Hari ini dalam sibuk membuat skrip Jejak Rasul
episod 28 dan episod 29, tatkala membaca mesej BBM
daripada sahabat saya Intan Shazliana orang kuat
rancangan Nona, saya tersenyum dan tergelak sendiri.
daripada sahabat saya Intan Shazliana orang kuat
rancangan Nona, saya tersenyum dan tergelak sendiri.
Secara tidak langsung ia satu perbuatan yang memang
terdapat dalam masyarakat kita khususnya orang Melayu,
iaitu peramah dan suka bertegur sapa.
Contoh yang nyata, dah nampak seseorang tu berkupiah,
pakai baju melayu dan berkain pelikat dengan ramahnya
kita bersapa,
"Pakcik nak ke masjid ke"?
di hujung minggu...
...tapi versi ini kira dah ditokok tambah oleh mereka yang
kreatif untuk menjadikan pembaca tersenyum dan tergelak
sendirian.....
Teruskan membaca....
1. Bila orang nampak kita baring tutup mata:
S : Kau tidur ke?
J : Tak la, aku training macammana nak mati nanti...
2. Bayangkan kita bawa tv rosak jumpa technician minta
repair, dia mesti tanya:
S : Nak repair TV ke?
J : Tak lah, aku bosan bosan, so saja bawa TV ni jalan jalan
kat sini.
3. Tengah hujan, kawan kau nampak kau keluar, dia tanya,
S : Kau keluar time hujan ni?
J : Mana ada hujan, kan tengah panas, tu aku nak
keluar ni....
4. Masa kau baru bangun tidur, terus kawan tanya kau,
S : Kau dah bangun?
J : Ish, aku tengah tidur sambil jalan lah ngung.....
5. Kawan kau call fon rumah kau,
S : Kau kat mana ni?
J : Kat bus stop.....
6. Diorang nampak kau keluar dari bilik mandi basah basah,
S : Kau baru mandi ke?
J : Mana ada, aku jatuh dalam lubang jamban tadi....
7. Kau berdiri tunggu lif di tingkat paling bawah sekali,
ada orang tanya,
S : Going up kah?
J : Eh tak lah, aku tengah tunggu apartment aku turun
bawah ni....
8. Boyfren kau gi rumah bawa sejambak bunga, dan kau
lagi mahu tanya dia....
S : Ehh, bunga ke tu?
J : Tak lah Ling, paku pakis dengan kubis....
9. Kau dalam tandas, pintu berkunci, ada gak orang ketuk
pintu and dia tanya,
S : Ada orang ke kat dalam?
J : (suara cute) mana ada orang? Taik yang bercakap ni!!!!
Bikin panas tu soalan.......
Soalan dan jawapan di atas sekadar untuk suka suka
saja ya...
Tiada kena mengena dengan orang perseorangan yang
hidup mahupun yang tiada lagi....
Selamat menjalankan ibadah puasa di bulan penuh
Barokah ni....
ehehehe lawak je..=D!
ReplyDeleteAlahai..itulah masyarakat kita yang peramah. Benda yang sah2 depan mata dan tau pun apa dia masih lagi bertanya, kadang sekadar menyapa. Tapi apa yang Chik Inn tulis ni mmg kelakar...Terima kasih menceriakan pagi Isnin Ate.
ReplyDeletehehehe..tu biasa
ReplyDeleteitu memang biasa.. walaupun dah tau tapi mesti nak tanya soalan yang memang dah tau jawapannya
ReplyDeleteTambahan utk Chik Inn yg biasa sy dan kawan2 saya dulu2 buat:
ReplyDeleteMember tu sedang mencuci pakaian maka disapa kawan yg lalu di situ, "membasuh kain ke tu?"
dijawabnya "tak....... sedang berdancing ni.....heheheh"
sebenarnya orang kita ni terlalu peramah...
ReplyDelete