Entri hari ini pun saya ingin sentuh sedikit lagi kisah
di sebalik tabir ketika saya berada di bumi Beijing.
Berikutan inilah kali pertama bagi Norlizah dan Rohaizat,
menjejakkan kaki di Beijing, tak lengkap jika tidak sampai
antara lokasi keajaiban dunia iaitu Tembok Besar China.Berjalanan daripada Kota Beijing ke Badaling, antara lokasi
untuk ke Tembok Besar mengambil masa kira kira
1 jam setengah.
CenderamataTembok Besar China |
Kami dibawa Sabri, antara rakyat Malaysia yang mendiami
di Kompleks Perumahan Kedutaan Malaysia.Sebelum ini kalau saya membuat penggambaran, kami tidak
ke bahagian atas tembok sebaliknya hanya kawasan sekitar
di bahagian bawah dan cuaca ketika itu musim sejuk.
Sabri membawa kami di bahagian permulaan Badaling
yang mempunyai kereta kabel.
Nak naik kereta kabel itu perlu beratur lebih setengah jam,
Bila dah dapat naik..terus pintu kereta kabel ditutup dan
saya duduk bahagian tepi di sebelah pintu.
Bila kereta kabel dah mula nak jalan, saya tenguk pintu
tak tutup rapat, maka saya pun cubalah rapatkan dan
Mak oii.....punyalah saya suspen, berderau hati dan jantung dibuatkan......
Rohaizat bersuara.
'Yalah Izat, kalau apa apa berlaku dengan awak sekali saya
tarik tau......", saya menjawab balik.Menurut Sabri, ciri ciri keselamatan kurang dititikberatkan
masyarakat di sini dan dia yang pernah menaiki
"roller coaster" serik untuk naik lagi kerana tahap
keselamatan "ride" terbabit.
Apapun setakat ini tiada pula laporan mengenai kemalangan
yang berlaku kerana menaiki "roller coaster" terbabit
mahupun kereta kabel terbabit.
Mujurlah perjalanan kereta kabel itu kurang 10 minit, kalau
macam kereta kabel di Langkawi tinggi dan lama, memang
jantung saya akan terus berdenyut dengan lajunya.
Sememangnya bila berada antara bahagian yang tinggi,
melihatkan lautan manusia memang mengagumkan.
Ada di antara pengunjung sanggup mendaki dari bawah
dan memakan masa lebih 3 jam untuk sampai di bahagian
Teringat2 kakcik pengalaman menaiki kereta kabel di Langkawi - rasa hilang kaki wooo! :)
ReplyDeleteSeronoknya...bilalah dapat menjejakkan kaki di sana?
ReplyDelete