Ads by nuffnang

Thursday, August 9, 2012

Hijrah Nurul Syuhada ...10 Ramadan terakhir....

Sekejap masa berlalu dan Ramadan hampir ke 
penghujungnya.....

Sedih rasanya nak meninggalkan Ramadan......
terdetik di hati adakah ini Ramadan terakhir kita.....

Apakah kita sudah bersedia untuk menghadap 
Sang Pencipta......

Sekadar ingatan bersama dan juga buat
diri sendiri....... 

Sepuluh Ramadan ini juga antara hari yang bakal
berlakunya Lailatul qadar, justeru umat Islam 
sememang digalakkan lebih beribadat, berzikir,
bertasbih mendekatkan diri padaNYA.

AlQuran juga menyebutkan: "Lailatul qadar, adalah
malam lebih baik dari seribu bulan."

Rasullullah swt berpesan:
"Carilah lailatul, terutama pada malam-malam ganjil
pada sepuluh terakhir Ramadhan".


Justeru sama samalah kita terus mendekatkan diri
padaNYA.

Alhamdulillah, sepuluh hari terakhir ini mencipta
catatan sejarah tersendiri buat pengacara
Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain.

Semalam dia telah memakai tudung dengan rasminya,
namun saya tidak bertembung dengan Nurul kerana
sibuk dengan tugasan masing masing.
Bertambah manis wajah Nurul.....

Pagi ini dia mengacarakan rancangan Malaysia Hari Ini
(MHI) dengan penampilan baru.

Niatnya untuk bertudung memang telah dipasang
sekian lama, sesungguhnya Allah lebih mengetahui
apa yang terbaik untuk umatNYA........


Bertambah manis dan ayu, wajah Nurul bertudung...

Bagi yang tidak sempat menonton hijrah terbaru Nurul
pagi tadi, insyaAllah esok pagi dia mengacarakan MHI
lagi.........

Syukur Alhamdulillah.......




Tuesday, August 7, 2012

Rasa nak sambung belajar.........

Pagi tadi selepas sesi suara latar untuk program 
Obsesi, saya terus ke UiTM Puncak Alam, Shah Alam.

Saya ke sana untuk penggambaran terkini satu 
daripada anak Bersamamu yang telah berjaya 
melanjutkan pelajaran di sana.

Sebelum ini, penggambaran bersama kakaknya 
Fatin Aisyah Jamil yang berjaya menamatkan
pengajian dalam bidang kaunselling dan kini
mendekati Fahmi Jamil yang mendapat 8A untuk
SPM baru baru ini.

Semoga kecekalan dan perubahan diri keluarga ini 
menjadi contoh kepada keluarga Bersamamu yang
lain.

Tatkala melihat pelajar pelajar di UiTM beramai 
ramai berjalan di dewan kuliah, menghadiri kelas,
hai terasa pulak nak sambung pelajaran.....


Fahmi yang berdiri dua dari kiri.....
Pelajar sedang menjalankan ujikaji di makmal.....

Lepas raya seorang daripada anakbuah saya nak
sambung pengajian di UK...lagilah perasaan nak
belajar semula terus menghantui diri....

Apapun saya pasti setiap apa yang berlaku adalah
ketentuan Illahi.

Jika memang dah tertulis di Loh Mahfuz saya
akan melanjutkan pelajaran, maka saya pasti akan
menjadi pelajar semula sungguhpun dah 4 series.....

InsyaAllah.........

Kalau tak sambung pelajaran, kira sambung aja
kerja di Media Prima lah nampak gayanya.......

Oh ya, dalam entri lepas rakan blogger Putubambu,
bertanya, jika saya tugasan di luar daerah, "Adam",
anak angkat saya, sang sawa kuning, siapa yang jaga?

Hah jawapan kepada Putubambu, Adam memang ada
kediamannya sendiri, lazimnya dalam masa 7 ke 10 hari
saya akan beri makan tikus, jadi bila dah kenyang,
memang melepak ajalah kat kediamannya........

Oklah nanti sambung di entri akan datang......
mata dah mula mengecil.........selamat bersahur.....

Thursday, August 2, 2012

Berbuka puasa dapat Kamera dan Telefon.....


Salam Ramadan.....

Lama bebenor rasanya saya tak update dalam blog
ini.

Biasalah sibuk dengan tugasan harian dan lepas 
solat trawikh, apa lagi mata pun tak larat nak buka
laptop.

Sepanjang bulan ramadan ini, tugasan di
luar Lembah Klang tetap berjalan seperti biasa  
beberapa program di bawah penyelarasan saya. 

Ramadan kedua penggambaran di Melaka dan 
minggu lepas di Lumut, Perak.

Bukan untuk program raya, tetapi program 
Bersamamu musim baru.

Seperti yang saya maklumkan terdahulu, saya 
ditugaskan kembali untuk menerbitkan program 
terbabit tapi dalam versi baru 
KEJAYAAN.....BERSAMAMU....

Ia paparan susulan perubahan terkini keluarga 
Bersamamu yang telah mendapat bantuan daripada 
masyarakat Malaysia yang sememangnya prihatin. 

Terima kasih kerana menghulurkan sumbangan
kepada mereka.....

Hah satu lagi, sekadar mengingatkan rakan rakan 
yang bercuti Isnin depan sempena Nuzul Quran, 
luangkanlah masa untuk menonton program 
UMRAH BERSAMAMU jam 5 petang ya.......

Kita dekati dan mendengar isihati jemaah terpilih
yang menjadi Tetamu Allah di Tanah Suci penuh
barakah....

Hari ini PRIMEWORKS STUDIO meraikan sambutan
ulangtahun ke 4.

Kek ulangtahun ke 4 PRIMEWORKS STUDIO.....
 
Diadakan majlis sambutan ulangtahun dan juga
berbuka puasa..... ada cabutan bertuah lagi....


Tak ada rezeki nak dapat kamera lah Abg Nal.....

Menarik juga hadiah yang diberi antaranya kamera
Nikon, telefon Samsung, pakej penginapan, baucer
makan dan beberapa yang lain.

Tahniah pada bos saya Nuraeshah Malik kerana 
mendapat hadiah kamera Nikon.

Juga buat Kak Jun, Husni dan Farhan semua dari
unit Majalah dan Dokumentari.

Tahniah kepada mereka yang memenangi cabutan bertuah.....


Kalau dah rezeki tertulis....hah menjadi hakmilik kitalah...... 

Syukur Alhamdulillah......... 




Kambing panggang......

Menunggu waktu untuk berbuka puasa.....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...