Ads by nuffnang

Sunday, July 17, 2011

Makan semeja dengan pereka kasut Lady Diana.....

Semalam jadual seharian saya memang padat...

Bermula di sebelah pagi, hantar kereta ke Pusat Servis.

Diikuti tengahari dengan pertemuan dengan keluarga 
sahabat baik saya yang ingin melabur dalam "unit trust'.

Untuk pengetahuan rakan rakan, saya turut menjadi 
perunding "unit trust", buat sikit sikit untuk pendapatan 
sambilan.

Ia adalah pelaburan masa depan.....boleh melalui potongan
KWSP mahupun secara tunai.

Kalau rakan rakan blogger berminat dan nak tahu lebih lanjut
mengenai pelaburan "unit trust" insyaAllah kita boleh buat 
temujanji....

Ok meneruskan entri saya, sebelah malamnya pulak saya ke 
sebuah hotel terkemuka di Jalan Bukit Bintang menghadiri 
majlis persandingan Raja Sehari bagi pasangan 
Nadia Datuk Fuad dan Mark Rodriguez Abdullah.

Nak sampai ke hotel tu.....punyalah "jammed" gila, 
malam minggu kawasan itu dikatakan selalu sesak......

Nadia pernah bertugas di Media Prima manakala Mark 
masih lagi di Media Prima di bahagian pemasaran.

Nadia ini adalah kakak ipar kepada anak saudara saya, 
Hisham Halim.

Justeru saya ke majlis terbabit bersama kakak saya
(mama Hisham) beserta adik, kakak dan abang ipar 
Hisham.

Sampai ke GrandBall Room kami di bawa masuk dan 
ditempatkan di meja 33 berhampiran dengan meja 
makan pengantin.

Kebetulan sepasang tetamu memang dah duduk di meja.

Dan pasangan terbabit tidak lain dan tidak bukan pereka 
kasut dan beg yang tidak asing lagi Datuk Jimmy Choo,
yang pernah menghasilkan kasut untuk Lady Diana dan
ramai lagi selebriti terkenal dunia......

Datuk Jimmy Choo ini memang kenalan baik kakak saya
mahupun keluarga pengantin.

Saya pun dah beberapa kali menemuramah Datuk Jimmy
antaranya untuk Potret Kejayaan tahun 2002 di London.

Rakaman Potret Kejayaan di London 2002
Krew Potret Kejayaan turut merakamakan aktiviti Chef Wan di London

Datuk Jimmy ini memang "maintain" aja wajahnya dan tak
senang dia nak makan, ada saja orang bertegur sapa dan
ingin bergambar dengan dia.

Selebriti dan orang glamer.... biasalah kan.....

Jika masa anak anak saudara saya kecil, saya selalu
"kena' kan mereka, bila mereka dah dewasa, mereka pulak
mengenakan saya.

Pernah saya tulis entri sebelum ini mengenai kisah mereka
dan David Copperfield.

Al kisah...sambil makan dan berbual, Mariana dengan 
sengaja memaklumkan pada Datuk Jimmy yang saya 
ingin bergambar dengannya.

"Datuk...my aunty.....she want to take photo with
you lah.....", Mariana bersuara dan tersenyum 
memandang saya.

"She shy to ask...."

"Sure...sure...no problem...." jawab Datuk Jimmy....

Mak Oii.... saya bukan lah nak bergambar dengan
Datuk Jimmy, masa tugasan dulu pun memang
banyak koleksi photo dengannya, tapi dah Mariana
cakap macam tu....saya serba salah dan bergambar
ajalah.......

Mariana suruh saya berdiri di belakang Datuk Jimmy,
tapi bagi saya cukuplah sekadar duduk bergambar
bersama kakak saya yang memang duduk di sebelah
Datuk Jimmy...


Terima kasihlah Nana ......kenalah mak sedara.....
tapi oklah juga adalah entri yang boleh dikongsi
hari ini.....

Pengantin beramah mesra dgn tetamu/sahabat handai (maaf photo blurr sikit)

Bagi pasangan Nadia dan Mark... 


Selamat pengantin baru.... moga bahtera yang dilayari
sebagai suami isteri berkekalan hingga hujung nyawa....


7 comments:

  1. Datuk Jimmy Choo!..waah bestnye dpt rakamkan kenangan bersama beliau..=)

    ReplyDelete
  2. waahhh chik inn... best semeja dengan datuk jimmy.. tumpang bangga dengan kejayaan datuk jimmy..

    moga pengantin kekal bahagia...

    ReplyDelete
  3. Wah Kak Lin pun buat unit trust fund juga ya...

    tp best sekali dpt gambar ngan Datuk Jimmy.

    ReplyDelete
  4. teringin nak bergambar dengan Datuk Jimmy tapi jauh panggang dari api..


    tahniah buat pasangan pengantin dan moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  5. Wah...nanti minta Dato' reka sepasang kasut untuk akak Mazlin...

    ReplyDelete
  6. Wahh..teringin gak gambar dgn org2 glamer. dapat gamabr dgn Cik Inn pun akak dah suka.hee

    ReplyDelete
  7. Salam Cik Inn, akak adalah seorang peminat rancangan Potret Kejayaan. Dalam banyak2 slot tu, slot tentang seorang tokoh yg dipaparkan sgt menyentuh naluri akak. Akak nak tahu siapa nama tokoh tersebut yg tidak boleh membaca semasa berumur 12 tahun tetapi berjaya di luar negara sebagai tenaga pengajar Bahasa Inggeris.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...