Ads by nuffnang

Monday, April 1, 2013

Santai Bersama...Tan Sri Rafidah Aziz...

Lazimnya semasa kat ofis, semangat
sangat bila balik rumah nak update entri.

Tapi bila dah sampai rumah,lewat malam
pulak tu,  apalagi memang tak lalu nak
menghadap depan komputer.

Maka kekadang berhari harilah tak ada
coretan untuk dikongsi.

Entri hari ini adalah kisah penggambaran
saya dan wartawan Santai Bersama..iaitu
Linda Said.

Jumaat lepas Tan Sri Rafidah Aziz, seorang
tokoh yang tak pernah saya kenalkan sebab
beliau memang dikenali ramai sebagai
Menteri yang berkaliber, meluangkan masa
untuk dirakamkan disebalik tabir dan
waktu santainya.

Satu yang menarik perhatian kami dan
mungkin ramai bagaikan tidak percaya
bahawa Tan Sri Rafidah suka membeli
belah di Kenanga Wholesale City.

"Baju yang saya pakai ini beli kat sini tau,
harga berpatutan dan kualiti pun boleh tahan
juga", Tan Sri Rafidah memberitahu kami
sambil memegang lengan baju yang
dipakainya.

Beberapa kedai yang beliau masuk
sememangnya telah sediamaklum dengan
citarasa Tan Sri Rafidah.

Mereka terus menunjukkan baju baju 
yang menarik coraknya yang sering
menjadi pilihan.

Begitu juga dengan kasut.

Sebagai orang yang berpengalaman,
Tan Sri Rafidah tidak henti henti memberi
panduan dan berkongsi cerita mengenai
kehidupan, kebahagian dan berbelanja
dengan cara bijak..

Baginya setiap barangan yang hendak
dibeli perlu pandai memilih dan kadangkala
satu satu pakaian itu harga sememangnya
sederhana tetapi jika pandai dipadan atau
"Mix and Match" seperti beli di butik
berjenama luar negara.

Gambar kenangan krew bersama Tan Sri Rafidah.....
(baju yang dipakai dibeli dikedai ini)

Tan Sri Rafidah menunggu saiz kasut yang sesuai....

Di sebelah petangnya pula, kami dibawa
ke sebuah Kelab Golf terkemuka di
Lembah Klang.

Baru memukul beberapa biji bola golf,
hujan dan sesekali petir menyambar, membuat
kami terpaksa menghentikan penggambaran.

Tan Sri Rafidah bersama suaminya mengajak
kami minum petang.

Kek aiskrim yang dijamu memang terbaiklah.....

Dalam keadaan kami berselera menjamah
kek ais krim, beliau turut menasihatkan kami
dalam setiap tugas yang dibuat pastikan rancang
waktu dan kerja dengan teratur.

Perlu ada rehat yang cukup, ada waktu untuk
keluarga dan diri sendiri.

Seorang individu yang begitu menepati masa,
sekilas pandang nampak macam garang tetapi
Tan Sri Rafidah juga seorang yang agak
kelakar....dan tak gering gusi kami dibuatnya.

Jika ada kelapangan dan ingin mengetahui erti
santai bagi Tan Sri Rafidah Aziz, rakan rakan
boleh menonton program baru "Santai Bersama.."
pada 30 April 2013 jam 11.30 tengahari......


 
 
Terima kasih Tan Sri meluangkan masa selama
3 hari untuk penggambaran Santai Bersama...
 
 
 

Wednesday, March 27, 2013

Jumpa lagi London......


Alhamdulillah selamat sampai ke rumah kira kira
pukul 1 pagi hari selasa.

Tidur dan merehatkan mata sebentar, kemudian
jam11 pagi menghadiri mesyuarat produksi
Santai Bersama...

Sepatutnya saya cuti sampai Rabu, tapi ada
beberapa perkara perlu diselesaikan saya
batalkan cuti.

Petang pukul 2.30 petang saya ke Port Dickson
untuk menyertai Kem Remaja Bersamamu 2013.

Beberapa rakan saya tegur, tak penat ke dan 
tak ada rehat yang cukup berikutan perbezaan
waktu lapan jam.

Bagi saya bila dah seronok kerja dan melihat
anak anak Bersamamu yang mengambil bahagian
di Kem Remaja ni, hilang rasa penat dan letihnya.

Dan sambung sikit kisah di London.

Dua hari terakhir di London, salji pulak turun
dengan lebatnya.

Menurut masyarakat setempat, jarang sekali
bulan Mac salji turun dengan lebatnya sebab
penghujung musim sejuk tapi keadaan
cuaca dunia tak menentu maka salji turun
sepanjang hari.

Yang pasti paling seronok adalah anak sedara
saya Syasya Batrisiyia kerana pertama kali
dapat main salji.


Syasya mengepal salji di atab bas Hop On /Off

Dapat jugalah buat bebola salji...

