| Rehat seketika menikmati donut dan kopi panas... |
Walaupun sibuk, ibu kepada sepasang anak remaja ini, amat aktif dalam persatuan-persatuan tempatan.
“Sebagai chairman Shakty Ethnic womens group, dimana wanita2 etnik involved in domestic violence, selamatkan depa daripada suami depa kena pukul, kena tipu. Kami tolong bagi tempat tinggal, ajar bahasa inggeris, cari rumah cari kerja. Bila dah berdikari lepaskan mereka.”
| Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 50 tahun |
Selain itu, Sabidah juga aktif dalam Persatuan Malaysia Canterbury, sebuah persatuan yang menjadi wadah untuk anak-anak Malaysia pelbagai bangsa berkumpul dan mengeratkan silaturahim, seperti mengadakan sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri dan Kemerdekaan Malaysia.
| Tumpang tram nak balik Sri Pentas..... |
Walau jauh di perantauan, Sabidah sentiasa terkenangkan tanah air yang tersayang.
Bak kata pepatah, tempat jatuh lagi di kenang ni kan pulak kampung halaman.....
Norlizah cuba menghubungi Sabidah beberapa kali, tetapi gagal berkemungkinan telah bertukar nombor.
| Motel tempat kami menginap |
Semoga penternakan biri-biri Sabidah bertambah maju dan teruskan usaha membantu golongan yang menjadi mangsa keadaan akibat masalah rumahtangga terutama penduduk pribumi Negara Kiwi itu....
Saturday, January 1, 2011
" 1.1.11 TELAH MENJENGAH KITA............"
1 Januari 2011 atau 1.1.11.......
Masuk tahun baru bermakna bertambah setahun lagi umur kita.....
Bila bertambah lagi setahun umur kita, maka bertambah lagilah tahap kesihatan yang perlu diambilkira....
Berbicara tentang kesihatan, tiada siapa dapat membantu untuk menjaga kesihatan sendiri jika bukan diri kita sendiri....
Wang bertimbun yang disimpan di rumah ke, bank ke, petibesi ke, sekali pun tidak berguna jika kesihatan tidak diendahkan atau bila kita kurang sihat....
Petikan emel daripada sahabat baik saya Abby Fana, pengacara dan DJ yang tidak asing lagi, menarik minat saya untuk dikongsikan bersama......
Terima kasih sahabatku Abby......
Bukan semua di dunia ini boleh dibeli dengan wang kerana...dengan wang:
kita boleh membeli tubuh badan, bukan cinta;
kita boleh membeli perhiasan, bukan kecantikan.
kita boleh membeli pangkat, bukan kehormatan,
kita boleh membeli populariti, bukan kaliber..
Masuk tahun baru bermakna bertambah setahun lagi umur kita.....
Bila bertambah lagi setahun umur kita, maka bertambah lagilah tahap kesihatan yang perlu diambilkira....
Berbicara tentang kesihatan, tiada siapa dapat membantu untuk menjaga kesihatan sendiri jika bukan diri kita sendiri....
Wang bertimbun yang disimpan di rumah ke, bank ke, petibesi ke, sekali pun tidak berguna jika kesihatan tidak diendahkan atau bila kita kurang sihat....
Petikan emel daripada sahabat baik saya Abby Fana, pengacara dan DJ yang tidak asing lagi, menarik minat saya untuk dikongsikan bersama......
Terima kasih sahabatku Abby......
Bukan semua di dunia ini boleh dibeli dengan wang kerana...dengan wang:
- kita hanya boleh membeli tilam yang empuk, tetapi bukan
tidur yang nyenyak.
tidur yang nyenyak.
- kita hanya boleh membeli ubat, tetapi bukan kesihatan.
Dengan wang juga kita mungkin boleh membeli rumah, tetapi bukan kekeluargaan;
kita boleh membeli tubuh badan, bukan cinta;
kita boleh membeli perhiasan, bukan kecantikan.
kita boleh membeli pangkat, bukan kehormatan,
kita boleh membeli hiburan, bukan kegembiraan,
kita boleh membeli populariti, bukan kaliber..
Renung dan fikir-fikirkanlah...di hari pertama kita melangkah ke tahun 2011 bersamaan 26 Muharam 1432...
Subscribe to:
Posts (Atom)











