Ads by nuffnang

Monday, December 31, 2012

Selesai Misi Tabung Bantuan Banjir....

Alhamdulillah semalam kira kira jam 4 petang,
konvoi Misi Tabung Bencana Banjir NSTP -
Media Prima selamat sampai di Sri Pentas.

Empat hari, kami sama sama mendekati
mangsa banjir di Hulu Trengganu dan
Kuantan, satu pengalaman yang menarik.

Ada beberapa tempat yang dilawati, seperti
di Hulu Trengganu mangsa banjir telah 
pulang ke rumah masing masing.

Justeru bantuan berupa barangan makanan
seperti beras, minyak masak, sardin,
mi segera, gandum, gula, garam, susu,
ubat gigi, sabun mandi, cecair pencuci dan
biskut diserahkan di balairaya, surau
mahupun masjid.

Hari ketiga misi, semasa kami menuju
ke Felda Seberang Tayor, Kemaman,
sebatang jambatan ditenggalami air dan
kami terkandas.

Justeru kami mengambil keputusan
mengambil laluan lain yang lebih jauh.

Kalau lalu juga, mahu pacuan 4 roda yang
dinaiki bertukar menjadi bot pulak......

Secara keseluruhannya, kami mengagihkan
bantuan kepada lebih 900 keluarga mangsa
banjir di Trengganu dan Pahang dengan
kerjasama TESCO, Adabi Consumer dan
Kelab Kembara Selangor.

Hulurkan tangan, ringankan beban......


Jambatan utk ke Felda Seberang Tayor
 ditenggelami banjir

 
 

Thursday, December 27, 2012

Misi Banjir Trengganu & Pahang

Pagi tadi kira kira jam 10.30 di Sri Pentas, konvoi
terdiri lapan kenderaan pacuan empat roda
dilepaskan oleh orang kuat Media Prima iaitu
Izham Omar.

Saya bersama rakan rakan Media Prima dan
NSTP  beserta beberapa geng kenderaan pacuan
empat roda adalah antara sukarelawan peringkat
pertama dalam misi membantu mangsa
banjir khususnya di Pantai Timur.

Sepanjang perjalanan, beberapa kali kami
menempuh hujan lebat yang terus membasahi bumi.

Dah adat berkonvoi, dalam pertengahan perjalanan
di kawasan Gambang, Pahang, sebuah daripada
kenderaan mengalami sedikit masalah.

Alhamdulilllah, dapat ditangani dengan segera.

Kami sampai di pejabat NSTP Ajil Trengganu kira kira
jam 6.30 petang.

Setelah berehat sebentar, kami diberi taklimat untuk
misi bantuan yang akan bermula esok jam 8 pagi
di Hulu Trengganu.

Di Ajil kami menetap di Homestay.

Dua buah rumah untuk kaum Adam dan sebuah
untuk kaum Hawa. 

Dan ketika saya menulis entri ini, tujuh rakan saya
telah dibuai mimpi.

Mata saya pun dah layu dan esok hari yang panjang
buat kami.

Rakan rakan doakan pekerjaan kami terus
dipermudahkan Yang Maha Esa dalam membantu
mangsa banjir ya......

Petugas Misi Banjir bergambar dengan penaja


Konvoi Misi Banjir Media Prima


Monday, December 24, 2012

Pakai kasut .. kiri dan kanan berlainan.....

Pagi selepas solat subuh terus bersiap untuk
ke Sri Pentas kerana "call time" untuk
tugasan pukul 8 pagi.

Justeru dlm pukul 7.25 pagi baru nak keluar
rumah wartawan saya Almaz sms bertanya
adakah saya akan terus ke lokasi atau pergi
bersama krew.

Saya mencampakkan kasut, terus
menyarung dan menjawab sms untuk ke
lokasi bersama krew menaiki van TV3.

Sesampai di pejabat, baca emel sebentar dan
kira kita 7.55 pagi, Almaz memaklumkan
untuk bertolak ke lokasi iaitu di Berjaya
Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Saya duduk depan dengan pemandu dan
kira kira lima minit dok berborak rancak 
dalam van baru saya tersedar kasut yang
saya pakai tak sama.

Kanan Adidas dan kiri Timberland.........

Adui hai......apa dah jadi....kelakar pun ya...
geleng kepala sendiri pun ya.....

Nak patah balik ....menyusahkan pemandu
pulak.....jadi "maintain macho" ajalah.......

Nasib baiklah warna kedua dua kasut tu
tak jauh beza....

Sememangnya krew tidak begitu menyedari
saya memakai kasut yang berbeza.

Sepanjang penggambaran untuk rakaman
"pengacaraan" bersama Nor Alin Redzuan,
saya sendiri rasa macam serba tak kena......

Dek kerana rasa pelik sendiri, saya
memaklumkan pada mereka...... dan apa lagi
semua mentertawakan saya.....

Ada yang mengusik mungkin saya nak dapat
durian runtuh lah atau mungkin nak jalan jauh
kot......

Nor Azlina  menyampuk kata stylo lah....

Tira, jurumekap dok kata fesyen budak budak
"nie jam" lah.....

Tak kisahlah, tapi sekadar nak berkongsi
pengalaman, kalau nak cepat sekali pun
kenalah juga "double check" apa yang
patut......

Sampai Sri Pentas terus ke kereta dan
ganti dengan sandal yang memang ada
sepasang dalam kereta.

Saya rasa bukan saya seorang sahaja
mengalami peristiwa haru biru ini.......

Mungkin ada juga di kalangan rakan rakan
pernah memakai kasut yang berlainan
tanpa disedari........


Fesyen penggunaan kasut stail baru......


Nor Azlina dan Intan dok mengusik saya........


Pemandangan Kuala Lumpur dari Penthouse
Berjaya Times Square Hotel

Bangunan putih adalah Pusat Borong Kenanga dan
tanah lapang adalah bekas Penjara Pudu.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...