Ads by nuffnang

Monday, October 10, 2011

Intai intai dan makan makan.......

Beberapa hari ini tak sempat update entri sebab ada
masalah internet di rumah dan juga tugasan yang
membabitkan penggambaran yang mengambil waktu
yang lama.

Jadi saya kumpulkan dan kongsilah hari ini.

Topiknya sambil Intai Intai Deko di rumah pilihan, kami
dijamu hingga melanggar diet .....

Khamis lalu kami ke rumah pemilik Kuzie Catering
yang sering menjadi pilihan ramai terutama di
kalangan pihak korporat mahupun pemimpin negara.

Insan yang dimaksudkan adalah Pak Engku, Kerabat
Selangor dengan nama sebenarnya Raja Rosly
Raja Mazlan, antara chef selebriti tanahair.

Rumah Banglo Pak Engku

Sesi temuramah Norazlina dan Pak Engku

Rumah Tradisional Pak Engku bersebelahn rumah banglonya

Pak Engku membina sebuah rumah tradisional di
perkarangan rumah banglonya bagi mengimbau
suasana dan kenangan menghuni di kampung
zaman kanak kanak.

Rumah yang terletak di Seksyen 8 Shah Alam,
Selangor menonjolkan konsep rumah tradisional
Melayu Melaka, Trengganu dan Perlis manakala
perabot di banglonya sarat dengan perabot klasik
emas.

Dan nama pun chef selebirit, waktu makan tengahari,
MasyaAllah hidangan yang disediakan memang
menyelerakan.

Rezeki jangan di tolak........

Macam macam ada.....

Makan bersila di rumah tradisional Pak Engku



Jika Khamis lalu di rumah Pak Engku, pagi tadi saya
ke Persiaran Gurney ke sebuah banglo yang telah
diubahsuai dan dijadikan restoren.

Restoren Salero Negori yang menghidangkan masakan
Padang dan Negeri Sembilan milik Azman Anas
berkonsepkan 2 dalam 1.

Selaian menjadi restoren, ia juga menjadi galeri kepada
peminat barangan dan perabot antik.

Beberapa koleksi perabot dan barangan antik yang
dijual bernilai ribuan ringgit sememangnya mempunyai
nilai estetika tersendiri.

Dan tatkala krew berhenti makan tengahari, hidangan
masakan Padang, sememangnya membuka selera saya
dan krew lebih lagi dengan hidangan lauk tempoyak
pucuk ubi, dendeng, ikan keli bercili, lemak daging salai,
sambal hijau dan beberapa hidangan lain.....


Sebahagian daripada barangan dan perabot antik yang dijual


Menunggu hidangan seterusnya....


Photo kenangan bersama Encik Azman Anas
Tugasan Intai Intai Deko....tapi perut kenyang macam
Jalan Jalan Cari Makan pulak.......

Alhamdulillah........

Apapun. jangan lupa bersama Intai Intai Deko setiap
Khamis jam 11.30 pagi hanya di TV3......




Wednesday, October 5, 2011

"Selamat Menunaikan Ibadah Haji..... Abby Fana......"

Tengahari tadi sahabat saya Abby Fana atau nama
sebenarnya Habsah Omar pengacara sambilan
Malaysia Hari Ini -MHI dan juga penyampai radio di
Sinar FM ke pejabat Primeworks Studio.

Kedatangannya adalah untuk berjumpa rakan rakan
dan memaklumkan keberangkatannya untuk menunaikan
haji bersama ahli keluarganya Isnin ini.

Lima tahun lalu, ketika saya ingin berangkat menunaikan
Haji ke Tanah Suci menjadi Tetamu Allah, Abby
sempat mendoakan pemergian saya dan ia berkumandang
di corong radio.

Berikutan saya bukannya "orang radio" yang boleh membuat
ucapan di angin lalu, di kesempatan ini saya mendoakan
agar Abby selamat berangkat dan kembali ke tanahair
dengan selamat.

Pesanan saya buat Abby mahupun jemaah lain,
jaga kesihatan dengan banyakkan minum air terutamanya
air zam zam....

Moga Abby dan keluarga mendapat Haji Mabrur.....

Ameen........

Selamat menunaikan Ibadah Haji sahabatku......

Tuesday, October 4, 2011

"Ikan Bakar D Terapung..."

Tiga hari saya berkampung di Senawang, Negeri Sembilan
bermula Sabtu hingga Isnin untuk tugasan Intai Intai Deko
dan Stanza - Rangkap Kehidupan.

Sebelum itu, kami ke lokasi pertama ke rumah
Azizah Md Yusof di Nilai, yang berkonsepkan campuran
kontemporari dan English.

Sesi temuramah dengan Azizah
Seterusnya Intai Intai Deko, merakamkan sebuah
rumah yang tuanpunya rumah minat dengan perabot jati.

Rumah yang terletak di atas bukit milik pasangan Zaini
Harith mesra dengan panggilan Kak Ani dan Adam Mat
memang mempunyai keunikan tersendiri.

Kak Ani dan Abang Adam melihat kembali visual yang dirakamkan
jurukamera Jebat

Bahagian hadapan rumah Kak Ani


Sebahagian daripada perabot jati milik Kak Ani



Di luar konsep rimba belantara manakala di dalamnya
campuran konsep klasik kampung dengan perabot jati.

Bagi suami Kak Ani, Abang Adam, dia tidak asing dalam
bidang penyiaran.

Abg Adam adalah penerbit drama yang banyak disiarkan
di RTM antara drama bersirinya yang tidak asing lagi
iaitu drama "Aku Budak Minang".

Manakala Kak Ani mengusaha dua buah restoren iaitu
"HANG LI PO" di Senawang dan sebuah lagi di Port
Dickson, menyajikan pelbagai makanan laut iaitu
restoren D Terapung.

Rezeki jangan di tolak......

Ahad malam kami ke restoren Kak Ani untuk tambahan
penggambaran dan kami turut dijamu makan malam.

Huh....krew saya bertambah dua tiga kali lah.....layan
hidangan yang memang ada kelas tersendiri.


Menikmati hidangan makanan laut yang menyelerakan....



Bagi rakan blogger yang berada di Port Dickson, bolehlah
singgah ke restoren milik Kak Ani yang peramah
di Medan Ikan Bakar MPPD, Batu 1 1/4, Jalan Seremban.

Dan yang pasti sos istimewa untuk cicah ikan bakar
memang menyelerakan.......dan harga setiap hidangan
amat berpatutan......

Jom jalan jalan....cari makan......



 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...