Huh lebih seminggu saya tak update blog.
Masa agak terbatas dengan beberapa tugasan yang
perlu diselesaikan...bila balik rumah dah tak larat
nak buka laptop...
Semalam di pejabat jumpa rakan saya Shahila Harun,
dan dia terus menanyakan kenapa lama tak update
blog.
"Chik Inn, my mother tu follower you, dia dok
suruh I tanya you kenapa lama tak ada cerita
dalam blog?"
"Alamak.....kirim salam kat mak you, nanti
Chik Inn akan update entry", saya menjawab....
Maaflah ya Makcik Rohani Che"Ahmad (ibu Shahila),
ternanti nanti cerita terbaru dari saya....
Ok sebenarnya dari Ahad sampai Selasa, saya berada
di Kelantan atau turut dikenali sebagai negeri
Cik Siti Wan Kembang...
Saya ke sana bersama wartawan baru saya NurAlmaz
yang buat julung kali menjejakkan ke bumi Kelantan..
Memang teruja betul dia ditugaskan ke sana.......
Sampai di Kota Bharu selesai perancangan untuk
tugasan keesokan harinya, saya terus menelefon
seorang rakan blogger iaitu Mak Ngah atau
Cikgu Faridah Daud yang menetap di Pasir Mas.
Kebetulan malam tu dia ke Kota Bharu dan
Alhamdulillah setelah beberapa tahun hanya
berhubung di alam maya maka akhirnya jumpalah
saya dengan pemilik blog Bahasa Mak Ngah.
Dia yang baru beberapa hari pulang bercuti dari
Perth, Australia turut memberikan cenderamata
berupa fridge magnet dari Bumi Kanggaroo tu.
Terima kasih atas ingatan Mak Ngah....
Sungguhpun hanya beberapa jam sempat berbual
sambil makan, ia pertemuan yang menarik dan
menambah eratkan lagi silaturahim kami......
InsyaAllah kita akan berjumpa lagi Mak Ngah.....
Hemm...kalau di Kelantan ni.....bab makan memang
terbaik..
Bagi wakil jurukamera kami Hanapi Mat atau
Abe Napi, kalau krew ke Kelantan mesti dia jamu
kami dengan pelbagai hidangan seperti nasi kerabu,
nasi dagang, nasi berlauk, nasi tumpang, nasi ulam,
gulai kawah.....macam macam ada.......
Sungguhpun ada sarapan pagi di hotel yang kami
menginap, Abe Napi tetap memaksa kami makan lagi.......
Saya beritahu Almaz, kalau seminggu ditugaskan
di Kelantan mahu naik 5 kilogram.....
Antara tempat yang sering menjadi tumpuan sarapan
pagi adalah di kedai kopi dikenali sebagai Din Tokyo......
Ringkas sahaja set up restorennya menjual pelbagai
nasi yang telah siap dibungkus....
Keramahan Din menjadi tarikan.... terutama ketika dia
menyediakan pesanan minuman pelanggan dan telur
setengah masak dikenali sebagai telur bola ping pong
dan telur taliban.
Petang sebelum balik ke Kuala Lumpur, saya bawa Almaz
ke Pasar Siti Khadijah.
Dia nak beli serunding, keropok dan kain batik untuk emak
dan adiknya.
Maklumkan baru dapat gaji pertama.......
Ok, InsyaAllah saya akan sambung entri seterusnya
mengenai tugasan saya di Pasir Puteh....kisah wanita
maut di serang lebah........
Selamat berhujung minggu.......

Bersama pemilik blog Bahasa Mak Ngah |
Fridge Magnet pemberian Mak Ngah |
Dia yang baru beberapa hari pulang bercuti dari
Perth, Australia turut memberikan cenderamata
berupa fridge magnet dari Bumi Kanggaroo tu.
Terima kasih atas ingatan Mak Ngah....
Sungguhpun hanya beberapa jam sempat berbual
sambil makan, ia pertemuan yang menarik dan
menambah eratkan lagi silaturahim kami......
InsyaAllah kita akan berjumpa lagi Mak Ngah.....
Hemm...kalau di Kelantan ni.....bab makan memang
terbaik..
Bagi wakil jurukamera kami Hanapi Mat atau
Abe Napi, kalau krew ke Kelantan mesti dia jamu
kami dengan pelbagai hidangan seperti nasi kerabu,
nasi dagang, nasi berlauk, nasi tumpang, nasi ulam,
gulai kawah.....macam macam ada.......
Gerai Gulai Kawah di Pasir Puteh |
Sedapnya Gulai Kawah....... |
Sungguhpun ada sarapan pagi di hotel yang kami
menginap, Abe Napi tetap memaksa kami makan lagi.......
Saya beritahu Almaz, kalau seminggu ditugaskan
di Kelantan mahu naik 5 kilogram.....
Antara tempat yang sering menjadi tumpuan sarapan
pagi adalah di kedai kopi dikenali sebagai Din Tokyo......
Din dengan gaya tersendiri menyediakan teh tarik..... |
Telur setengan masak di kenali sebagai telor taliban..... |
Ringkas sahaja set up restorennya menjual pelbagai
nasi yang telah siap dibungkus....
Keramahan Din menjadi tarikan.... terutama ketika dia
menyediakan pesanan minuman pelanggan dan telur
setengah masak dikenali sebagai telur bola ping pong
dan telur taliban.
Petang sebelum balik ke Kuala Lumpur, saya bawa Almaz
ke Pasar Siti Khadijah.
Dia nak beli serunding, keropok dan kain batik untuk emak
dan adiknya.
Maklumkan baru dapat gaji pertama.......
Sedap serunding daging Kak Na |
Bersama Kak Na dan Almaz |
Ok, InsyaAllah saya akan sambung entri seterusnya
mengenai tugasan saya di Pasir Puteh....kisah wanita
maut di serang lebah........
Selamat berhujung minggu.......
aduhaiii lain kali kalau dtg kb hubungi lah sy..boleh sy bawa tempat2 makan lain lagi...
ReplyDeleteMakanan di Kelantan murah dan sedap (walaupun kadangkala terasa manisnya).
ReplyDelete:)
Eh! bila Chik Inn tukar wajah blog ini?
Terima kasih Cik Inn krn sudi berjumpa ambo wpun dlm kesibukan bertugas. Maaflah krn terpaksa berhadapan dgn "pemandu ganas" pd mlm itu...hehe. Insyaallah ada umur dan ada rezeki dapat kita berjumpa lg.
ReplyDeleteBiasalah kak,kalau tak makan sokmo di Kelate memang tak sah.
ReplyDeleteKak Cik, baru dlm seminggu dua ini ubah sikit sikit, staf baru saya, Omar Radzuan memang terror bab mengubahsuai blog so dah abis waktu pejabat, dia pun dok adjustlah sikit sikit.
ReplyDeleteBelum abis "touch up" lagi ni.....
Mrs Nor, InsyaAlah kalau saya ke Kelate lagi nanti saya "hello" ya...
Kak Mah, memang makan sokmo lah kalau kat sama....
Mak Ngah, pandu kereta baik baik ya...lampu merah berhenti tau.....