Ads by nuffnang

Saturday, March 24, 2012

Wanita maut diserang lebah.....

Ketika saya menulis entri ini saya berada di sebuah
hotel di Sungai Siput,Perak.

Hotel tidak berbintang tetapi bagusnya ada wifi
dalam bilik.... percuma lagi...

Tidak seperti kebanyakan hotel yang berbintang
bintang yang perlu dibayar jika ingin gunakan
perkhidmatan jalur lebar hotel.

Kalau ada percuma pun perlu ke lobi
atau coffee house di hotel terbabit...

Bagi saya leceh sikitlah...rasa tak tenteram nak
berkarya...

Oklah lupakan kisah perkhidmatan jalur lebar.

Entri saya hari ini kesinambungan kepada tugasan
di Pasir Puteh, Kelantan yang saya tulis semalam.

Untuk episod akan datang dalam Saksi Maut akan
dipaparkan kisah seorang wanita yang berusia
dalam awal 50an maut disengat lebah berhampiran
rumahnya di Kampung Kandis pada 1 Februari lalu.

Dalam kejadian kira kira 2.30 petang, Esah Idris
yang baru selesai makan tengahari bersama 
suaminya Saidina Ali, dalam perjalanan ke kelas
mengaji Quran.

Tiba tiba ketika nak melintas jalan Esah diserang
ratusan lebah dan dia cuba menyelamatkan diri
dengan memasuki sebuah rumah kosong.

Lebah yang ditemui berhampiran rumah Esah

Tiada siapa dapat menolak takdir Allah swt.

Ketika keluarga dan penduduk kampung mencari
mangsa, Esah ditemui di rumah kosong terbabit,
dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat disengat
ratusan lebah.

Pihak hospital mengesahkan dia meninggal ketika
dalam perjalanan ke hospital.

Kami dimaklumkan, lebih 30 jarum lebah melekat
di ibu jari kakinya dan bayangkan berapa banyak
jarum meletak di seluruh badan Esah.....

MasyaAllah.....

Malah sekumpulan lebah masih menyerang
penduduk kampung sekitar pada malam kejadian
dan lebih 26 orang cedera.

Kami dimaklumkan pihak JPAM, lebah menyerang
penduduk di Kampung Kandis kerana sarangnya
telah dimusnahkan seekor helang.

Sekumpulan lebah terbabit begitu marah dan
kebetulan Esah berada tidak jauh daripada
sarang lebah dan dia terus disengat....

Ketika menemubual beberapa saksi yang turut
disengat lebah, mereka mengatakan begitu sakit
dan pedih rasanya disengat beberapa ekor lebah,
justeru cuba rakan bayangkan jika disengat
ratusan lebah......

Bagi suami Esah, sungguhpun sedih kehilangan
orang tersayang.....dia redha dengan ketentuan
Illahi......


Sesi temubual dengan suami Esah, Saidina Ali
Ingatan kepada semua berhati hati bila 
berhadapan dengan lebah atau tebuan......

Sungguhpun ia kecil tapi begitu merbahaya....

9 comments:

  1. eee..kat umah akak sekarang ni ada sarang lebah dalam syiling..macam2 cara dah buat,tapi lebah tu x nak pergi,bagitau bomba,bomba kata susah sbb syiling tu rendah sangat...mmg takut,nak2 time subuh...dia kerumun kat cahaya lampu...selalu gak kena sengat..cepat2 sapu minyak panas,nasib x melarat...bahaya lebah ni..hati2lah

    ReplyDelete
  2. Cik Tie, perlu berhati hati terutama kalau ada anak anak kecil, kalau setakat seekor dua masih ok tapi kalau banyak begitu merbahaya tau....selain pihak Bomba, Cik Tie boleh hubungi pihak JPAM untuk memusnahkan sarangnya.....

    ReplyDelete
  3. Macam kita sendiri pula terasa kesakitan yang dialaminya.

    ReplyDelete
  4. Kesian arwah Mak Esah.. Tapi meninggalnya dlm keadaan ingin ke kelas mengaji, subhanallah sgt la molek.. Husnul Khotimah (insyaAllah)..
    Al-Fatihah untuknya.

    ReplyDelete
  5. Al fatihah untuk mak esah..... Sedih kita baca entri ni sis....

    ReplyDelete
  6. Innalillahhiwainnailaihirojiun. Semoga roh arwah tenang di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepatnya cik inn dah di peghok, lima ayat teratas cik inn itu menusuk kalbu makngah.....huhuhu

      Delete
    2. Di Kandis juga ada Akademi Nik Rashiddin. Pernah ke sana bagi menemuramah isteri beliau, Kak Wati mengenai seni ukiran kayu. Sampai sekarang, saya masih ingat betapa pentingnya bendul dalam budaya Melayu.

      Delete
  7. Al Fatihah...best jugak menonton program aksi maut...mmg kesian kesian dgn makcik tuh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...