Hari keempat di Sabah Negeri Bawah Bayu, barulah pagi
ini dapat menghadap blog dan membaca emel.
Saya bersendirian ke Sabah pada Rabu lalu menaiki
Air Asia AK5102 berlepas dari LCCT jam 0930 pagi dan
sampai di Kota Kinabalu, 10 minit awal daripada waktu
asal iaitu 1205.
Sepanjang perjalanan di udara cuaca baik, jadi dapatlah
melelapkan mata seketika.
Sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, jurukamera
kami di Sabah Pak Kassem dan anaknya Azizi sudah
menunggu.
Kami teruskan perjalanan ke Kudat.
Seperti yang saya katakan dalam entri tempuhari, saya
ke Sabah untuk satu lagi episod Saksi Maut dan kali ini
paparan 16 mangsa kot karam di Pulau Banggi.
Entri mengenai tugasan terbabit akan saya kongsi lebih
terperinci, InsyaAllah akan datang, tetapi untuk hari ini
saya kongsi kisah sambil lalu.....
Sungguhpun jarak diantara Kota Kinabalu dan Kudat
kira-kira 230 kilometer, ketiadaan lebuhraya yang besar
dan selesa seperti di Semenanjung, justeru perjalanan
mengambil masa lebih 4 jam termasuk berhenti
makan seketika.
Kira boleh balik semula ke Semenanjunglah...
Bermalam di Kudat dan malam itu juga kami terus
mengadakan perbincangan dengan Encik Hasim Hama,
Pemaju Mukim Kawasan Pulau Banggi untuk
penggambaran keesokan harinya.
Hari kedua, sebelah pagi menemuramah ADUN Banggi
Datuk Abdul Mijul Unaini dan seterusnya ke Pulau Banggi
menaiki feri mengambil masa kira kira 1 jam 35 minit.
Sampai di Jeti Pulau Banggi,Encik Hasim terus menjamu
kami sotong bakar,ikan bakar di makan dengan ubikayu.
Tenguklah photo kat bawah ini.....
Sedap sungggup bahhh.......
Mungkin ramai tidak mengetahui Pulau Banggi adalah
sebuah pulau yang terbesar sekali di Malaysia diikuti
dengan Pulau Langkawi, Pulau Pinang dan Labuan.
Pusat Pentadbiran Pulau Banggi adalah Pekan Karakit
dan di pekan ini ditempatkan Pejabat Daerah Kecil Banggi,
Rumah Rehat, Klinik Kesihatan, Jabatan Haiwan, Sekolah,
Balai Polis, Pejabat FELCRA...dan beberapa agensi lain...
Kami bermalam di Rumah Rehat Kerajaan...
Pulau ini paling hampir dengan sempadan Malaysia-Filipina.
Cara pengangkutan ke Pulau Banggi adalah dengan
perkhidmatan feri atau bot dari tanah besar Kudat.
16 mangsa yang terkorban petang Raya Haji 2009
ke Pulau Banggi untuk menghadiri majlis kenduri
dan korban dengan masyarakat tempatan.
Antara bicara saksi yang kami temui merawan hati
saya tatkala si suami dalam keadaan letih,
membantu mengikat jasad isterinya di tepi bot agar
mayat tidak hanyut dipukul badai....dan kemudian
dengan perlahan lahan bot tenggelam ke dasar laut.....
MasyaAllah.......
Saya akan kongsikan lagi......
ni dah nak ke lokasi penggambaran seterusnya
ke Papar.....

Campuran Ubikayu dan tepung yang dikukus.... |
Makanan laut yang segar bah....... |
Mungkin ramai tidak mengetahui Pulau Banggi adalah
sebuah pulau yang terbesar sekali di Malaysia diikuti
dengan Pulau Langkawi, Pulau Pinang dan Labuan.
Pusat Pentadbiran Pulau Banggi adalah Pekan Karakit
dan di pekan ini ditempatkan Pejabat Daerah Kecil Banggi,
Rumah Rehat, Klinik Kesihatan, Jabatan Haiwan, Sekolah,
Balai Polis, Pejabat FELCRA...dan beberapa agensi lain...
Kami bermalam di Rumah Rehat Kerajaan...
Pengambaran aktiviti sekitar Karakit |
Pulau ini paling hampir dengan sempadan Malaysia-Filipina.
Cara pengangkutan ke Pulau Banggi adalah dengan
perkhidmatan feri atau bot dari tanah besar Kudat.
16 mangsa yang terkorban petang Raya Haji 2009
ke Pulau Banggi untuk menghadiri majlis kenduri
dan korban dengan masyarakat tempatan.
Antara bicara saksi yang kami temui merawan hati
saya tatkala si suami dalam keadaan letih,
membantu mengikat jasad isterinya di tepi bot agar
mayat tidak hanyut dipukul badai....dan kemudian
dengan perlahan lahan bot tenggelam ke dasar laut.....
MasyaAllah.......
Saya akan kongsikan lagi......
ni dah nak ke lokasi penggambaran seterusnya
ke Papar.....
begitulah adanya jalan raya antara kudat-kota marudu-kota belud.rasanya dah bertahun-tahun keadaan jalan raya memang macam gitu terutama jalan kukut,kota belud.untuk pengetahuan chik inn ramai yg berulang alik kudat-kk setiap hari kerana urusan famili,bisnes dan sebagainya...bayangkan!
ReplyDeletekesian rakyat kudat kerana mereka tiada pilihan so diharap YB yg berkenaan ambil lah berat eh.
jangan tak singgah simpang mengayau ambil gambar cantik-cantik letak kat sini ;)
Sudah lama tidak bersua dengan Pak Kasseem. Kali terakhir pada tahun 2008. Beliau merakamkan perjalanan rombongan adik Thovuud, pesakit kanser ke Tg Simpang Mengayau, Kudat sempena hari lahirnya. Baik orangnya.
ReplyDeleteSaya tak sempat ke Pulau Banggi,nanti Kak Lin publish apa yang menarik di sana.
ReplyDeletebo bg sy no telefon rumah rehat kerajaan tue, sy nak pi ke sana nanti
ReplyDelete