Selain menerbitkan Saksi Maut yang masuk episod 8, Selasa depan, dua lagi program di bawah penyelarasan saya ketika ini adalah Intai Intai Deko musim kedua untuk TV3 dan satu lagi program baru untuk TV9
bertajuk "REMEDI".
InsyaAllah ia bakal ke udara pada 1 Mei ini.
Program 'REMEDI" adalah rancangan yang menyentuh mengenai rawatan alternatif menjurus kepada keadah secara tradisional yang menjadi amalan di kalangan masyarakat tempatan tidak mengira bangsa Melayu, Cina, India dan ramai lagi.
Paparan REMEDI adalah perkongsian pengamal dan pesakit memberi rangkuman istimewa tentang realiti di sebalik cara rawatan terhadap beberapa jenis penyakit fizikal termasuk yang kronik......
Mohd Fakhrulradhi Khamarudin.....dari kumpulan Nasyid UNIC, Juara Akademi Al Quran TV9 musim 3 dan pernah mengacarakan program GPS IMAN, adalah pengacara rancangan yang berdurasi selama
setengah jam.
Fakhrulradhi sedang membuka bicara mengenai topik Ayurveda |
Hari ini sehari suntuk saya dan krew produksi yang diketuai Ifawani Omar sebagai Penerbit, Intan Shazliana Ahmad selaku wartawan/pembantu penerbitan, Nurul Yana sebagai wartawan pelatih dan beberapa krew teknikal berkampung di Taman Kajang Prima, Kajang untuk tugasan yang membabitkan rawatan AYURVEDA.
Kami mendapat kerjasama daripada pemilik dan perunding Luqman Health Care iaitu Dr Luqman Malik.
Sesi temuramah bersama Doktor Luqman |
Dr Lukman menerangkan mengenai pesakit yang mempunyai masalah tulang belakang |
Di pusat rawatannya menawarkan kaedah rawatan Ayurveda, Homeopati dan rawatan Islam untuk mengurangkan serta menyembuhkan pelbagai
masalah kesihatan.
Tiada sakit yang tidak boleh diubati kecuali mati, justeru kita perlulah berusaha untuk sembuh jika kita menghidapi sebarang penyakit......
InsyaAllah saya akan kongsilah lagi mengenai program baru ini di samping memberi maklumat pada sesiapa yang ingin menyembuhkan diri dari pelbagai penyakit dengan rawatan alternatif.....
Sesungguhnya kita perlu berusaha dan seterusnya memohon keberkatan daripada ALLAH swt........
Dengan izinNYA...kita akan sembuh.......
Perbincangan mengenai topik akan datang (Intan bertudung biru manakala Ifawani bertudung merah jambu) |
Cantik wajah baru (blog) kak Lin...
ReplyDeleteTerima kasih Kak Mah...minta tolong staf baru saya Omar untuk beri wajah baru....ada sikit sikit lagi akan diperbaiki....teruskan membaca....
ReplyDeleteAssalamualaikum, Cik Inn, bolehke saya dapat maklumat haji Jamil yang mengubati batu karang dalam Program Remidi yang bersiaran pada Ahad 5 Ogos 2012. Kalau tak keberatan dan tidak jadi kesalahan SMS no. telefon dia kepada saya pun Ok. No. saya 019-5779110. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut hari raya. Maaf Zahir dan batin.
ReplyDeletep/s dimana boleh saya surf rancangan yang telah keudara ini?
ReplyDelete