Ads by nuffnang

Tuesday, April 8, 2014

SATU HATI DUA JIWA........

Semasa saya menerbitkan Majalah 3 pada tahun
1999, di mana pengacara ketika itu sahabat baik
saya Nor Azlina Redzuan, segmen Perspektif
Satu Hati, Dua Jiwa....antara menjadi bualan ramai.

Ia mengisahkan seorang pemuda dari Changlun,
Kedah terharu melihat kisah seorang kanak kanak
yang menderita akibat masalah hati dan memerlukan
penderma.

Justeru Wan Mohd Hafizam Wan Ismail menghubungi
pihak kami dan menyatakan hasratnya.

Setelah beberapa ujian dilakukan maka hati
Hafizam sesuai untuk diberi kepada Adik
Mohd Afiq Iqmal. 

Lebih 15 tahun telah berlalu dan Alhamdulillah
satu hati dikongsi dua jiwa itu kini menjalani
kehidupan seharian seperti insan biasa.

Perkongsian saya kali ini mengenai kisah adik
Ammar Danish yang dilahirkan pada 8.11.2013.

Dia disahkan menghidap Biliary Atresia sejenis
penyakit berkaitan dengan kerosakan dalam
organ hati.

Walaupun diberitahu doktor, kebanyakan bayi 
yang berpenyakit seperti Ammar mempunyai
umur yang tidak panjang, namun Nazila 
Kamarudin yakin hanya Allah yang menentukan
ajal hambaNYA dan lebih mengetahui apa yang
terbaik untuk umatNYA.

Sungguhpun redha dengan ketentuan Illahi,
sebagai insan biasa, perasaan takut, kecewa
kadangkala menyelubungi diri.

Demi untuk terus memberi semangat dan
motivasi kepada Nazila, saya menghubungi
Hafizam yang punyai pengalaman berdepan
dengan keluarga yang mempunyai anak
berpenyakit hati.

Sesi perkongsian Hafizam, memberi impak
yang baik buat Nazila dan suaminya untuk
terus tabah dengan segala dugaan yang
dihadapi.

Seperti Aqif, tidak mustahil Ammar akan sembuh
dan dapat menjalani kehidupan seperti
kanak kanak lain dengan keprihatinan
masyarakat Malaysia yang penyayang.

Seperti kata Hafizam,

"jangan takut untuk memberi hati dan organ
pada yang memerlukan, niat yang baik untuk
membantu mereka yang memerlukan pasti
akan dipermudahkan Allah swt".

Hafizam juga bersyukur kerana segala
pengorbanannya dapat menjadi dorongan
kepada orang ramai untuk lebih prihatin terhadap
masalah yang dihadapi setiap insan.
 
Kisah Adik Ammar akan disiarkan di Bersamamu
pada 29 April 2014.

Satu hati dua jiwa........bakal berulang.......
 
Bersama Hafizam dan Adik Ammar
Nazila berkongsi kesedihan....

 

Saturday, April 5, 2014

Hidup orang Klang.....

Semalam memangnya hari yang panjang
buat saya.

Seharian menjadi pemerhati kepada sesi
"brainstorming" atau sesi berkongsi idea bersama 
staf staf PWS untuk rancangan akan datang.

Kalau satu masa dulu, saya juga turut
menyumbangkan idea tetapi kini dah "berkarat"
jadi berilah pada yang muda muda.......

Selesai sahaja sesi "brainstorming" jam 6 petang
disambung pulak mesyuarat produksi Bersamamu...

Kalau saya tak bertugas di luar daerah, memang
selalu kena hadiri perbincangan dan mesyuaratlah.

Semalam waktu rehat/solat Jumaat, semasa
menonton WHI, Ella penyanyi Rock yang tidak
asing lagi adalah tetamu WHI.

Berikutan dah lama tak jumpa dia, saya ditemani
staf saya Liza ke studio B untuk bertanya khabar
rakan sedaerah..orang Klang.....

Yang lebih menarik seorang lagi rakan satu daerah
berada di studio.....iaitu Fizasabjahan....

Maka semalam pertemuan tiga insan daripada
bidang yang berbeza:-
Pengacara / Penyanyi /Penerbit.....

Sungguhpun pertemuan seketika...tetapi
penuh makna.....

Tapi bila tengok photo paling "rendang" adalah
saya......

.....sebabnyaaaa.. tak pakai kasut tumit tinggi......

Hidup Orang Klang......
 


 


 

Tuesday, April 1, 2014

Saya kembali menulis.......


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada
semua rakan rakan.....

Subhana Allah dah lebih empat bulan saya tidak
"update" blog yang tak seberapa ini.......

Bila berada di bidang yang membabitkan penulisan,
dah terlalu menulis atau mengedit skrip di pejabat,
bila balik terus dah kekeringan idea dan keletihan.

Maka teruslah tak buka blog......

Sebenarnya hendak seribu daya tak hendak seribu
dalih......

In sya Allah saya akan buang ke tepi vitamin "M"
atau malas yang menyebulungi diri dan kembali
menulis biar pun perkongsian pendek.

Hari ini coretan saya sikit sahaja dan nak sentuh
bab "monopod".

Rata rata sejak kebelakangan ini ramai yang suka
"berselfie".

Rakan rakan di pejabat ini pun apa kurangnya dan
saya pun tak terkecuali.

Saja suka suka lagipun kemudahan teknologi hari
ini, hampir setiap telefon bimbit ada kamera dan 
bila ambil gambar kurang menarik blh "delete".

Kalau guna filem memang parahlah dengan beli
filem dan cuci filem lagi........makan mee
segera ajalah hujung bulan.....

Saya yakin ramai juga di kalangan sahabat sahabat
blog saya suka "berselfie" dan punya monopod
sendiri.......

Di bawah saya sertakan beberapa photo selfie
yang menggunakan monopod....

Sebenarnya perlu ada skill supaya tak nampaklah
batang monopod atau kami gelar batang golf........

Kali pertama membeli dan menggunakan Monopod ketika
 keluar dengan BFF

Bersama dua Liza staf saya--jelas kelihatan batang golf

Penggambaran  Bersamamu di Jelebu, masih tak boleh "adjust"

Dah mula pandai "framing"......
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...