Ads by nuffnang

Friday, July 26, 2013

Andai duit tinggi menggunung.......

Sungguh cepat masa berlalu dan kini
kita telah 17 hari menjalani ibadah
puasa di bulan mulia Ramadan
Al Mubarak ini.

Dan saya juga telah sekian lamanya
tidak mengemaskini blog kerana
sibuk dengan tugasan dan bila sampai
di rumah terus hanyut dibuai mimpi.

Semalam program Bersamamu-
Penuhi Impian, kami papaparkan
kisah adik Amirudin Abdullah dari
Sik, Kedah.

Maklumbalas yang saya terima
daripada rakan rakan tidak kira
di mana sahaja mereka berada
sungguh baik.

Ramai yang ingin melawat keluarga
Amir yang serba kekurangan itu dan
menghulurkan sumbangan....

Andai duit tinggi menggunung....
adalah lebih baik membantu golongan
yang memerlukan dengan mengeluarkan
zakat dan bersedekah....

Amir bakal menduduki PMR tahun
ini menghidap penyakit dikenali
NeuroFibroma sejenis penyakit
genetik, tumbuh pada kulit dan
bahagian tubuh.

Dia telah tiga kali menjalani
pembedahan.

Adik Amir yang kedua Yusri Azri
dan adik keempatnya, juga
mengalami nasib seperti abangnya.

Di dahi dan bahagian belakang Yusri
ketumbuhan mula membesar
manakala adik keempatnya di
bahagian lengan telah mula tumbuh
kutil kutil kecil.

Zaman kanak kanaknya, Amir tidak
begitu disenangi masyarakat setempat
terutama rakan rakan sebaya yang
sering mempersendakan dia kerana
kekurangan fizikalnya.

Adik adiknya juga sering menjadi
mangsa ejekan rakan rakan.

Amir mengambil keputusan tidak
mahu ke sekolah.

Namun, sebagai ibubapa yang ingin
anak mereka keluar dari kepompong
kemiskinan, Salmah mahupun
Abdullah sering meniupkan semangat
kepada anak sulongnya.

Amir bangkit dan yakin tiada penyakit
yang tidak boleh diubati.

Dia tidak putus putus memanjatkan
doa untuk terus sembuh.

Memetik kata kata ayah Amir yang
cacat penglihatan,

"Saya tidak rasa kesal dan berkecil
hati sebab takdir suratan yang Tuhan
nak berikan, kita terima. Baik
buruknya adalah kekuasaan Allah...
DIA tahu apa yang terbaik untuk
umatNYa....Hidup ini ada pelbagai
cabaran....dan kecacatan bukan
penghalang untuk berjaya.....".

Impian utama yang dihajati Amir
sebenarnya untuk memiliki sebuah
komputer riba.

Amir kepingin memiliki komputer
riba sendiri bagi memudahkan dirinya
untuk membuat kerja kerja sekolah.

Kami turut membuat kejutan dengan
membawa Amir dan dua lagi adiknya
menaiki pesawat ke Legoland.....

Dia bersyukur dengan sokongan dan
galakan tidak putus putus daripada
ibubapanya, keluarga angkatnya dan
masyarakat prihatin.

Bagi rakan rakan yang ingin memberi
sumbangan kepada keluarga Amir
untuk memeriahkan Syawal mereka,
saya sertakan no akaun di bawah:

Muhammad Amirundin Abdullah
Akaun BSN : 02130-29-00013399-6.

Allah swt menyelitkan kelebihan
di setiap kekurangan.....

Kekuatan di setiap kelemahan....

dan sukacita di setiap dukacita....

Hulurkan tangan, ringankan beban.....

Amir begitu teruja menaiki pesawat ....
leka meninjau di tingkap pesawat.....

King Amir....di kelilingi adik adiknya....dan wargakerja
Yayasan Maybank....
Amir dan adik adik begitu teruja berada
seharian di Legoland.....




Amir mendapat komputer riba daripada wakil Paradigm Mall 
 

2 comments:

  1. kak lin,kesian tgk adik amir dgn adik2.alhamdullilah hajat dia termakbul pi legoland,rupanya masih ada insan yang baik hati dgn menjadikan amir n family sebgai keluarga angkat yg akhirnya menjadikan amir tidak rasa terpinggir lagi,semoga amir dan adik2 nya terus kuat semangat menempuh dugaan kehidupan...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak, sy pernah berjumpe dgn adik amirundin dan keluarga semasa dia duduk dlm wad sekitar tahun 2012..saya teringin nak tahu perkembangan adik amirundin sekarang. Ape kabar die dan keluarga die skrg.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...