Ads by nuffnang

Sunday, June 9, 2013

Kegilaan Candy Crush Saga....

Sejak kebelakangan ini, boleh saya garapkan
kebanyakan rakan rakan bukan saya di Media Prima,
malah rakan rakan lain turut terkena kegilaan main
Candy Crush Saga.....

Semalam semasa menunggu tayar kereta saya
yang bocor ditampal, saya pun dok layanlah
Candy Crush...

Selesai tayar kereta ditampal, pekerja lelaki cina
berumur lewat 50an mendekati saya,

"Ok tayar sudah settle, awak main tu candy
 sudah level berapa?, dia bertanya saya.

'Baru level 123 lah, uncle sudah level berapa",
saya bertanya uncle yang peramah tu.

"Sudah tiga hari masih tu level 60 lah, banyak
susahlah"

Dah jadi macam satu trend kini, kalau dok
menunggu pesanan makan di kedai mamak ke,
restoren segera ke atau di mana saja, ramai yang
menghadap telefon atau tablet.....

Dengar muziknya dah mengesahkan seseorang
tu memang melayan Candy Crush...

Tak kira kanak kanak, remaja mahupun orang
dewasa.....dah jadi satu kegilaan....

Dah tak ada nyawa boleh pulak meminta

dengan kawan kawan melalui Facebook....

Dan ada juga yang sanggup beli nyawa.....

Rakan rakan blogger dah level berapa????







9 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Hu hu huhu hu dulu berazam tak mau terjebak dengan benda ni...tapi, daku tak berdaya hu hu hu tapi, baru 70.

    Boleh tolong sambung nyawa tak?
    Ishhhh! sangat hati2 risau kalau2 tersalah mintak nyawa, tak pepasal putus kawan.

    Chaiyokkk!

    ReplyDelete
  2. Salam Anyss,

    Dah level 70 kira ok lah juga tu......
    Boleh aja request nyawa daripada kengkawan....
    Chik Inn pun selalu minta kalau tidak memang belum sampai level 100 lah....

    ReplyDelete
  3. hehehe ramai kawan saya pun terjebak. saya tak mau main, takut ketagih heheheh

    ReplyDelete
  4. pheww.. sy masih bertahan. tak nak main. :)

    ReplyDelete
  5. baru berjinak-jinak nak main (walhal sebelum ni sikitpun tak heran apa2 game yang orang dok main).. la ni baru level 28 hehehe.. itupun tengok en. suami ralit dok main.. tu tak masuk anak2 lagi.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  6. haa..kan...cikda pun sama. dah 3 minggu dok main.. baru level 134. rasa nak give up kalau stuck tu kan.. grrrrr..!!!!!

    ReplyDelete
  7. Saya dah level 356.. main utk suka suka saja

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...