Ads by nuffnang

Friday, September 30, 2011

Rakaman di Syurga Persisir Pantai


Semalam seharian saya bertugas di Golden Palm Tree .
Resort di Bagan Lalang, Sepang, Selangor untuk segmen
moderator atau rakaman pengacaraan bersama pengacara
Intai Intai Deko, Nor Azlina Redzuan.

Lokasi ini turut dilabelkan sebagai Syurga Persisir Pantai
Terpanjang di Asia kerana keindahan pantainya tatkala
senja melabuhkan tirai malam.

Alam semulajadi yang terpelihara dengan keaslian
persekitaraan pinggir sungai di tengah tengah keindahan
alam semulajadi, ia kini mula menggamit ramai
pengunjung dalam dan luar negara ke sini.

Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan di
Club House atau Rumah Kelab, pasti pengunjung teruja
menginap di villa atas air yang berbentuk palm tree.










Memang sesuai untuk percutian bersama keluarga di
hujung minggu......

Tak perlu bayar mahal untuk menikmati percutian ke
luar negara.....Negara kita kaya dengan keindahan alam
ciptaan Illahi.

Hargainya.....Syukur menjadi anak jati bumi bertuah ini....


Sekitar penggambaran "perantara" bersama Nor Azlina Redzuan




Wednesday, September 28, 2011

Dapat cucu lagi......

Semalam seharian saya dan beberapa rakan rakan
daripada unit "Lifestyle and Magazine' bertapa di
PNB Darby Park kerana menghadiri sesi "brainstorming".
atau sesi mencari idea idea barulah....

Terima kasih kepada wargakerja PNB Darby Park yang
memberi kerjasama sepanjang seharian kami di hotel
terbabit. 

Lazimnya kira kira 3 bulan sebelum memasuki tahun baru,
kami telah memulakan beberapa perancangan untuk
menerbitkan program baru mahupun memantapkan lagi
program yang sedia ada.

Sungguhpun dalam kumpulan yang kecil, tetapi
Alhamdulillah idea rakan rakan saya mencurah curah.....

Ini kumpulan kedua mengadakan sesi "brainstorming"
bagi unit 'Lifestyle and Magazine".

Kumpulan pertama pada hari Isnin dan kumpulan ketiga
esok.

Prosedur sebelum sebuah porgram diterbitkan, penerbit
yang dipertanggungjawabkan akan membentangkan
kertas kerja yang dikumpul daripada rakan rakan
beserta "budget",kepada bos besar, jika dapat lampu
hijau... maka bermulalah sesebuah penerbitan terbabit.

Sesi semalam dikendalikan saya dan rakan baik saya
Hartina Ayu Harun dan Ruzmi Kamaruddin.

Bos besar kami, Puan Nuraeshah Malik sebagai
pemerhati.








Berikuatan agak sibuk untuk menyediakan modul untuk
sesi ini di samping beberapa tugasan produksi lain, 
anakbuah saya bersalin Ahad lalu, hanya dapat saya
ziarah malam tadi.

Sebelum ini saya ada menulis mengenai cucu pertama
saya Iman, jadi ini adik Iman lah......




Belum ada nama lagi, tapi ayahnya mencadangkan nama
dengan pangkal "I" seperti Iman dan beberapa nama
dicadangkan adalah Ibrahim, Isa, Imran,Idris,Ilyas.......

Rakan rakan blogger ada cadangan nama bermula
dengan "I"?????

Alhamdulillah dah dua cucu saya.........

Cepat masa berlalu.....dulu semasa ayah Iman kecil,
sayalah mendokong dia kini saya mendokong Iman
dan adiknya pulak.....

Ada umur panjang....dengan IzinNYA moga saya
dapat mendokong anak Iman kelak......InsyaAllah.....




Wednesday, September 21, 2011

Apa kaitan Sindrom William dan Keamanan Dunia?????


Topik yang ingin saya kongsikan kepada rakan rakan
blogger hari ini agak asing dan kurang diketahui umum
khususnya di negara ini.


Ungkapan "jika insan di dunia ini memiliki Sindrom William
(SW) maka tiada istilah peperangan dan tiada perasaan
 marah, benci membenci dan hajat dengki'.


Sebaliknya hidup dipenuhi dengan perasaan gembira, mudah
ketawa dan penuh dengan kasih sayang.


Umum sedia maklum dengan "Sindrom Down", di mana
lazimnya keadaan fizikal pesakit terbabit dapat
dikenalpasti daripada perwatakan dan wajah mereka.


