Ads by nuffnang

Thursday, September 27, 2012

Penggambaran sehari di Peranchis...

Tajuk entri macamlah pergi Peranchis untuk 
penggambaran, tetapi hakikat sebenarnya 
bukanlah di negara Peranchis di Benua Eropah, 
tetapi di Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur.

Semalam sehari suntuk saya di sana untuk
penggambaran "moderator" Intai Intai Deko
bersama pengacara Nor Azlina Redzuan dan
krew Intai Intai Deko. 

Ingat malam tadi nak kongsi pengalaman, tapi dah
sampai rumah pun hampir 12 malam memang
terus Selamat Malam Malaysia lah jawabnya...
 
The Chateau Spa and Organic Wellness Resort,
adalah sebuah resort dan spa yang pertama 
di dunia berasaskan bahan-bahan organik.

Sumber inspirasi pembinaannya - sebuah istana 
abad ke-18 di Perancis.

Dengan cuaca yang dingin memang sekali imbas
nampak macam berada di istana lama di bumi
Peranchis.

Memang menarik kawasan persekitaraannya....

Sesuailah kalau nak berbulan madu atau nak 
merehatkan mental dan fizikal setelah keletihan
bekerja dan melarikan diri daripada kesibukan
ibukota.

The Chateau terletak bersebelahan dengan 
Colmar Tropicale, satu lagi lokasi tarikan 
pelancong dalam dan luar negara yang juga 
berkonsepkan persekitaran di Peranchis.

Nak tahu apa yang menarik kat The Chateau, 
jangan lupa saksikan Intai Intai Deko siaran 
18 Oktober akan datang. 
 
Saya kongsikan beberapa photo yang sempat
saya rakamkan di sana.....

Pintu masuk "The Chateau"


 Tanaman Orkid Liar antara tarikan di sini...


Kawasan tanaman Bunga Ros


Bersama Nor Azlina Redzuan dan jurusolek Fatin
Nor Azlina dan jurukamera Fariz Daud

Makan tengahari pun menu masakan Peranchis



Dah kenyang..semua senang hati...   

Satu daripada restoren dalam "The Chateau"



Terima kasih kepada Loke Kah Peng, Pengurus 
Perhubungan Awam dan Komunikasi
'The Chateau" yang sentiasa memberi kerjasama 
sepanjang penggambaran kami.....

Thursday, September 20, 2012

Irama dan lagu......Caklempong...Wayang Kulit...

Pagi tadi saya dan wartawan Bersamamu Musim Baru 
Liza ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
atau Aswara.



Tujuan ke sana untuk penggambaran bersama 
Wahyuddin Shabuddin berasal dari Mantin, 
Negeri Sembilan yang episod kehidupan keluarganya 
pernah dipaparkan pada pertengahan tahun 2007....

Dengan bantuan masyarakat prihatin, dia dapat
melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik khususnya 
muzik tradisional Caklempong.

Entri saya hari ini lebih kepada pemerhatian saya
ketika tugasan di ASWARA.

Kisah Wahyu akan saya coretkan untuk entri akan
datang terutama sekali bila membabitkan seluruh
ahli keluarganya kelak.
 
Hahhhh.....saya biasa melihat persembahan
Caklempong tapi tak pernah lah melihat di belakang
tabir latihannya.

Muzik tradisional Caklempong dikatakan telah
dibawa ke Tanah Melayu oleh Masyarakat Minangkabau
dari Sumatera Barat yang menetap di Negeri Sembilan
seawal kurun ke 14.

Antara alatnya adalah gong kecil diperbuat berbentuk
seperti periok dan berbusut di tengah-tengah 
permukanya.
 
Gong-gong diatur berbaris melintang diatas Para
panjang dan dipalu pada busutnya dengan sepasang
pemalu oleh seorang pemain.

Nampak macam biasa aja gong yang diatur tetapi
setiap gong mempunyai notasi atau nada seperti
C Major satu oktaf dan sebagainya lah. 
 
Saya bukan tahu pun sekadar mendengar penjelasan 
pensyarah Wahyu yang bernama Encik Rabbani yang 
mengajar pelajar pelajarnya...


Wahyu sebagai ketua ketika rakaman latihan Caklempong
 
Satu lagi yang menarik perhatian saya ketika
penggambaran di kelas Wayang Kulit.

Tenaga pengajar yang dikenali sebagai Pak Nasir
memang seorang yang berpengalaman dan
profesional.

Dalam dia menjadi Tok Dalang, tatkala pelajar
pelajarnya melakukan kesilapan ketika latihan,
bagaikan telinga lintah, peka, cepat dia dapat
mengesan dan memperbaiki kesilapan mereka.

Bagi penonton biasa, pasti tak dapat membezakan
kesilapan irama yang didendangkan, tapi dah nama
pun tenaga pengajar, memang alah bisa tegal
biasalah...bagi Pak Nasir....
 
Cara mengajar agak santai, diselang selikan dengan
jenaka.

Tetapi hakikatnya bukan mudah menjadi tenaga
pengajar yang menjadi tok dalang, memegang
boneka wayang kulit sekaligus berdailog pelbagai
watak dan waktu yang sama memastikan irama
dan lagu iringan pelajarnya mengikut rentak.....
 
Kita biasa tenguk saja persembahan Caklempong 
mahupun wayang kulit tetapi sesekali dapat
berada di belakang tabir, memberi satu pengalaman
baru dan menarik...... 
 

Pak Nasir sebagai tenaga pengajar dan juga
Tok Dalang sesi latihan




Bagi Wahyu, teruskan usaha dalam bidang yang
diminati dan semoga cita cita menjadi pensyarah
muzik satu hari nanti akan terlaksana.....
 
Di mana ada kemahuan...pasti ada jalan.....

Krew Bersamamu bersama Wahyu

 



Wednesday, September 19, 2012

Makan..makan..makan..Missing In Action....

Baca perkataan makan...makan...makan...pun
dah buat kita mengah.....

Kami kat PRIMEWORKS STUDIO/PWS ini khususnya
unit Majalah dan Dokumentari bagaikan irama dan
lagu tak boleh dipisahkan dengan jamuan makan. 

Syukur Alhamdulillah....rezeki jangan ditolak....

Sungguhpun dah 3 hari, bulan Syawal meninggalkan
kita, jamuan yang kami adakan ini....kira serpihan
pada sambutan Aidilfitri lah.

Nak kumpul semua staf memang susah kerana cuti
yang diambil bergilir gilir lagipun Pengurus Besar kami
AKZ baru masuk pejabat setelah bercuti lebih sebulan,
(hantar anak melanjutkan pelajaran ke US)
justeru hari ini paling sesuailah.

Lebih kepada jamuan "potluck", majlis seumpama
ini memang baik selain perut kenyang, ia mengeratkan
lagi silaturahim di antara pekerja dari pelbagai
jawatan dan pangkat......

Nasib baik tak ada bertema dan persembahan, kalau
tidak, payah juga kami nak mencari persalinan yang
ditentukan dan buat persembahan.....

Mendengar kata kata aluan....

Bos kami AKZ paling kiri

Pemilik dlittleoven.blogspot (tudung kuning)bersama Kak Sue


Pelbagai juadah menanti wargakerja PWS


 
Oh ya, terima kasih bos cenderamata Magnet Fridge dari
Negara Uncle Sam......

MIA.....Missing In Action ..in Florida....tak pa....

Jangan dah kenyang makan Missing In Action
di pejabat.......

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...