Ads by nuffnang

Saturday, November 19, 2011

"Balingan boling tak menjadi.......

Pagi tadi bertempat di Pusat Membeli Belah One Utama,
diadakan perlawanan boling persahabatan yang dianjurkan
Institute Of Marketing Malaysia.

Dua puluh empat pasukan yang mengambil bahagian
antaranya Matrade, Northport, Bank Rakyat, PharmaNiaga,
PSMB, Yellow Pages, Media Prima dan beberapa
pasukan lain.

Media Prima mengantar satu pasukan sahaja yang terdiri
daripada Zul Fakhri Abd Mutalib, Fauzi Hashim, 
Nurfarahin Jamsari dan  saya sendiri.

Pasukan kami berada di lane 14 bersebelahan dengan
pasukan GSM-UPM di sebelah kiri manakala Bank Rakyat
Team A di sebelah kanan.

Pendaftaran bermula jam 9.00 pagi diikuti dengan 
sarapan pagi.

Perlawanan bermula jam 10.30 pagi.

Tapi hari ini balingan pasukan saya serba tak kena.....
kira tak konsistenlah....sekejap spare, lepas tu bolos,
strike, lepas tu bolos.....sabar ajalah.....

Tak palah.....bukan rezeki kami kali ini.....

Jadi kami berempat pun menumpukan kepada cabutan
bertuahlah....memang banyak hadiah yang disediakan...

Satu demi satu nombor yang dicabut...tapi tak juga
nombor kami dipanggil...

Tapi kalau dah ada rezeki tak ke mana... Alhamdulillah
nombor 95, dipanggil iaitu nombor saya.

Dah memang macam tahu saya suka membaca maka
hadiah yang dapat adalah buku motivasi.....

Tiba giliran lima hadiah utama, ketiga tiga rakan saya,
masing masing berharap nombor mereka naik....

Nasib menyebelahi sahabat saya Zul Fakhri, kalau
tidak silap saya, dia mendapat hadiah "Oven Toaster".

Dan setiap kali kalau ada perlawanan persahabatan,
lazimnya peserta akan mendapat "door gift" dan antara
yang diletak dalam beg "door gift" tersebut adalah 
kemeja T.

Rasanya tahun ini sahaja dah lebih 6 helai kameja T,
perlawanan boling yang saya dapat.....

Kalau kumpul dari dulu sampai sekarang, memang dah
berpuluh helai ...tapi selalunya saya beri kat anakbuah
saya .....

Ok selamat berhujung minggu.....

Tahniah pasukan bolasepak Harimau Muda Malaysia
melangkah ke final......

Emas jadi buruan...... Malaysia Boleh......


Sebahagian daripada nama peserta...

Kemeja T perlawanan persahabatan....

Hadiah Cabutan Bertuah....

Sunday, November 13, 2011

"Riadah Pagi Ahad....."

Selamat Berhujung Minggu....

Lazimnya pagi Ahad, jika saya tiada tugasan luar,
saya akan melapangkan masa untuk ke Taman Kiara,
di Taman Tun Dr Ismail untuk "jogging" dan melakukan
senaman ringan..

Seronok tenguk ramai pengunjung pelbagai bangsa
beriadah baik dengan keluarga mahupun sahabat handai.

Selain menjaga kesihatan ia dapat merapatkan lagi
silaturahim kerana mengisi masa bersama.

Tapi hari ini saya dapati beberapa pengunjung agak kecewa
kerana sesi senamrobik yang selalunya diadakan pagi Ahad
dibatalkan.

Jurulatihnya ada tetapi pengendali sistem audionya tak ada.

Mungkin ada perkara yang tidak dapat dielakkan atau ada
apa apa kecemasan...

Setelah hampir 3 pusingan mengelilingi kawasan
"trek jogging", saya pun balik....

Kira banyaklah juga kalori dibakar....tapi dah penat
beriadah lapar pula.....gi restoren mamak, makan tosai dan
teh halia.....

Haaaaa tu lah riadah nya...bersenam kejap lepas tu
isi perut....bukan saya seorang...kat restoren mamak yang
saya pergi, beberapa individu yang beriadah di taman yang
sama turut menikmati sarapan pagi di sana......

Biasalah orang Malaysia.....senam senam juga....lepas
tu jalan jalan cari makan lah.......


Kawasan senamrobik sepi pagi ini

Kawasan yang bersih, udara segar sesuai untuk beriadah setiap hari



Penghuni tetap taman ini pun beriadah juga.....




Wednesday, November 9, 2011

Sedapnya Kari Kepala Ikan.......

Salam sejahtera rakan rakan.....

Lebih seminggu saya tak sempat menjengah dan update
blog kerana menyiapkan beberapa kertaskerja untuk
program tahun depan di samping cuti raya yang agak
panjang.

Hari ini saya nak kongsi sikit kisah Jalan Jalan Cari
Makan.

Lepas sahabat saya Tina selesai urusan perbankannya,
kami ke Lucky Garden Bangsar pekena Kari Kepala Ikan.

Bukanlah ke restoren besar, tapi gerai tepi jalan bawah
pokok aja.......

Tina memang suka makan Kari Kepala Ikan, semalam dia
baru makan di sini, dan hari ini makan lagi.......
Hebat sahabat saya tu....

Memang Kari Kepala Ikan kat situ sering menjadi
tumpuan ramai.....waktu tengahari kalau lambat
sampai, alamat kena tunggulah nak cari tempat
duduk......

Kami minta kepala ikan yang sederhana saja, sekali
datang.....

"Kita ni makan kepala ikan ke atau kepala dinosaur",
Zahir buat lawak tengahari....

Kami hanya memesan Kepala Ikan , Ayam Goreng dan
Sayur Taugeh aja dan ternyata ia benar benar membuka
selera hingga menjilat jari....

Alhamdulillah...terima kasih Zahir belanja kami
makan......moga murah rezeki awak ya......

Bagi yang gemar makan Kari Kepala Ikan, selain
di Bangsar, kat Jalan Kampung Atap pun ada satu
gerai yang Kari kepala Ikannya pun memang
sedappppp gilaa......

Tapi bau kari kat tangan ini dah berkali kali sabun,
semasa saya menaip entri ni masih ada lagi sikit sikit
bau karinya......

Itu lah penangan Kari Kepala Ikan.......


Kepala Ikan Merah......

Beratur untuk mengambil lauk....


Tina suka makan mata ikan......Terima Kasih Zahir.....

Menunggu ayam goreng dan taugeh....

Tinggal tulang daa........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...