Berbeza dengan SW, di mana keadaan fizikal dan
wajah mereka sama sekali tidak dapat dicam sekali lalu, 
tetapi lebih kepada perwatakan mereka.

Lazimnya mereka kelihatan normal, peramah, ceria,
kaya dengan senyuman serta gelak tawa sentiasa di wajah.

Sungguhpun ada di kalangan SW pertuturan mereka
agak sukar difahami, tetapi mereka memang peramah.

Oleh kerana terlalu ramah, ia kadang kala menerbitkan
perasaan bimbang keluarga kerana mereka langsung
tidak takut kepada sesiapa.

Namun di sebalik senyuman riang, mereka berhadapan
dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya komplikasi
jantung, saluran usus yang sempit dan ada kalangan
mereka berhadapan dengan masalah kalsium yang tinggi.

Mungkin kerana SW ini termasuk dalam Penyakit Jarang
Jumpa atau 'Rare Disease' ia kurang dibincangkan
dan agak sukar mengagak bahawa anak itu bermasalah
sejak kecil lagi.

Di Amerika Syarikat contohnya, nisbah kelahiran bayi yang
menghidap SW adalah 1:20,000 atau 30,000.

Petikan daripada KOSMO Online, menurut Ketua Jabatan
Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Prof Dr Thong Meow Keong, bukan saja masyarakat tidak
mengetahui penyakit ini, malah doktor sendiri kurang
mengetahuinya kecuali di kalangan pakar genetik dan
jantung.

Menurut Prof Dr Thong lagi, SW adalah penyakit genetik
yang bukan berpunca daripada ibubapa.

SW boleh didiagnosis pada peringkat awal dengan
menjalankan beberapa ujian khusus terutama yang
membabitkan masalah jantung.

Nama SW diambil sempena nama Doktor J. William, doktor
pertama yang mengenal pasti ciri ciri tertentu pada pesakit
kanak kanak yang dirawat sekitar 1965.

Saya pun baru tahu mengenal SW daripada adik junior
saya Masliza orang kuat TLDM.

Anak ketiganya menghidap SW dan Mas beserta keluarga
redha dengan ketentuan Illahi.

Semalam ketika dia mengunjungi Sri Pentas, Mas sempat
berkongsi cerita mengenai puteranya dan pelbagai
kisah anak anak SW dari pembacaan di Internet juga
bertukar tukar pengalaman dengan ibubapa yang
mempunyai anak anak SW.

Menurut Mas lagi, di sebalik happy face, kanak kanak SW,
mereka mempunyai memori pendengaran yang lebih tinggi
berbanding kanak kanak normal.

Dalam pembacaannya juga, beberapa kajian yang dibuat
di Amerika Syarikat terhadap kanak kanak normal dan kanak
kanak SW, ternyata kanak kanak SW mudah mesra dan suka
berkawan.

Kes 1, lelaki yang berperwatakan garang dan berpakaian
seperti samseng masuk ke dalam bilik kanak kanak normal.

Tatkala melihat lelaki terbabit, kanak kanak normal itu terus
lari mencari ibubapanya.

Manakala kanak kanak SW tatkala melihat lelaki terbabit
terus mendekati lelaki itu dan memeluknya.

Kes 2 , kanak kanak yang sedang berdiri dengan sengaja
seorang lelaki berjalan dan melanggar kanak kanak normal.

Kelihatan wajah kanak kanak itu tidak senang dengan
kejadian yang berlaku.

Manakala bagi kanak kanak SW, tatkala lelaki yang
membuat kajian melanggar mereka, kanak kanak SW
serta merta memegang dan mengurut kaki lelaki terbabit
dengan perasaan simpati.

Jadi ungkapan di atas ada kebenarannya......

Mereka sentiasa gembira, sangat peramah dan mudah
ketawa.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SW, bolehlah
singgah ke blog adik junior saya di http://www.twoplusoneandmore.blogspot.com/

Apapun setiap kejadian di mukabumi ini mempunyai
keistimewaan tersendiri yang hanya Allah Yang Maha Esa
lebih mengetahui.

Kita sebagai umatNYA perlu redha dan terus memohon
padaNYA.....

Saya memang angkat topi dengan junior saya Mas yang
walaupun sibuk dengan tugasannya demi negara, dia
memastikan ada ruang waktu untuk berjumpa dengan
keluarga yang mempunyai anak anak SW  bekerjasama
dan membincangkan apa yang terbaik untuk masa
hadapan anak anak istimewa ini.

Bersama Masliza di ofis saya



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...