Dalam sibuk dengan tugasan pos-produksi Jejak Rasul,
Intai Intai Deko dan Rona-Irama Rentak Kehidupan,
tengahari tadi sempat 'recce' atau buat tinjauan sebentar ke CathayCineplexes di pusat membeli belah The Curve.
Bukanlah saya ke sana menonton wayang tapi kerana
'recce' lokasi untuk pelancaran program "Jejak Rasul"
dijangka pada 28 Julai, InsyaAllah dua hari sebelum umat Islam di tanahair memulakan puasa.
CathayCineplexes ni bukan sekadar panggung wayang,
ia turut dijadikan lokasi untuk acara acara tertentu.
Masuk ke bahagian "Platinum Movies Suites", mak
oii.... macam masuk ke lobi hotel mewah...
Saya ni bukanlah kaki wayang, masuk panggung satu
atau dua kali setahun pun belum tentu, lazimnya
tenguk di televisyen aja.
Melihatkan keadaan ruang menunggu saja ternyata
menggambarkan status "platinum" dengan adanya
sofa yang empuk, kerusi urutan Ogawa,"game station",
"PC Station", bahan bacaan dan itu belum lagi panggung
yang memuatkan kurang daripada 30 penonton saja.
Dengarnya kerusi dalam panggungnya empuk, ada minuman
ringan serta siap ada bantal dan selimut lagi.
Tak sempat nak ambik gambar dalam panggung kerana
ada filem sedang ditayangkan, kalau tak silap
Harry Potter.
Tidak hairanlah tiket bagi seorang penonton di "Platinum
Movies Suite" ini 4 ke 5 kali ganda daripada biasa.
Diskusi penyelarasan pelancaran Jejak Rasul |
Saya pasti ada di kalangan rakan rakan blogger pernah
menonton di "Platinum Movies Suite" kan........
Saya memang tak pernah lah........
saya paling "platinum" kat signature the gardens tu..tiket RM23..tapi memang bestla...best sebab orang belanja...kekekeke
ReplyDeletehaha tak kira... kena merasa sekali gak nih. Tapi layan 3D kt premier Gardens pun rasa cam sesak dah nak keluarkan duit RM30... tu belum gold cinema. Lain macam kot Platinum nih... member ada try gold cinema gardens... dia kata terlalu selesa sampai tertidur masa cerita baru start 1/2 jam
ReplyDeletebst nyer tempat tp sy pn jenis xminat tngok wayang..tngok kat umah lg best..
ReplyDeletewalla...bestla cik inn...nak nyibuk kat pelancaran jejak rasul boleh tak?? heehee..kalau cik inn yang handle lagi program ni sure kena tengok ni...huuhu
ReplyDelete