Ads by nuffnang

Monday, February 6, 2012

"Abang Amin dah gi Syurga....jumpa Allah......"

Salam Maulidir Rasul....

Semalam seharian saya di Bandar Diraja Klang untuk satu
lagi perkongsian episod Saksi Maut.

InsyaAllah untuk siaran 28 Februari  akan datang. 

Paparan kali ini mengenai pelajar maut dihempap tiang gol....

Keratan Akhbar Kejadian dihempap tiang gol

Dalam kejadian kira kira pukul 6 petang pada 17 Sept 2011, Mohd Fakhrul Amin Abdul Rahman 11 tahun, murid Sekolah
Rendah Kebangsaan Kampung Jawa 2, mengalami
pendarahan teruk selain retak tempurung kepala.

Arwah Amin, anak keempat daripada lapan beradik seorang
yang aktif dan meminati sukan bola sepak dan peminat
setia Liverpool.


Faizah menunjukkan photo keluarga dibelakang saya, 
Encik Rahman ayah Fakhrul Amin

Encik Rahman bersedia untuk ditemuramah.......



Luahan rasa seorang ibu.....
Tatkala mendengar isihati seorang ibu yang kehilangan anak sekelip mata, menambahkan lagi satu pengalaman baru buat
saya mahupun krew.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, saya terkejut melihat
banyak darah keluar dan dia sudah terbaring tidak
sedarkan diri", Faizah Ayob bercerita sambil menyapu
airmata yang membasahi pipinya.

"Saya redha, sesungguhnya Allah lebih menyayangi dirinya
kerana dia memangnya seorang anak yang baik......",
ibunya seorang pendidik menambah.

Fakhrul Amin sering melaungkan suara untuk azan di
Surau tempat kediamannya di Kuarters Guru Kampung
Jawa dan ketika usia 9 tahun dia sudah khatan Al Quran.

Dia pernah menyampaikan hajat untuk menyambung
pelajaran ke Sekolah Menengah Agama selesai UPSR
kelak.

Namun kini hanya tinggal kenangan........

Mendekati kakak sulong Fakhrul Amin....

Tatkala mendekati seorang adik sepupu Arwah Amin
berusia 4 tahun, kami terpaku seketika mendengar
kata kanak kanak terbabit....

"Kakak... abang Amin mana?" saya bertanya....

Dengan selamba sekecil menjawab,
"Abang Amin dah meninggal dunia dah jumpa Allah
kat syurga.....kat syurga ada sungai susu dan
sungai madu......."

Si kecil yang petah berkata kata......

Alfatihah buat Fakhrul Amin.......


Wednesday, February 1, 2012

"Saksi Maut" - Terima kasih rakan rakan.....

Semalam rancangan terbaru terbitan saya, Saksi Maut
telah disiarkan di TV9 jam 10 malam.

Terima kasih kepada rakan rakan yang menonton dan
memberi maklumbalas kepada saya.

Seperti yang saya maklumkan dulu, rancangan ini untuk
kita mendengar, melihat dan merasai perasaan individu
yang menjadi saksi kepada satu satu kemalangan yang
meragut nyawa.

Tatkala mendekati keluarga yang menjadi saksi, memang
sebak pihak produksi mendengar mereka berkongsi
memori.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.....

Minggu ini memang terlalu sibuk buat saya dan team.

Kami dalam proses menyiapkan episod 2 siaran
7 Februari ini mengenai remaja yang maut disambar
petir di Pendang, Kedah di ikuti episod 3 mengenai
mangsa kemalangan jalanraya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Kawasan di mana remaja bernama Helmi dipanah petir
Sesi temuramah bersama satu daripada saksi kejadian
Berbincang dengan wartawan Izat dan Jurukamera Nazri Johari

Minggu depan cuti Isnin dan Selasa, justeru perlu siapkan
awal untuk diberi pada pihak LPF untuk prebiu terlebih
dahulu.

