Jumaat lalu selepas selesai tiga hari tugasan di Seremban,
Paroi, Jelebu, Ampangan dan Senawang, krew
Stanza Rangkap Kehidupan untuk siaran TV9 singgah ke
Restoren Nasi Arab Damsyik di Jalan Senawang - Paroi.
Ini bukanlah kali pertama saya ke Restoren milik Haji Rahim.
Bagi penggemar makanan Timur Tengah, jika ada kelapangan
cubalah masakan yang saling tak tumpah rasanya macam
makan di Damsyik Syria.
Haji Rahim yang menetap lama di Syria, mengadaptasikan
cara penyediaan makanan yang dipelajari daripada
Tok Arab di sana.....
Ketika saya dan Krew Jejak Rasul Srikandi di bumi Syria,
anak gadis Haji Rahim, Fairah beserta beberapa abang dan
kakak "seniornya" iaitu Sarah dan Amalia menjadi orang
kuat kami.
Berikutan pergolakan yang berlaku di Syria sekarang,
ramai pelajar Malaysia terpaksa meninggalkan lokasi
mereka menimba ilmu demi segi keselamatan.
Bagi Sarah, Amalia dan beberapa pelajar lain yang telah
tamat pengajian, kepulangan mereka dinanti sungguhpun
segelintir penuntut kita bercadang untuk menyambung lagi
pengajian.
Tapi bagi Fairah, dengan berat hati terpaksa pulang
ke tanahair dan menyambung pelajaran di sini dan
ternyata matapelajaran yang ditimba di Syria agak
berbeza dengan di tanahair.
Ibunya Hajah Rina, berharap bumi Syria yang kaya
dengan sejarah kenabian kembali normal seperti
ketika mereka menetap di sana.
Sama sama kita berdoa agar bumi Syria kembali
tenang serta aman, dan moga adik adik atau anak
anak kita dapat menyambung kembali pelajaran
di Syria.
Ameen......

Ketika tugasan di Syria |
Krew menikmati Nasi Arab Ayam.... |
Hajah Rina, Fairah dan Sarah |
dekat dengan rumah saya...makan kat sini mmg best sgt :)
ReplyDeletecam ne la rasa makanan syria? cam nasi beriyani jee
ReplyDeletesalam cik inn,
ReplyDeleteInsyaALLAH mudahan syria kembali tenang ..:)\
bertuahnya ..jauh perjalanan,ramai teman..
sedap yer nasi damsyik nie?? ade beza dengn nasi arab ke??
nampak sedap betul nasi arab tu ye..
ReplyDeleteCIk Eizan,
ReplyDeleteMemang Hidangan Nasi Arab di restoren haji Rahim mempunyai keistimewaan tersendiri kan.....
Ainhany,
Sama sama kita terus mendoakan Syria kembali seperti sedia kala ya......
Putubambu & Chenal,
Nasi Arab rasanya tak sama macam nasi beryani, cari penyediaannya juga berbeza...perlu Cuba tau...
Teringin gak nak pi kat situ..
ReplyDeleteMasa makan di Shah Alam, teruja nak belajar masak Nasi Arab..cari kat internet..lain kali boleh ajak Kak Lin makan sama ekk.