Dalam keadaan sajli yang turun dengan lebatnya,
dia masih nak juga duduk di bahagian terbuka,
bus hop on /off.

Maka mak sedara ni pun kenalah juga menemani
dia dan sempattah buat bebola salji sebesar buah
golf untuk di baling baling.

Dalam keadaan sejuk tu sempat jugalah ke Hard
Rock London, kerana memenuhi permintan
wartawan saya Liza mengirim beli tshirt Hard Rock.


Liza .....nanti ambik T'shirt ya.....
Berhampiran hotel yang kami duduki....

Berikutan dia dah siap tukar duitnya, maka saya usaha
kan jugalah ke Hard Rock kalau tidak dok dlm
bilik hotel berselubunglah.....

Semasa saya menulis entri ini, saya dan wargakerja
sedang menyediakan hadiah untuk peserta kem.

Hari ini acara penutup kem yang berlangsung
3 hari 2 malam di Port Dickson.

InsyaAllah esok saya kongsikan entri Kem Remaja
Bersamamu....

Saturday, March 23, 2013

Mak Temah menyesatkan pemandu ke Cardiff....

Dua hari tak sempat nak update entri sebab
jadual yang begitu ketat dan padat.

Rabu dan Khamis kami menyewa kereta dan
meronda rondalah mencari lokasi lokasi yang
menarik selain berkunjung ke Factory Outlets.

Pemanduan di sini sama seperti di Malaysia,
stering sebelah kanan hanya agak pening
sikitlah pakai GPS yang kami gelar
"Mak Temah"....

Ada beberapa kali jugalah kami tersasar
dengan panduan yang diberi.....
tapi Alhamdulillah selamat semuanya....

Kami menggelarnya Mak Temah sebab cara
ia beri panduan dengan suara yang garang...
dan pertuturan yang kurang difahami....

Apapun ketika di Cheddar Gorge, kami sempat 
berkelah sambil menikmati suasana yang tenang
dan aman. 

Ia satu kawasan yang "Unsung Places" atau
tidak begitu dikenali tetapi mempunyai
tarikan tersendiri terutama air terjun, gua
dan persekitarannya....

Dalam cuaca kira kira 5 darjah selcius
saya dan anak anak buah bentang
kain untuk duduk dan dengan selamba makan
tengahari nasi lemak yang kami masak
di sebelah pagi.

Sungguhpun lauk dah sejuk, tapi lapar punya
pasal...bertambah tambah kami menimkati
makan tengahari ketika itu.

Ada juga beberapa pelancong yang melintasi
kami, tersenyum dan memandang kami dengan
pandangan pelik... kami  membalas kembali
senyuman mereka....

Mana tak pelik, depa piknik, dok makan roti,
burger, pizza manakala anak anak melayu ni dok 
selamba makan nasi pakai tangan.........

Tak kan hilang Melayu di dunia......

Seronok berkelah dalam cuaca yang sejuk.....


Tak sempat nak masuk dalam gua di Cheddar Gorge....

Lepas makan kami ke Clarks Village Outlet
Shopping kira kira 30 minit dari tempat
perkelahanan.

Seperti Johor Premium Outlets di Kulai, setiap
Factory Outlets menjadi pilihan mereka yang
suka membeli belah.

Memang tidak dinafikan harga yang ditawarkan
memang murah, tapi kadangkala apa yang kita
inginkan, tak ada pulak saiznya....

Melepas lagi.....

Saya bab membeli belah memanglah suka tapi
taklah membeli sangat....

Lebih kepada memerhatikan keadaan sekitar....

Banyak kerusi untuk pengunjung berehat dan
cuaca yang sejuk memang selesalah duduk aja
di luar....

Rehat jap......

Tira juara membeli belah.......
Ika di tempat kedua......

Semalam anakbuah saya mendera dengan
memaksa saya memandu ke Cardiff,Wales.

Dalam 3 jam memandu dari Exeter.

Cuaca yang hujan sepanjang hari membataskan
kami untuk meronda sekitar Cardiff sekadar
bergambar di Cardiff Castle dan beli beberapa
Fridge Magnet.

Bergambar di satu daripada kedai cenderamata di Cardiff
Di luar Istana Cardiff

Di dalam Istana Cardiff
Hujan atau tidak bab ambil gambar.......
Tira juga juara.......
Tapi sempat jugalah ke satu lagi Factory Outlet
dan setelah mendera mak sedaranya, Ika dan
Tira telah menghadiahkan beg Fossil untuk
saya.

Terima Kasihlah anak sedara....

Petang tadi, saya, Syasya dan Nora ke London
menaiki keretapi.

Kami berada tiga hari di sini sebelum berangkat
pulang ke tanahair.

Duduk di kawasan Bayswater, memang mudahlah 
cari makanan halal....

Manakala Tira masih menyambung cuti dan
menetap 2 minggu lagi bersama kakaknya,
Ika..

Esok dah rancang sehari suntuk meronda
Kota London pulak....

Jumpa lagi....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...