Ads by nuffnang

Thursday, March 1, 2012

Berhati hati dengan" Kepala Air...."

Ketenangan Hutan Lipur Ulu Bendul sememangnya menggamit pengunjung,
namun tatkala "kepala air" datang tanpa diundang......

Amaran mengenai "Kepala Air"

Alhamdulilah tengahari tadi selesai tugasan di Hutan Lipur
Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Tugasan bermula sejak semalam bersama wartawan
Fieza menyelami kisah 3 adik beradik yang dihanyutkan
"Kepala Air" pada 3 Mei 2011.

Istilah "Kepala Air" yang dimaksudkan adalah aliran air
yang mengalir deras yang berpunca daripada kawasan 
yang tinggi.

Dalam tragedi ini air dari Gunung Angsi dipercayai tiba-tiba
mengalir deras dan menyebabkan tiga beradik mangsa
lemas terapung dan tenggelam timbul di dalam air.

Kalau istilah untuk laut sebagai ombak atau gelombang
kuat lah.....

Mayat Nur Syaza Alisa Said Ahmad 5 tahun ditemui
sekitar 500 meter dari lokasi kejadian kira kira jam
3.15 pagi dan adiknya Nur Syaza Azera ditemui pasukan
mencari dan menyelamat pada pukul 10.20 pagi,
keesokan harinya kira kira 2.5 kilometer dari
tempat kejadian.

Sesi temuramah di tempat kejadian bersama anggota JPA
Manakala seorang lagi mangsa lemas Nur Syaza Sakinah,
2 tahun tidak ditemui hingga ke hari ini.

Dalam sesi temuramah kami dengan beberapa pihak
pasukan keselamatan dan penyelamat, mereka
menyaran tatkala membawa anak anak ke kawasan
seperti air terjun di Ulu Bendul ini, perlu berwaspada
dan ambil sikap berjaga jaga.

Dan sebaiknya mandi di kawasan yang disediakan yang
ternyata lebih selamat.

Kawasan mandi manda yang lebih selamat untuk kanak kanak
 di Ulu Bendul

Terima kasih kepada keluarga mangsa yang memberi
kerjasama sepanjang tugasan kami....

Berbalik kepada ajal dan maut, jika sudah suratan takdir,
walau sesaat, mana mampu kita melawan takdir......


Alfatihah......buat mereka bertiga.....

Wajah ketiga beradik mangsa "Kepala Air" -
Foto ihsan keluarga mangsa

1 comment:

  1. Al Fatihah untuk anak 2 comel ni. Perlu berhati2 dgn kepala air ni, pernah melihat kepala air ni, bahaya kerana ia jadi dengan tiba2 saja.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...