Ads by nuffnang

Sunday, March 4, 2012

KEJAMNYA REJIM POL POT......

Pagi tadi rombongan Cik Lina sempat ke Killing Fields di
daerah Chong Ekk yang terletak kira kira 15 kilometer
dari Bandar Phnom Penh.

Kalau di Malaysia, jarak 15 kilometer tu, kira kira 10 minit
boleh sampai ke lokasi tetapi 15 kilometer di sini mengambil
masa kira kira 30 minit kerana kesibukan jalanrayanya.

Banyak dah berubah keadaan di sini berbanding kali
pertama ketika saya membuat liputan di tempat yang
sama.


Rombongan Cik Lina di depan pintu masuk Killing Fields....

Tatkala melihat kawasan yang menjadi lokasi penderaan
Rejim Pol Pot begitu sayu rasanya.

Sesiapa saja yang dirasakan menentang corak
pemerintahannya, seisi keluarga akan menjadi mangsa
dera dan disiksa tanpa rasa belas kasihan.

Terdapat sepohon pokok yang dijadikan lokasi untuk
menghayun bayi atau kanak kanak hingga mati dan
kemudian terus dicampakkan ke dalam lubang.

MasyaAllah.... tatkala manusia rakus mengejar
kuasa...hilang sudah rasa perikemanusiaan.

Tengkorak mangsa berselerak di sekitar kawasan
terbabit.


Sebahagian daripada tengkorak mangsa kekejaman...
Pokok yang dijadikan lokasi untuk membunuh kanak kanak
yang tidak berdosa....

Kini terdapat sebuah muzium yang mengimbas sejarah
ringkas mengenai kejadian yang meragut ribuan
nyawa yang tidak berdosa di samping tayangan
dokumentari kekejaman zaman Rejim Pol Pot.

Manusia ohhh manusia......

Ok kita tinggalkan kisah di Killing Fields dan petang
tadi sempat menaiki bot pelancong menyusuri
sebahagian daripada Sungai Mekong dan menyaksikan
senja melabuhkan tirai malam.

Senja di bandar Phnom Penh....


Satu suasana yang begitu indah ciptaan Illahi......

Apapun saya rasa sungguh bertuah menjadi anak
Malaysia kerana negara kita bumi bertuah dan
syukurlah atas kemakmuran dan kesejahteraan
yang dikecapi sejak berzaman......

Alhamdulillah....

Kisah Pengurup Wang di Cambodia......

Salam dari bumi Cambodia....

Semalam saya dan beberapa rakan terdiri dari Lina, Fida,
Shikin dan Nora ke Phnom Penh untuk beralih angin...

Kali terakir saya ke sini kira kira 8 tahun lalu, untuk tugasan
Misteri Nusantara.

Tapi kali ini misi ke Cambodia sekadar mengikuti ketua
rombongan kami Lina yang mengambil bekalan bisnes di sini
bersama kakaknya.

Dia jual pakaian, beg dan banyak lagi lah.....

Berikutan ketika saya di sini dulu lebih kepada tugasan,
justeru tiadalah masa untuk merayau dan membeli
belah.

Tapi kali ini baru sampai sehari tapi dah ke Olympic Market,
Russian Market dan Central Market yang sememangnya
sentiasa penuh dikunjungi masyarakat tempatan mahupun
pelancong luar negara termasuk saya dan geng lah.

Sebelum nak ke Killing Fields pagi ini, entri saya nak sentuh
pasal perkhidmatan pengurup wang atau money changer
di sini.

Jika di tanahair, pengurup wang menjalankan
perkhidmatan dalam pusat membeli belah atau kedai
yang dijaga rapi segi keselamatannya tapi di sini,
pengurup wang nya di tepi kedai dan wang yang hendak
ditukar dipamerkan terang terangan.

Nampak tersusun indah aja matawang Amerika dan
Cambodia beserta beberapa matawang lain.

Kat sini kebanyakan urusniaga gunakan Dolar Amerika,
terasa macam kat Amerika Syarikat pulak.

Pada mereka tiada istilah takut rompakan bersenjata
tapi mereka lebih khuatir jika mereka di pukau justeru
beberapa biji bawang putih turut diletakkan di meja
kaca pameran.

Bagi yang gemar dengan batu permata, di Central
Market selain menjadi lokasi kebanyakan pengunjung
membeli pelbagai cenderamata, batu permata yang
cantik dan menarik menanti pembeli.

Harga yang dijual juga berpatutan...yang penting
kena pandai tawar menawar.....

Tepuk dada tanya selera.......

InsyaAllah akan saya kongsikan lagi coretan saya di
bumi Cambodia ini.......


Rakan rakan saya tengah tukar duit....

Bawang putih untuk mengelakkan dipukau

Ketua rombongan Lina(memegang beg merah)

Batu permata menanti pembeli

Thursday, March 1, 2012

Berhati hati dengan" Kepala Air...."

Ketenangan Hutan Lipur Ulu Bendul sememangnya menggamit pengunjung,
namun tatkala "kepala air" datang tanpa diundang......

Amaran mengenai "Kepala Air"

Alhamdulilah tengahari tadi selesai tugasan di Hutan Lipur
Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Tugasan bermula sejak semalam bersama wartawan
Fieza menyelami kisah 3 adik beradik yang dihanyutkan
"Kepala Air" pada 3 Mei 2011.

Istilah "Kepala Air" yang dimaksudkan adalah aliran air
yang mengalir deras yang berpunca daripada kawasan 
yang tinggi.

Dalam tragedi ini air dari Gunung Angsi dipercayai tiba-tiba
mengalir deras dan menyebabkan tiga beradik mangsa
lemas terapung dan tenggelam timbul di dalam air.

Kalau istilah untuk laut sebagai ombak atau gelombang
kuat lah.....

Mayat Nur Syaza Alisa Said Ahmad 5 tahun ditemui
sekitar 500 meter dari lokasi kejadian kira kira jam
3.15 pagi dan adiknya Nur Syaza Azera ditemui pasukan
mencari dan menyelamat pada pukul 10.20 pagi,
keesokan harinya kira kira 2.5 kilometer dari
tempat kejadian.

Sesi temuramah di tempat kejadian bersama anggota JPA
Manakala seorang lagi mangsa lemas Nur Syaza Sakinah,
2 tahun tidak ditemui hingga ke hari ini.

Dalam sesi temuramah kami dengan beberapa pihak
pasukan keselamatan dan penyelamat, mereka
menyaran tatkala membawa anak anak ke kawasan
seperti air terjun di Ulu Bendul ini, perlu berwaspada
dan ambil sikap berjaga jaga.

Dan sebaiknya mandi di kawasan yang disediakan yang
ternyata lebih selamat.

Kawasan mandi manda yang lebih selamat untuk kanak kanak
 di Ulu Bendul

Terima kasih kepada keluarga mangsa yang memberi
kerjasama sepanjang tugasan kami....

Berbalik kepada ajal dan maut, jika sudah suratan takdir,
walau sesaat, mana mampu kita melawan takdir......


Alfatihah......buat mereka bertiga.....

Wajah ketiga beradik mangsa "Kepala Air" -
Foto ihsan keluarga mangsa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...