InsyaAllah tiga hari lagi umat Islam akan melangkah ke
bulan Ramadan dan bermulalah ibadah berpuasa.
Sinonim dengan bulan Ramadan, TV3 tidak boleh
dipisahkan dengan Rancangan Jejak Rasul yang masuktahun ke17.
Jika rakan rakan blogger sediamaklum dalam entri saya
terdahulu, tahun ini penggambaran dilakukan di Rusia
dan Ukraine.
Justeru petang tadi majlis pelancaran diadakan di Platinum
Movie Suite, Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Mungkin rakan tertanya kenapa dilancarkan di panggung
wayang tidak di Sri Pentas, jawapannya adalah, buat
pertama kalinya rancangan Jejak Rasul 17 ini diterbitkan
dalam Format Definisi Tinggi (HD).
Bila tenguk kat panggung wayang...huh visualnya memang
berbeza daripada biasa.....kira bila salji turun nampak sebutirsebutirlah....
Pelancaran musim terbaru ini diserikan dengan kehadiran
tetamu dan dif kehormat seperti Menteri Luar, Dato Sri
Aniffah Aman, Duta Russia dan Duta Ukraine ke Malaysia,
Pengarah Urusan dan warga RHB Islamic Bank Berhad,
selaku penaja utama rancangan dan ramai lagi.
Jadi rakan rakan semua, jangan lupa ikuti penggembaraan
Jejak Rasul menyingkap kebangkitan Islam di Eropah Timur
dengan menyelami budaya, resam hidup dan sejarah lampau
penduduk Islam berketurunan Slavic, Tatar serta Caucasus
di Rusia dan Ukraine.
Hayati perkongsian episod kehidupan golongan veteran
dan juga penemuan seperti masjid yang tidak dibenarkan
beroperasi pada era Komunis.
Juga menikmati keindahan panorama musim bunga di
Dagestan, Chechnya, Kiev dan Crimea.
Bermula pada 1 Ogos 2011 jam 6.30 petang.......
SELAMAT MENONTON DAN SELAMAT BERPUASA..........
(gambar di bawah sekitar Majlis Pelancaran Jejak Rasul 17)
Bersama Norzie, Datin Annahita dan Fieza |
Suara Zainal Ariffin Ismail sinonim dengan program Jejak Rasul |
Gimik memecahkan Logo Jejak Rasul dalam ais oleh Dato Sri Aniffah dan En Izham |
Ditemuramah wartawan MHI |
Duta Rusia ke Malaysia -Lyudmilla G Vorobyeva |
Ezzah beramah mesra dengan Haji Jalaluddin Konsul Kedutaan Ukraine |
Salam cik Inn..
ReplyDeleteMemang ayg tak sabar2 nak tgk rancangan ni.. Lagi best tahun ni rasanya. Almaklumlah sebelum ni ayg mmg dok follow N3 jejak rasul dlm blog chik Inn, Ni dapat tengok hasilnya.. So tahu jalan cerita dalam menyiapkan slot ni.. Tima kasih eeh & tahniah gak.. Selamat berpuasa, maaf zahir batin..