Ads by nuffnang

Monday, February 6, 2012

"Abang Amin dah gi Syurga....jumpa Allah......"

Salam Maulidir Rasul....

Semalam seharian saya di Bandar Diraja Klang untuk satu
lagi perkongsian episod Saksi Maut.

InsyaAllah untuk siaran 28 Februari  akan datang. 

Paparan kali ini mengenai pelajar maut dihempap tiang gol....

Keratan Akhbar Kejadian dihempap tiang gol

Dalam kejadian kira kira pukul 6 petang pada 17 Sept 2011, Mohd Fakhrul Amin Abdul Rahman 11 tahun, murid Sekolah
Rendah Kebangsaan Kampung Jawa 2, mengalami
pendarahan teruk selain retak tempurung kepala.

Arwah Amin, anak keempat daripada lapan beradik seorang
yang aktif dan meminati sukan bola sepak dan peminat
setia Liverpool.


Faizah menunjukkan photo keluarga dibelakang saya, 
Encik Rahman ayah Fakhrul Amin

Encik Rahman bersedia untuk ditemuramah.......



Luahan rasa seorang ibu.....
Tatkala mendengar isihati seorang ibu yang kehilangan anak sekelip mata, menambahkan lagi satu pengalaman baru buat
saya mahupun krew.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, saya terkejut melihat
banyak darah keluar dan dia sudah terbaring tidak
sedarkan diri", Faizah Ayob bercerita sambil menyapu
airmata yang membasahi pipinya.

"Saya redha, sesungguhnya Allah lebih menyayangi dirinya
kerana dia memangnya seorang anak yang baik......",
ibunya seorang pendidik menambah.

Fakhrul Amin sering melaungkan suara untuk azan di
Surau tempat kediamannya di Kuarters Guru Kampung
Jawa dan ketika usia 9 tahun dia sudah khatan Al Quran.

Dia pernah menyampaikan hajat untuk menyambung
pelajaran ke Sekolah Menengah Agama selesai UPSR
kelak.

Namun kini hanya tinggal kenangan........

Mendekati kakak sulong Fakhrul Amin....

Tatkala mendekati seorang adik sepupu Arwah Amin
berusia 4 tahun, kami terpaku seketika mendengar
kata kanak kanak terbabit....

"Kakak... abang Amin mana?" saya bertanya....

Dengan selamba sekecil menjawab,
"Abang Amin dah meninggal dunia dah jumpa Allah
kat syurga.....kat syurga ada sungai susu dan
sungai madu......."

Si kecil yang petah berkata kata......

Alfatihah buat Fakhrul Amin.......


7 comments:

  1. sentuhan dan warna warna kehidupan bermula dari hati yang ikhlas. warna bermula dari putih dan hitam .. bermulalah tirai kehidupan ...

    ReplyDelete
  2. Berat mata kita memandang berat lagi bahu si ibu yang memikul...semoga roh arwah Fakhrul Amin dicucuri Rahmat dari yang Esa. Ameen.

    ReplyDelete
  3. alfatihah... moga kedua ibubapa & keluarga terdekat sabar & redha dgn pemergiannya..

    ReplyDelete
  4. semoga arwah tenang di sana..INSYALLAHHH..

    ReplyDelete
  5. Bila berlaku kematian org yg dekat dgn kita, akan terbentuklah satu kelompangan dlm diri kita...saya rasa kita isikan ia dgn doa2, zikir2 dsbgnya. Moga2 semuanya, arwah dan kita tenang...

    ReplyDelete
  6. Arwah abang Amin selalu dukung saya bila kami sampai rumah sana....tapi saya x ingat pon bahagian tu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...