Ads by nuffnang

Thursday, January 24, 2013

Bersantai di Taman Tasik Taiping

Salam Maulidur Rasul.....

Banyakkan selawat ke atas
junjungan mulia Rasullulah saw.....

Sungguhpun hari ini cuti umum, saya
tetap bertugas.

Pagi ini selesai "appraisal" seorang lagi
staf saya Ifa, saya ke Bukit Merah bersama
krew Potret Bersamamu dengan wartawan
Mohamed Rose.

Kali ini mendekati pasangan Rahim dan
Hamidah Noor serta anak anak di
Lembah Beriah, Tasik Merah.

Perubahan paling ketara bagi keluarga ini
adalah tahap kesihatan Rahim yang ketika
rakaman tahun 2006, dia terlantar sakit
misteri.

Bukan Misteri Nusantara tau.....

Selesai penggambaran di rumahnya, kami
ke Taman Tasik Taiping kira kira 30 minit
daripada rumah Hamidah.

Dah lama tak ke sana.....berikutan cuti
umum maka ramailah orang beriadah
bersama keluarga atau rakan.

Seronok tengok orang "berjogging"...
insyaAllah sabtu pagi ini saya kena
"berjogging"lah....rasanya sejak dua
menjak ini makin meningkat berat badan.

Manakan tidak asyik makan aja.....

Kami sempat bawa keluarga Hamidah
makan malam di Taiping.

Seronok tenguk anak anak remajanya
terutamanya Zaim dan Azmeer menikmati
juadah makan malam terutama sekali
ikan siakap stim dan siakap tiga rasa....

Esok sehari lagi penggambaran dengan
keluarga Hamidah.....


Beriadah di Taman Tasik Taiping



Rose dan Jebat melayan anak anak Hamidah
Sedapnya.....ikan siakap stim.....







Tuesday, January 22, 2013

Sedap Kek Percuma.....

Alhamdulillah semalam bertambah umur saya
setahun lagi menjadi 4 series lebih.....

Terima kasih atas ucapan dan kiriman doa
daripada rakan rakan tidak kira dengan cara
bersemuka mahupun sekadar di alam maya.

Tengahari tadi dok sibuk nak siapkan
"appraisal" staf saya, tetiba dikejutkan
dengan nyanyian hari jadi beserta kek
daripada staf saya.

Dah 4 series ini, bab bab potong kek dan
menyanyi lagu ulangtahun kelahiran
sebenarnya tak ada dalam agenda saya lagi.

Tapi dah mereka pakat sesama sendiri dan
buat kejutan, terima kasih banyaklah adik
adik........sedap keknya.....

Terima kasih juga pada adik angkat saya
Zahir menghadiahkan beg Messenger
Timberland...terbaiklah.....memang dah
lama bercadang nak beli.......

Syukur Alhamdulillah dipanjangkan umur.

Sama samalah kita memohon padaNYA 
semoga dipanjangkan umur, dimurahkan
rezeki, sihat tubuh badan dan sentiasa
menjalankan kehidupan seharian dalam
peliharaanNYA.....

Ameen.....


Terima kasih adik adik semua.......


Jom makan ramai ramai.....
 

Thursday, January 17, 2013

Selamat Tinggal Australia....

Salam rakan rakan....

Ingat nak update entri sebelah malam selesai
tugasan, tetapi berikutan bayaran untuk
mengunakan internet di bumi Kanggaroo ni mahal
sangat, maka tak jadilah.

Semasa bermalam di Hunter Valley, hotel tempat
saya menginap mengenakan 11 Dollar Australia
untuk satu jam...kira kira 33 ringgit Malaysia......

Hah... mana cukup satu jam dengan nak muatturun
gambar lagi, maka dok lepak di bilik dan tenguk

televisyen ajalah.

Malam ini, malam terakhir di Bumi Kangaroo.

Dah siap mengemas beg dan bayaran internet di
hotel ini 2 jam dikenakan 13.20 Dollar Australia,
maka saya tutup mata dan bayar ajalah...

Ketika penggambaran di Port Stephens, antara
aktiviti yang buat pengacara Unsung Places paling
teruja adalah “Sand Boarding”......

Memang seronok mengelunsur di atas pasir,
tetapi nak naik semula tu yang tak berapa nak
larat....tinggi....

Dengan keadaan pasir yang lembut dan angin
yang kuat....mencabar jugalah....


Cadangan krew yang lain termasuk saya nak
mencuba juga, tapi berikutan masa mencemburi kami,
maka tak dapatlah kami mencubanya.

Biasalah dah nama pun datang untuk kerja....apapun
kerja yang paling diutamakan.


Hari ketiga sebelum ke Hunter Valley, awal pagi
dalam pukul 6, kami ke ladang unta milik penduduk
tempatan.


Ketika ini Australia musim panas, justeru dalam pukul
530 pagi dah cerah dan siang yang panjang.


Pukul 7.45 petang masih cerah...

Thanuja membantu pemilik ladang bernama Rod,
menghambat unta untuk di masukkan ke dalam
lori.


Nak  tahu bagaimana dia dan Rod melakukannya,
kenalah saksikan Unsung Places Australia tak

lama lagi....

Siaran Unsung Places setiap Sabtu jam 7.30 petang
hanya di TV3....

Siaran yang akan ke udara Sabtu ini, Thanuja
di Taiwan...

Tempat pendaftaran untuk
"Sand Boarding"

Rakaman Thanuja menuruni bukit pasir
Sungguhpun panas, tapi angin bertiup begitu kencang


Krew Unsung Places bersama Rod dan anaknya
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...