Ads by nuffnang

Thursday, January 17, 2013

Selamat Tinggal Australia....

Salam rakan rakan....

Ingat nak update entri sebelah malam selesai
tugasan, tetapi berikutan bayaran untuk
mengunakan internet di bumi Kanggaroo ni mahal
sangat, maka tak jadilah.

Semasa bermalam di Hunter Valley, hotel tempat
saya menginap mengenakan 11 Dollar Australia
untuk satu jam...kira kira 33 ringgit Malaysia......

Hah... mana cukup satu jam dengan nak muatturun
gambar lagi, maka dok lepak di bilik dan tenguk

televisyen ajalah.

Malam ini, malam terakhir di Bumi Kangaroo.

Dah siap mengemas beg dan bayaran internet di
hotel ini 2 jam dikenakan 13.20 Dollar Australia,
maka saya tutup mata dan bayar ajalah...

Ketika penggambaran di Port Stephens, antara
aktiviti yang buat pengacara Unsung Places paling
teruja adalah “Sand Boarding”......

Memang seronok mengelunsur di atas pasir,
tetapi nak naik semula tu yang tak berapa nak
larat....tinggi....

Dengan keadaan pasir yang lembut dan angin
yang kuat....mencabar jugalah....


Cadangan krew yang lain termasuk saya nak
mencuba juga, tapi berikutan masa mencemburi kami,
maka tak dapatlah kami mencubanya.

Biasalah dah nama pun datang untuk kerja....apapun
kerja yang paling diutamakan.


Hari ketiga sebelum ke Hunter Valley, awal pagi
dalam pukul 6, kami ke ladang unta milik penduduk
tempatan.


Ketika ini Australia musim panas, justeru dalam pukul
530 pagi dah cerah dan siang yang panjang.


Pukul 7.45 petang masih cerah...

Thanuja membantu pemilik ladang bernama Rod,
menghambat unta untuk di masukkan ke dalam
lori.


Nak  tahu bagaimana dia dan Rod melakukannya,
kenalah saksikan Unsung Places Australia tak

lama lagi....

Siaran Unsung Places setiap Sabtu jam 7.30 petang
hanya di TV3....

Siaran yang akan ke udara Sabtu ini, Thanuja
di Taiwan...

Tempat pendaftaran untuk
"Sand Boarding"

Rakaman Thanuja menuruni bukit pasir
Sungguhpun panas, tapi angin bertiup begitu kencang


Krew Unsung Places bersama Rod dan anaknya
 

Sunday, January 13, 2013

Panasnya di Bumi Kanggaroo.....

Salam dari Bumi Kanggaroo...

Semalam saya dan krew Unsung Places
terdiri daripada Penerbitnya Ifawani, wartawan
Nur Almaz yang menggantikan Linda,
jurukamera Bismi dan Hisam beserta

pengacaranya Thanuja Ananthan selamat
mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa
Sydney kira kira pukul 11 pagi.

Selesai urusan imigeresen dan kastam,
kami menaiki van untuk menuju ke Port Stephens
yang terletak kira kira 2 jam setengah dari Sydney.

Dah lah 8 jam 10 minit dalam pesawat dan tambah
lagi 2 jam lebih, memang tersangatlah letihnya.

Dengan cuaca yang panas melebihi 38 darjah
celsius, huh terasa bahangnya ketika kami
berhenti makan tengahari di R&R di lebuhraya
ke Port Stephens.

Sampai saja di D'Albora Marina, kami terus
membuat pengambaran di sekitar jeti.

Rata rata masyarakat di sini peramah dan
sering menegur kami.

Sampai di Salamander Shores Hotel, makan
malam dan terus masing masing merehatkan diri.

Pagi tadi sepatutnya penggambaran kami lebih
kepada aktiviti dikenali sebagai "Sand Boarding"
juga pacuan 4 roda di padang pasir.

Berikutan Thanuja kurang sihat,kami berjumpa
dengan pihak yang menguruskan aktiviti terbabit
dan menukarkan aktiviti yang telah dibincangkan
kepada esok.

