Ads by nuffnang

Thursday, December 13, 2012

Rambutan menentang Pulasan......

Dua hari saya di Bagan Serai, Perak untuk
merakamkan satu lagi kisah keluarga
Bersamamu yang akan disiarkan pada
pertengahan Januari 2013 nanti.

Keluarga Pak Din dan 11 orang anaknya.

Tapi catatan perkongsian hari ini saya nak
sentuh tajuk entri iaitu Rambutan menentang 
Pulasan.

Perbezaan di antara Pulasan dan Rambutan

Pulasan yang baru dikait,,,,,


Macam satu perlawanan atau pertandingan
pulak.

Selamat berjuang Harimau Malaya bertemu
Gajah Perang malam di perlawanan separuh
akhir kedua bolasepak AFC Suzuki di Bangkok.

Dalam perjalananan pulang ke Sri Pentas,
petang Selasa lalu, kami singgah di
Felda Trolak rumah ibu kepada pemandu
kami Rosli.

Sepanjang perjalanan, hujan lebat terus
membasahi bumi......

Ibunya menyediakan kami laksa untuk makan
petang dan ternyata kepekatan kuah laksanya
membuat saya dan rakan rakan menambah
2 - 3 mangkuklah.

Rezeki jangan ditolak.....

Disekitar rumahnya buah rambutan dan pulasan
tak ada siapa nak makan...... kerana menurut ibu
Rosli hampir ke semua penduduk mempunyai
pokok rambutan, pulasan, durian dan pelbagai
tanaman lagi.

Ketika singgah di R&R, kami dimaklumkan harga
pulasan RM8 sekilo sedangkan di kawasan rumah
Rosli, makanlah sampai kenyang.

Mungkin ramai juga jarang makan buah pulasan
berbanding rambutan kerana ia tidak begitu di
komersialkan.

Nama pun pulasan, justeru nak kopek buahnya
pulas saja dan rasanya lebih kurang macam
rambutan.

Dan satu lagi yang menarik perhatian saya
adalah buah jambu susu. 


Jambu susu.....

Wartawan saya Wanie pertama kali menikmati
jambu susu.....

Seingat saya, zaman saya kecil kecil dulu
memang selalulah jumpa jambu susu banyak
dijual di pasar.

Sekarang memang susah nak cari dan dah
bertahun saya tak menjamah jambu susu
berbanding jambu air atau jambu batu.

Memang putih macam susu ,tekstur isinya lebih
lembut dan bila cicah  dengan kuah rojak atau
kicap dan gula.......memang terbaik...... 

Satu lagi jambu yang susah nak cari jambu
dikenali sebagai jambu bol.....kecil warna merah
berbelang......

Rakan rakan blogger tahu ke kat mana nak
dapatkan jambu bol??????

Hujan lebat sepanjang perjalanan dr Bagan Serai
 ke Trolak....

Krew bersamamu Pak Din dan famili

6 comments:

  1. assalamualaikum chik inn
    sedapnye dpt mkn laksa yg pekat.
    saya pernah sekali mkn jambu susu aka jambu gelas ni. tu pun kwn bagi bila dia cerita di rumahnya banyak.dah bertahun juga tak jumpa.jambu bol sdp, tp dah kurang ditanam.pupus ditelan zaman mcm jambu susu juga kan chik inn.

    chik inn saya nak alamat boleh? nk kirimkan fm dari qatar.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Tak pernah rasa jambu susu...mana nak dapat ya? Mesti susah tu

    Musim buah-buahan memang seronok. kalau boleh kutip sendiri durian kat kebun, lagi seronok.

    ReplyDelete
  3. Kalau di kampung, macam2 jenis buah2an boleh ditemui... :)

    ReplyDelete
  4. jambu bol,? kat umah sayadi kampung di sg petani ada..hehe..

    ReplyDelete
  5. Salam. saya juga dalam pencarian untuk dapat jambu susu/ jambu gelas, pernah nampak buah ini dujual ditepi jalan di kawasan Selinsing Perak.Susah nak dapat sekarang, kalau ia masak betul amat manis dan wangi baunya.

    ReplyDelete
  6. Lydia,
    Terima kasih atas ingatan awak, boleh alamatkan ke PWS-TV3, Sri Pnetas, Bandar Utama, Petaling 47800 Petaling, Selangor.
    Bercuti ke Qatar ke?

    Anyss dan Hanem,
    Memang sukar nak cari jambu susu, saya sendiri pun dah lama tak jumpa. Memang manis dan wangi baunya....

    Kak Cik,
    Memang betul kalau di kampung macam macam buah boleh dapat, kena pada masa ia dah masak.....memang kenyanglah....

    Angah,
    InsyaAllah saya akan ke Sungai Petani dalam waktu terdekat, kalau ada jambu bol berbuah bolehlah simpankan untuk saya ya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...