Ads by nuffnang

Sunday, March 4, 2012

Kisah Pengurup Wang di Cambodia......

Salam dari bumi Cambodia....

Semalam saya dan beberapa rakan terdiri dari Lina, Fida,
Shikin dan Nora ke Phnom Penh untuk beralih angin...

Kali terakir saya ke sini kira kira 8 tahun lalu, untuk tugasan
Misteri Nusantara.

Tapi kali ini misi ke Cambodia sekadar mengikuti ketua
rombongan kami Lina yang mengambil bekalan bisnes di sini
bersama kakaknya.

Dia jual pakaian, beg dan banyak lagi lah.....

Berikutan ketika saya di sini dulu lebih kepada tugasan,
justeru tiadalah masa untuk merayau dan membeli
belah.

Tapi kali ini baru sampai sehari tapi dah ke Olympic Market,
Russian Market dan Central Market yang sememangnya
sentiasa penuh dikunjungi masyarakat tempatan mahupun
pelancong luar negara termasuk saya dan geng lah.

Sebelum nak ke Killing Fields pagi ini, entri saya nak sentuh
pasal perkhidmatan pengurup wang atau money changer
di sini.

Jika di tanahair, pengurup wang menjalankan
perkhidmatan dalam pusat membeli belah atau kedai
yang dijaga rapi segi keselamatannya tapi di sini,
pengurup wang nya di tepi kedai dan wang yang hendak
ditukar dipamerkan terang terangan.

Nampak tersusun indah aja matawang Amerika dan
Cambodia beserta beberapa matawang lain.

Kat sini kebanyakan urusniaga gunakan Dolar Amerika,
terasa macam kat Amerika Syarikat pulak.

Pada mereka tiada istilah takut rompakan bersenjata
tapi mereka lebih khuatir jika mereka di pukau justeru
beberapa biji bawang putih turut diletakkan di meja
kaca pameran.

Bagi yang gemar dengan batu permata, di Central
Market selain menjadi lokasi kebanyakan pengunjung
membeli pelbagai cenderamata, batu permata yang
cantik dan menarik menanti pembeli.

Harga yang dijual juga berpatutan...yang penting
kena pandai tawar menawar.....

Tepuk dada tanya selera.......

InsyaAllah akan saya kongsikan lagi coretan saya di
bumi Cambodia ini.......


Rakan rakan saya tengah tukar duit....

Bawang putih untuk mengelakkan dipukau

Ketua rombongan Lina(memegang beg merah)

Batu permata menanti pembeli

Thursday, March 1, 2012

Berhati hati dengan" Kepala Air...."

Ketenangan Hutan Lipur Ulu Bendul sememangnya menggamit pengunjung,
namun tatkala "kepala air" datang tanpa diundang......

Amaran mengenai "Kepala Air"

Alhamdulilah tengahari tadi selesai tugasan di Hutan Lipur
Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Tugasan bermula sejak semalam bersama wartawan
Fieza menyelami kisah 3 adik beradik yang dihanyutkan
"Kepala Air" pada 3 Mei 2011.

Istilah "Kepala Air" yang dimaksudkan adalah aliran air
yang mengalir deras yang berpunca daripada kawasan 
yang tinggi.

Dalam tragedi ini air dari Gunung Angsi dipercayai tiba-tiba
mengalir deras dan menyebabkan tiga beradik mangsa
lemas terapung dan tenggelam timbul di dalam air.

Kalau istilah untuk laut sebagai ombak atau gelombang
kuat lah.....

Mayat Nur Syaza Alisa Said Ahmad 5 tahun ditemui
sekitar 500 meter dari lokasi kejadian kira kira jam
3.15 pagi dan adiknya Nur Syaza Azera ditemui pasukan
mencari dan menyelamat pada pukul 10.20 pagi,
keesokan harinya kira kira 2.5 kilometer dari
tempat kejadian.

Sesi temuramah di tempat kejadian bersama anggota JPA
Manakala seorang lagi mangsa lemas Nur Syaza Sakinah,
2 tahun tidak ditemui hingga ke hari ini.

Dalam sesi temuramah kami dengan beberapa pihak
pasukan keselamatan dan penyelamat, mereka
menyaran tatkala membawa anak anak ke kawasan
seperti air terjun di Ulu Bendul ini, perlu berwaspada
dan ambil sikap berjaga jaga.

Dan sebaiknya mandi di kawasan yang disediakan yang
ternyata lebih selamat.

Kawasan mandi manda yang lebih selamat untuk kanak kanak
 di Ulu Bendul

Terima kasih kepada keluarga mangsa yang memberi
kerjasama sepanjang tugasan kami....

Berbalik kepada ajal dan maut, jika sudah suratan takdir,
walau sesaat, mana mampu kita melawan takdir......


Alfatihah......buat mereka bertiga.....

Wajah ketiga beradik mangsa "Kepala Air" -
Foto ihsan keluarga mangsa

Tuesday, February 28, 2012

Rezeki Ikan siakap stim dan "sweet sour"


Beberapa staf PWS menyambut hari jadi hari ini
antaranya Zahan, pengacara MHI,Fiqa wartawan Nona
dan adik angkat saya Zahir Ramli yang turut sama
tugasan Jejak Rasul ke Rusia dan Ukraine tahun lepas.

Masing masing mengucapkan kesyukuran dipanjangkan
umur dan gembira dilahirkan pada 28 Februari.

Kalau lahir 29 Februari kata mereka, sambut hari jadi
empat tahun sekalilah jawabnya.

Tengahari tadi Junaidah Md Din, mesra dengan panggilan
Kak Jun, Penerbit AlHidayah, bermurah hati untuk
belanja makan tengahari untuk Zahir dan Fiqa.

Atas permintaan Zahir, dia nak makan ikan siakap stim
dan "sweet sour" di kawasan Desa Aman, Kepong
justeru pergilah kami mengekori keretanya.

Sekali sampai lokasinya adalah Kolam Pancing
Desa Aman.

Kolam Pancing Desa Aman



Siap ada pertandingan setiap minggu di kolam pancing ini...

Kak Jun dan Farahin mulanya rasa pelik, rupanya
di kolam pancing tu ada Warung C-Mah.



Kiranya lepas kaki pancing penat memegang joran,
bolehlah lepak kat warung itu.

Kolam pancing ini menternak jenis ikan air masin
antaranya ikan siakap dan kachi....

Ikan yang hendak dimasak diambil segar dari kolam dan
terus di masak....

Ikan Siakap yang baru diambil dari kolam

Huh memang sedap tak terkata......

Bagi kaki pancing nak cuba nasib, bolehlah
ke Kolam Pancing Desa Aman ini.

Bagi saya dan rakan rakan lain, rezeki jangan
ditolak.....terima kasih Kak Jun....

Siakap "sweet and sour"

Siakap Stim
Esok staff Media Prima dapat bonus, bertambah
murahlah rezeki untuk mendapat lunch atau dinner
ditaja rakan rakan......

Alhamdulillah...

Kak Jun bertudung merah jambu, Fiqa bertudung coklat sebelah
Kak Jun dan Zahir berkemeja warna coklat


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...