Kami bawa Thanuja ke klinik dan selesai rawatan,
terus membawa dia balik ke hotel untuk berehat.
 
Semoga demannya akan beransur pulih esok.


Aktiviti esok agak mencabar......

InsyaAllah jika ada kelapangan akan saya
kongsikan bersama rakan rakan pembaca......


Sungguhpun panas, tetapi masyarakat tempatan
gemar berjemur di tepi pantai


Sungguhpun panas,Almaz dan Hisam tetap  
mencari sudut menarik untuk dirakamkan
Berbincang dengan Ifa, Bismi dan Thanuja


Bergambar di jeti D'Albora Marina



 

Tuesday, January 8, 2013

Rezeki Sepuluh Ribu Ringgit......

Tahun 2013 telah masuk hari kelapan dan ini
adalah entri pertama saya tahun ini.

Minggu pertama 2013, dua hari saya berada 
di Jerantut, Pahang dan dua hari  lagi di
Melaka.

Di Jerantut untuk tugasan Potret Bersamamu
keluarga Aziz Mohamad di Kampung Padang
Piol, Jerantut.

Hendak seribu daya, dengan bantuan 
masyarakat prihatin, sumbangan dana yang
diterima digunakan sebaiknya.

Dulu, isterinya dan anak anak perlu turun
ke sungai berhampiran rumah untuk mandi
dan membasuh baju.

Hari ini daripada rumah yang serba
kekurangan terus berubah menjadi sebuah
kediaman yang sungguh sempurna.

Syukur Alhamdulillah......

Terima kasih kepada penderma yang
budiman... hanya Allah sahaja yang akan
membalas dan mencurahkan rezeki kepada
anda......

Sesi temuramah dengan Aziz Mohamad


Rumah Aziz Mohamad di Padang Piol Jerantut

Sabtu dan Ahad pula saya menyertai
"Media Hunt" dari Kuala Lumpur ke 
Seremban - Melaka - Kuala Lumpur yang
dianjurkan Ibu Pejabat UMNO Malaysia..

Lebih 90 kereta mengambil bahagian
yang terdiri daripada pengamal media
mahupun beberapa organisasi dan
jabatan yang terbabit semasa Perhimpunan
Agung UMNO 2012.

Kumpulan kami no 35 dianggotai oleh
Ani Tahir, Hajar dan Nora.


Kumpulan 35 diketuai Ani Tahir
(sebelah saya)

Saya selaku pemandu.

Seperti kebanyakan "Treasure Hunt", bagi
" Media Hunt" ini juga pihak kami perlu
menyelesaikan beberapa tugasan yang
diarahkan.

Perlu naik River Cruise, Jalan Kaki ke
Muzium Samudera (Kapal Flor De Lamar),
Jalan ke Muzium UMNO, naik beca ke
A Famosa.

Kemudian panjat ke Bukit St Paul dan 
memang terasa sangat letih mendaki...

Faktor usia.......

Di atas bukit selain mencari jawapan perlu
main baling bola ke gayung air.

Kira macam macamlah tugasan yang perlu
dibuat oleh setiap peserta.

Keputusannya akan diumumkan pada Majlis
Makan Makan pada 12 Januari ini di PWTC.

Tempat pertama bakal mendapat RM10,000.
kedua RM8,000, tempat ketiga RM6,000,
keempat RM4,000 manakala kelima RM2,000.

Tempat keenam hingga 15 akan mendapat
RM1000.

Setiap kumpulan dah mencuba sebaik
baiknya dan jika ada rezeki, InsyaAllah
adalah terima habuannya.

Kalau tiada rezeki cuba ajalah lain kali..........

Esok sampai Khamis tugasan di Banting,
Selangor merakamkan satu lagi episod
kehidupan keluarga Bersamamu yang telah
keluar daripada kepompong kemiskinan........

Sebahagian daripada peserta dalam bot merakamkan
gambar yang ada kaitan dengan soalan

Kumpulan saya begitu teliti menjawab soalan

 


Di atas Bukit St Paul


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...