Ads by nuffnang

Thursday, April 4, 2013

Bertemu penyanyi.....PadaMU Ku Bersujud.......

Lazimnya kalau rakan rakan membaca entri
coretan saya terdahulu, pasti terdengar lagu
PadaMU Ku Bersujud nyanyian penyanyi dari
negara seberang iaitu Afgan.

Tapi saya tak tahulah apa dah jadi dengan
blog saya kini sebab lagu terbabit tidak lagi
kedengaran.....

Nanti ada masa lapang saya akan cuba
perbaiki "setting" blog saya ini atau akan
meminta bantuan daripada yang pakar....

Tengahari tadi semasa ada perbincangan
seketika di bilik tamu studio B, tetiba
seorang remaja keluar dari studio setelah
menjadi tetamu Wanita Hari Ini - WHI.

Beberapa wargakerja Media Prima dok
sibuk bergambar dengan pemuda terbabit.

Justeru saya pun bertanyalah pada member
siapakah gerangan yang menjadi rebutan
untuk diabadikan potretnya.....

Rupanya remaja itu adalah Afgan....

Saya pun pada mulanya tak perasaan.....
tapi ambil jugalah kesempatan untuk
bergambar dengannya.....

Menghayati lirik lagu PadaMu Ku Bersujud
ternyata boleh bergenang airmata dibuatnya
 .......dan rasa terlalu kecilnya diri kita.....

"Ampuniku Ya Allah...
 yang sering melupakanMU..
 saat kau limpahkan kurniaMU...
 dalam sunyi aku bersujud....

 KAU tempatku meminta...
 KAU beriku bahagia...
 jadikan aku selamanya...
 hambaMU yang selalu bertakwa....."


Salam daripada Afgan buat peminatnya......

Wednesday, April 3, 2013

Sepetang bersama Norish Karman....

Petang tadi saya dan Nuraeshah Malik
(bos besar bahagian Lifestyle Magazine-PWS)
ada temujanji dengan Norish Karman atau
mesra dengan panggilan NK.

Sambil minum petang, kami berbincang
mengenai satu program baru yang ada
kaitan dengan membantu golongan yang
memerlukan seperti Bersamamu......

Mula mula jumpa NK nampak macam
ada sesuatu yang berlainan pada dirinya...

Bila diperhatikan betul betul, rupanya
dia potong rambutnya beberapa hari
lepas.

Sebelum ini rambut NK panjang hampir ke
paras pinggang.

"Chik Inn ambil gambar ini kira ekslusif
tau, tak ada jurugambar lain snap photo
NK dengan imej rambut pendek ini lagi",
NK yang sememangnya peramah tersenyum
bila saya kata nak ambil gambarnya.

Senyum...senyum....


InsyaAllah jika segala perancangan berjalan
lancar, penggambaran untuk program baru
di bawah tajaan PAMOGA yang diasaskan
Datuk Dr Vida bermula pada pertengahan
Mei ini.

Nak tahu apa nama program dan konsep
seterusnya......tunggu........akan datang
di TV3 tidak lama lagi......




 

Tuesday, April 2, 2013

KEM REMAJA BERSAMAMU 2013....

Semalam seorang daripada anak Bersamamu
saya Fahmi Jamil yang menyambung
pelajaran di UITM Puncak Alam, Shah Alam,
"tweet" bertanya entri kisah Kem Remaja
Bersamamu 2013.

Untuk memenuhi permintaan "anak- anak"
saya maka hari ini dikongsikan sedikit
coretan mengenai kem dan gambar di sebalik
Kem Remaja yang diadakan 3 hari 2 malam di
Brindley Training & Camp,Port Dickson,
Negeri Sembilan.

Seramai 50 peserta dipilih terdiri daripada
anak anak Bersamamu mahupun daripada
Rumah Kebajikan Anak Yatim/ Miskin yang
pernah dipaparkan.

Lapan lagi peserta adalah anak anak peminat
Bersamamu yang terpilih daripada Facebook
Bersamamu.

Ini adalah kali keempat diadakan Kem Remaja
Bersamamu dan tujuan utama diadakan kem
ini untuk :-

-Pembentukan sahsiah dan jatidiri

-Membina kekuatan mental dan fizikal

-Penetapan pemikiran ke arah penghayatan
 nilai positif

-Penerapan nilai murni,sahsiah Islamiah                          
 dan adab mulia    

-Menerapkan sikap menghormati ibubapa,
 guru serta rakan
  
Juga melahirkan pelajar cemerlang bukan
sahaja dari sudut akademik tetapi
merangkumi kecemerlangan dalam akhlak,
budi bahasa, displin dan berdedikasi.

Hari pertama kami perhatikan beberapa peserta
pada mulanya agak pendiam dan tidak mahu
bercampur di antara satu sama lain.

Menjelang sebelah malam, kemesraan antara
mereka sudah mula terjalin.

Buat pengetahun Fahmi, Munirah dilantik
sebagai penghuluwati.

Manakala Ayie, anak Ramjan Bibi dari
Ampangan, Negeri Sembilan dilantik
sebagai penghulu...

Sifat tanggungjawab dan dedikasi Munirah 
terserlah dan saya pasti dia akan mengikuti
jejak langkah kakaknya Fatin dan abangnya
Fahmi untuk melanjutkan pelajaran ke
menara gading.

Beberapa peserta lain juga tidak kurang
mempunyai kelebihan dan keistimewaan
tersendiri yang dalam perhatian kami.

Antara peserta yang sentiasa menjadi
tumpuan lensa kamera kami,
adalah Huzaifah Mohamad, anak kepada
ibu tunggal dari Johor, Norashikin Karim.

Sungguhpun umurnya baru 9 tahun,
Huzaifah pelajar Tahfiz di Kota Tinggi,
bersungguh sungguh dalam melakukan
pelbagai aktiviti baik di pinggir hutan,
di kelas mahupun aktiviti di laut.

Pastinya terima kasih kepada pihak penaja
iaitu Syarikat Faiza Sdn Bhd, Vida Beauty,
Tesco serta Adabi yang turut memberi
kerjasama menjayakan Kem Remaja
Bersamamu ini.

Juga KelabTriton Tuners Malaysia yang
mengambil dan menghantar peserta dari
kediaman masing masing.

Sesungguhnya Allah sahaja yang akan
membalas budibaik anda semua
mengembirakan anak anak Bersamamu ini...

Relak dik....jangan risau....jalan perlahan lahan....

Aktiviti dalam kelas...


Selepas aktiviti Flying Fox....Huzaifah paling kecil...

Mendengar arahan dengan begitu khusyuk sekali......


Aktiviti membina rakit di tepi pantai....

Gembira dapat berjumpa dengan "anak-anak' saya.....

Ini anak anak terlebih saiz adalah krew saya....

 

Krew Produksi bersama pakar motivasi.......

Penyampaian hadiah dari penaja Datuk Dr Vida...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...