Ia satu kemestian bagi setiap program yang berbentuk
rakaman, siaran langsung mahupun berita tidak perlu......

InsyaAllah, Rabu hingga Ahad depan, saya akan ke
Sabah Negeri Di Bawah Bayu untuk satu lagi tugasan
Saksi Maut memaparkan kisah Mangsa Tragedi Bot Karam
di Kudat.

Jika rakan rakan masih ingat, kejadian tragedi bot karam
berlaku pada sambutan AidilAdha November 2009.

Mangsa bot karam di perairan utara Sabah dikatakan baru
sejam bertolak dari jeti Kudat ke Pulau Banggi untuk
meraikan Hari Raya Korban.

19 orang terkorban.......

InsyaAllah, kisah selanjutnya akan saya kongsikan dalam
entri semasa di lokasi penggambaran kelak....

Jika rakan rakan mempunyai saudara mara, sahabat taulan
atau diri sendiri yang pernah menjadi saksi kepada satu
satu kemalangan dan tidak keberatan untuk berkongsi
pengalaman, bolehlah maklumkan kepada saya.....

Bagi saya selain menerbitkan program ini buat tontonan,
ia juga bertujuan memberi info dan ingatan bahawa
kematian tiba tidak mengira umur, masa dan cara......
sampai ajal maka bertemulah kita kepadaNYA.........

DariNYA kita datang...kepadaNYA kita kembali......

Saturday, January 28, 2012

Bila banyak sangat bercuti.......

Sungguh pantas masa berlalu dah seminggu saya tak
berkesempatan mengemaskini entry di blog.

Dah cuti pun panjang, maka bercambahlah vitamin "M",
(malas) untuk berkarya, masa cuti Tahun Baru Cina dok
lepak kat umah "mengqadak" rehat dan tidur yang
terlepas......

Rangkumannya minggu ini, hari Rabu, staf saya sempat
mengadakan kejutan potong kek harijadi saya yang
berlalu 21 Januari.

Terima kasih banyakalah Liza, Fieza dan Almaz yang
merancang kejutan terbabit.

Keknya sedap tapi manis.......




Hari Khamis, kami mengadakan 'potluck sarapan pagi".

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, setiap
hujung bulan diadakan "aktiviti sarapan bersama"
yang secara tidak langsung mengeratkan silaturahim
di kalangan staf yang "otai" dengan staf yang yang
"junior".

"Chik Inn, bulan ni kita tak ada artis bersarapan dengan
kita macam bulan lepas ada  Neelofa so bulan ini
kita ada Nee Nurul Syuhada lah", bos saya Nuraesah
Malik membuka bicara.......

Diikuti gelak ketawa rakan rakan yang lain......

"Hah...bulan depan giliran Nurul bawa potluck ya",
saya menambah.....

Nurul Syuhada tersenyum dan menggangguk.....

Jemput makan........
Nuraesahah Malik dan Noraini Tahir......

Tak ada Neelofa.....tapi ada Nee Nurul Syuhada.....


Hari Jumaat pulak, memang sibuk dengan beberapa
mesyuarat dan perbincangan mengenai dua lagi
program baru di bawah penyelarasan saya......

Dah nama pun kerja....memang banyaklah perkara
berkaitan produksi yang perlu diselesaikan....

Jangan lupa saksinya program terbaru terbitan saya
"Saksi Maut' di TV9 bermula 31 Januari ini jam
10malam.

Promo dah beberapa kali keluar di TV9....

Manakala hari ini, selepas sesi fisioterapi di Ampang,
makan tengahari ditaja oleh adik angkat saya Zahir.

Selain makan tengahari sempat pulak dia beri hadiah
"belated birthday"....

Alhamdulillah....rezeki.......terima kasih dik...

Nak tahu apa yang diberi.... tenguklah photo di bawah
ini........


Tambah lagi koleksi jam tangan saya......Syukur Alhamdulillah......




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...