Ads by nuffnang

Thursday, September 11, 2014

AKU KEMBALI SEBAGAI PELAJAR.......

Kisah semalam.......

Setelah dua hari mengikuti kelas, maka semalam
saya telah mendapat kad matrik.

Saya kini kembali sebagai pelajar setelah lebih
23 tahun meninggalkan alam persekolahan.

Tapi bak kata pepatah orang lama
"hendak seribu daya, kalau tak hendak
seribu dalih..."

Saya menyambung pelajaran di peringkat
Sarjana Falsafah (Master) di Universiti Kebangsaan
Malaysia di Pusat Pengajian Psikologi dan
Pembangunan Manusia.

Antara kuliah yang saya bakal ikuti untuk semester
ini adalah subjek Pengantar Kerja Sosial, Tingkahlaku
Manusia dan Persekitaran Sosial juga Metodologi
Penyelidikan Psikologi.

Ia ada kaitan dengan kerjaya saya sekarang dalam
menerbitkan program program berkaitan dengan
kemanusiaan, masalah kekeluargaan, remaja,
mahupun kanak kanak.

Mulai sekarang saya perlu merancang jadual dengan
lebih teliti dalam membahagikan masa untuk keluar
tugasan penggambaran mahupun tugasan kuliah....

Ya Allah Ya Rabb...... permudahkan lah pengajianku
dan rakan rakan sekuliah.....

Jadikan kami insan yang terus menabur jasa dan
membantu kepada yang memerlukan....

Sesungguhnya Kau tahu apa yang terbaik buat setiap
hambaMU....

Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alaamiin......





 

Sunday, July 27, 2014

AIDILFITRI YANG SEPI BUAT DIRIKU......

Ramadan akan melabuhkan tirainya beberapa
jam saja lagi.

Dan yang pasti setiap umat Islam tidak kira di
mana saja mereka berada pastinya sedang sibuk
menyiapkan persiapan menjelang Syawal.

Tatkala meninjau Facebook mahupun Instagram
rakan rakan, secubit cemburu menghantui diri ini.

Manakan tidak masing masing memuatturun
pelbagai gambar kemeriahan, keseronokan,
kegembiraan bersama sanak saudara tidak di
kira di mana akan di sambut AidilFitri.....

Bagi diri saya di saat saya menulis blog ini,
terasa begitu sepi dan kosong......

Ini kali pertama Syawal disambut tanpa dapat
mencium tangan bonda.....di pagi Aidilfitri.....

Sememangnya Alllah swt lebih menyayangi
dirinya tetapi sebagai anak kehilangan insan
bergelar ibu satu perkara yang menyayat hati.

Lebih lagi sebagai anak yang 'nakal' ini yang
menghadap wajahnya di saat saat akhir dia
pergi buat selamanya....

Dari segi fizikal, mungkin ramai nampak saya
sebagai seorang yang kuat, tabah, bersemangat
memberi motivasi dan menjadi tempat untuk
rakan taulan "berkongsi" kisah suka duka
tetapi di saat seperti ini sememangnya saya
terus lemah.

Tatkala ini hanya Allah swt sahaja tempat saya
terus mengadu dan sedikit dicurahkan di sini
untuk meringankan perasaan terpendam kerana
sukar untuk saya mengatur perkataan untuk
diluahkan dari hati ke hati.....

Syawal lepas Bonda menyambut AidilFitri lebih
berbaring di katil kerana keuzuraannya dan saya
sentiasa menemaninya berikutan adik beradik
yang lain mempunyai keluarga masing masing
untuk diziarahi.....

Tatkala sudara mara dan sahabat handai Bonda
datang menziarahinya, saya bertindak menjadi
"Gatekeeper".

Arwah Bonda kurang bercakap tidak seperti biasa
AidilFtiri sebelumnya dan saya memahaminya.

Tatkala dia letih untuk meneruskan bicara, saya
terus membawa tetamu keluar daripada biliknya
dan menjamu tetamu dengan hidangan raya.

Dan Syawal kali ini saya bersendirian.....tiada
tugas tugas khas berdamping menjadi
jurucakap kepada bonda lagi.

Seperti rakan sediamaklum, tugasan saya menuntut
saya kerap berada di luar daerah, justeru jika ada
masa bersama, saya gunakan sebaik baiknya masa
berharga itu, untuk bersamanya menumpang manja.

Sungguhpun punyai adik beradik, anak buah
serta cucu untuk diziarahi AidilFitri ini.....hati kecil
ini terus merintih dan di saat ini airmata menjadi
teman setia saya......

Sememangnya AidilFitri tahun ini AidilFitri  yang
sepi buat diri ini..

Bukannya jauh untuk saya pulang ke Klang....
tetapi sukar untuk saya melangkah keluar dari
kediaman saya di Damanara Perdana ini......

Sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui apa
yang terbaik buat setiap umatNYA.

Ke Klang atau bersendirian di Damansara saja....???

Mungkin bagi mereka yang kehilangan orang
tersayang merasai apa yang saya rasai...

Ahli keluarga MH 370, MH 17 dan mereka yang
pergi buat selamanya, lebih lagi bagi tahun
pertama tanpa menyambut Syawal bersama.......

Justeru hargai ibubapa dan orang yang kita kasihi
sementara mereka masih ada..

