Ads by nuffnang

Thursday, July 7, 2011

Kereta Kabel melemahkan jantung......

Entri hari ini pun saya ingin sentuh sedikit lagi kisah 
di sebalik tabir ketika saya berada di bumi Beijing.

Berikutan inilah kali pertama bagi Norlizah dan Rohaizat, 
menjejakkan kaki di Beijing, tak lengkap jika tidak sampai 
antara lokasi keajaiban dunia iaitu Tembok Besar China.

Berjalanan daripada Kota Beijing ke Badaling, antara lokasi 
untuk ke Tembok Besar mengambil masa kira kira 
1 jam setengah.



CenderamataTembok Besar China
Kami dibawa Sabri, antara rakyat Malaysia yang mendiami 
di Kompleks Perumahan Kedutaan Malaysia.

Sebelum ini kalau saya membuat penggambaran, kami tidak 
ke bahagian atas tembok sebaliknya hanya kawasan sekitar 
di bahagian bawah dan cuaca ketika itu musim sejuk.

Tapi kali ini dah masuk musim panas, jadi sendiri mau ingatlah.......memang panas tahap gaban.....

Sabri membawa kami di bahagian permulaan Badaling
yang mempunyai kereta kabel.

Nak naik kereta kabel itu perlu beratur lebih setengah jam, 
macam nak naik "ride" kat Universal Studios pulak...

Bila dah dapat naik..terus pintu kereta kabel ditutup dan 
saya duduk bahagian tepi di sebelah pintu.

Bila kereta kabel dah mula nak jalan, saya tenguk pintu 
tak tutup rapat, maka saya pun cubalah rapatkan dan 
ternyata memang tak boleh tutup rapat.


Senyum dalam debaran... pintu tak rapat
Bersama Sabri

Mak oii.....punyalah saya suspen, berderau hati dan 
jantung dibuatkan......

"Alhamdulillah, saya selamat sebab duduk di tengah tengah", 
Rohaizat bersuara.

'Yalah Izat, kalau apa apa berlaku dengan awak sekali saya
tarik tau......"saya menjawab balik.

Menurut Sabri, ciri ciri keselamatan kurang dititikberatkan 
masyarakat di sini dan dia yang pernah menaiki 
"roller coaster" serik untuk naik lagi kerana tahap
keselamatan "ride" terbabit.

Apapun setakat ini tiada pula laporan mengenai kemalangan
yang berlaku kerana menaiki "roller coaster" terbabit
mahupun kereta kabel terbabit.

Mujurlah perjalanan kereta kabel itu kurang 10 minit, kalau
macam kereta kabel di Langkawi tinggi dan lama, memang
jantung saya akan terus berdenyut dengan lajunya.

Sememangnya bila berada antara bahagian yang tinggi,
melihatkan lautan manusia memang mengagumkan.

Ada di antara pengunjung sanggup mendaki dari bawah
dan memakan masa lebih 3 jam untuk sampai di bahagian
atas tempat kami merakamkan visual Tembok Besar.


Macam macam......



Wednesday, July 6, 2011

Perabot ratusan ribu ringgit.....


Seperti dalam entri semalam, kehadiran saya di
Bumi Beijing adalah kerana mendapat jemputan 
daripada syarikat perabot terkemuka Da Vinci.


Hari ini saya tak tulis panjang lebar tapi nak
tunjukkan sebahagian daripada perabot yang 
dipamerkan di China World Trade Centre dengan 
tema "From Milan to Beijing".

Dah ada nama Milan, memang perabot diterbangkan
khas dari Itali untuk hartawan dan jutawan di sana.....

Setiap perabot dihasilkan mempunyai keunikan
tersendiri dan rata rata daripada bahan bermutu
tinggi dan diperbuat dengan tenaga empat kerat 
bukan dihasilkan dengan mesin...

Saya dimaklumkan hari pertama pameran dibuka, 
urusniaga yang diperolehi melebihi 1 juta Euro 
kira kira 4.4 juta Ringgit Malaysia.....