Mungkinkah ini Ramadan terakhir bagi diri
kita.....tiada siapa dapat lari daripada takdir...

Seperti mana tahun lepas, adalah Ramadan dan
Syawal terakhir buat bonda...

Alfatihah buat Bonda Hajah Che Soo bt Chik,
ahli keluarga serta sahabat handai  yang telah
pergi mendahului kita menemui Illahi....

Damailah kalian di sana di samping orang orang
beriman......

Cukup detik waktu...kami juga akan menyusul
ke sana.....

Maaf Zahir Batin daripada saya yang kerdil di
mukabumi ini....andai ada tuturkata dan
gerakgaya yang menyinggung sesiapa......dari
hujung rambut ke hujung kaki saya memohon
kemaafan....

Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah swt
dan lemah itu daripada kita sendiri maka perlulah
kita perbaiki diri........

Subhana Allah.... Alhamdulillah... Allah hu Akhbar...

La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku
wa lahul hamdu wa huwa "ala kulli syai-in qadir...


 

Monday, June 9, 2014

Meninjau habitat Sang Bedal di New Orleans....

Hah beberapa hari ini tak sempat nak "update"
blog sebab masa mencemburi saya.

Sampai aja hotel dah lebih pukul 12 malam,
bukanlah kami ni kaki rayau...tapi dah sampai
tempat orang kenalah tinjau tinjau juga keadaan
kehidupan segelintir masyarakat di sini tatkala
senja melabuhkan tirai malam.

Dan satu lagi, perkhidmatan internet nak
digunakan di hotel penginapan saya mahal....
maka dipendamkan sajalah hasrat nak
berkongsi cerita.

5 June 2014

Siap kemas segala bagasi, kami berangkat ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Las Vegas.

Lokasi seterusnya ke New Orleans.

Ia turut dikenali sebagai lokasi pertama muzik
jazz diperkenalkan.

Penerbangan kami mengambil masa kira kira
3 jam 20 minit.

Sesekali angin kencang dan pesawat melanggar,
awan...berdegup juga jantung saya dibuatnya.

Kami sampai hampir jam 5.30 petang sungguhpun
bertolak jam 12.05, waktu di New Orleans awal
dari Las Vegas 2 jam.

Selesai mendaftar diri di hotel, maka kami pun
keluar untuk mencari santapan makan malam.

Di New Orleans ini terutama kawasan di kenali
sebagai Bourban, aktiviti malam masyarakat di
sini memang hebat....

Restoren, Bar, seniman jalanan, pelancong
memanglah ramai....

Yang mabuk pun boleh tahan lah juga.....

New Orleans juga terkenal dengan kesegaran
makanan lautnya terutama tiram.


Dek kerana berseleranya saya makan tiram,
maka akhirnya saya menjadi penghuni
beberapa kali tandas........

6 June 2014

Aktiviti hari kedua di New Orleans memang padat.

Kami menaiki kapal steam menyusuri Sungai
Missisipi sambil dihiburkan persembahan jazz di
bahagian tingkat dua kapal terbabit.

Kalau cakap pasal kapal steam iaitu sebuah kapal
yang menggunakan seolah kincir berputar
perlahan tapi sebenarnya boleh tahan laju. 

Rasa macam zaman bangsawan omputih dulu dulu
pulak.

Perjalanan mengambil masa lebih 2 jam membawa
penumpang diselangselikan penerangan mengenai
sejarah dan info berguna mengenai New Orleans.

Selesai pengembaraan dan makan tengahari, satu
lagi pakej yang kami ikuti adalah pakej
"Swamp Tour".

Kawasan New Orleans ini juga terkenal mempunyai
paya yang tidak tercemar.

Untuk mengikuti pakej ini, kami menaiki bas khas
dr hotel ke lokasi kira kira 30 minit.

Pakej 2 jam menaiki bot yang mempunyai kipas
besar di belakang menyusuri sungai dan paya
yang menjadi habitat utama sang buaya atau
penduduk disini memanggilnya "aligator"
bukannya "Crocodile".

Di tengah tengah paya, tetiba individu yang
membawa bot kami mematikan enjin.

Dan beberapa ketika, beberapa ekor buaya
menghampiri bot kami.

Suspen jugalah...kalau dibuatnya melompat
atas bot, rasanya mau saya tunjukkan skil 
bersilat atau berkung fu dengan sang buaya tu.

Sungguhpun nampak ganas tapi saya dapat juga
merakamkan beberapa aksi sang buaya yang
berhampiran dengan bot kami.

Satu pengalaman yang menarik.....

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.....ada
juga perasaan takut mengulit jiwa...tapi
ternyata keselamatan kami paling diutamakan
oleh pengendali pakej ini.......

Campak aja makanan...
Sang Bedal pun segera ke bot
Pengendali bot memberi makan pada
Sang Buaya...
Di belakang saya bot yang kami menaiki untuk
"Swamp Tour"
Perlu pakai "ear phone" kerana bunyi kipas
bot begitu kuat
Hati hati anda diperhati.....





 
Selesai pengembaraan kami menyulusuri
Sungai Missisipi
Nampak bergerak perlahan...hakikatnya
laju juga.....

Di tingkat bawa di bilik enjin kapal
 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...