Tengoklah di bawah ini ya.....













Rakan media bersama pereka jenama Cerutti -Maurizio Galante

Tuesday, July 5, 2011

Kecewa tak dapat update entri........


Dekat seminggu tak tulis entri, memang
kecewa betul rasanya kerana banyak nak 
dikongsikan kepada rakan-rakan blogger.
Saya senyap tanpa sebarang entri kerana
membawa diri  belajar Kung Fu dengan
KUNG FU PANDA di Negara China……..
Dua tahun lepas tak habis menuntut bersama
Nurul Syuhuda Nurul Ain kat Tembok Besar……
(ada saya tulis dalam entri sebelum ini dengan
photo pakaian pahlawan cina)
Nurul Syuhada dah lulus jadi pendekar
Tembok Besar, tu yang dia akan mengakhiri
zaman bujang tidak lama lagi…….
Haaah…..ya lah tu……sebenarnya saya di
tugaskan ke Beijing untuk "INTAI INTAI DEKO”
di sana.
Mengikut jadual asal, pengacara Intai Intai Deko, 
Norazlina Redzuan atau Alin patut  turut sama 
untuk tugasan ini tetapi saat saat akhir, dia 
tidak dapat menyertai kami.
Jadi saya ke Beijing bersama Norlizah Yusof
selaku Penerbit Intai Intai Deko dan
jurukamera Rohaizat Roslan.
Kami ke sana bersama beberapa teman media
lain ditaja oleh syarikat gergasi perabot yang
tidak asing di ibukota iaitu Da Vincci.
Mereka menaja kami dari 29 Jun hingga
4 Julai…..

Semalam selamat mendarat di KLIA jam 11.30
malam....
Terima kasih berbanyaklah kepada pengurusan
Da Vinci dan tidak lupa kepada pegawai pengiring 
kami Goh Siew Ching……


Bersama orang kuat Da Vincci - Siew Ching
Ingatkan Alin jadi ikut, dah fikir nak
mengabadikan beberapa potret bersama dia
di tempat yang pernah kami buat rakaman untuk 
Majalah 3 dulu, tapi apakan daya…..



Bersama Alin kira kira 10 tahun lalu di Beijing


Azhar (juruteknik) Kartina Ayoob dan Isa (Jurukamera)
Ketika saya di Beijing tahun 2000 bersama
sahabat baik saya Kartina Ayoob,  tiada masalah bahasa 
kerana dia memang fasih berbahasa Mandarin.
Haah berbalik kepada kenapa  saya kata
kecewa tak boleh tulis blog……. kerana saya difahamkan 
pihak pemerintah di China memang mengharamkan 
penggunaan Facebook, Youtube juga apa apa yang ada
kaitan dengan blog.
Hari pertama dan  kedua saban hari selepas
pulang ke hotel di sebelah malam nak tulis
entri tapi kecewa teramat sangat.


Sekitar Beijing




Malah saya menghubungi beberapa rakan
rakan di tanahair, bertanyakan boleh atau
tidak blog saya dibuka, kerana khuatir kena
godam atau dimamah virus…..
Member semua kata ok...tu saya pelik bin ajaib.
Ketika saya ke Kedutaan Besar Malaysia
di Beijing untuk rakaman sambutan dan
ucapan raya, saya dimaklumkan Ahmad Phadil Ismail 
selaku Kaunsellor di Kedutaan Malaysia,
memang blog tak boleh buka……..


Di depan Kedutaan Malaysia bersama Ahmad Phadil
Barulah saya boleh menarik nafas lega………
Berbalik kepada kedatangan saya di Bumi
Beijing, adalah untuk menghadiri Pameran
Perabot Da Vinci bertemakan “From Milan to Beijing” 
memanggggggg hebatttt…….
InsyaAllah saya akan kongsikan untuk entri
akan datang beserta photo…..
Bayangkan ada kerusi sofa "gold leaf" berharga mencecah
lebih lima ratus ribu ringgit……………..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...