Ads by nuffnang

Thursday, October 20, 2011

Rombongan Cik Lin menjengah Singapura lagi.....

Jika bulan Mei lalu, saya dan geng Cik Semah bercuti ke
Singapura, sekali lagi dari Isnin hingga semalam saya
ke Singapura bersama sebelas lagi wargakerja
Media Prima.

Kali ini bukan kerana bercuti tetapi di hantar pihak
pengurusan untuk menghadiri kursus HD Lighting di
Singapore Media Academy atau SMA milik MediaCorp
Enterprise.

Kumpulan kali ini dikenali sebagai rombongan Cik Lin,
sebab saya satu satunya peserta tunggal terdiri daripada
kaum Hawa.

Kursus yang bagus terutama sekali bidang penyiaran
di Malaysia kini sedikit demi sedikit telah berubah ke
arah penerbitan HD atau High Defination.

Justeru untuk duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan stesyen lain baik dalam negara mahupun
luar, Media Prima telah memulakan langkah menghantar
wargakerja menimba lebih ilmu dalam bidang ini.

Tenaga pengajar kami iaitu Seah Hong Gim adalah
pakar dalam bidang penataan cahaya lebih 35 tahun
dan hasilkerjanya diakui peringkat antarabangsa...

Kelas bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 5 petang.

Selain teori, kami juga perlu melakukan sendiri
beberapa tugasan yang membabitkan penataan cahaya
dengan jumlah penggunaan peralatan lampu yang banyak
mahupun sedikit.

Selesai aja kursus, apalagi saya dilantik mengetuai
rakan rakan menjadi pemandu pelanconglah kerana
ada rakan yang pertama kali menjejak kaki di Kota Singa
ini.

Dengan menaiki MRT atau Mass Rapid Transit, lokasi
yang menjadi pilihan adalah di Seranggon Road yang
juga dikenali kawasan Little India.

Di situ juga lah tersergamnya Mustapa Centre, pusat
membeli belah yang menawarkan harga yang rendah
dan berpatutan.

Dibuka 24 jam, bagi yang pernah ke Singapura dan
pernah ke sini, saya pasti sediamaklum dengan
gedung membeli belah ini.

Minyak wangi, telefon bimbit, kamera, barangan IT, jam,
pakaian, kasut, barang kemas antara menjadi pilihan
ramai pengunjung.

Lebih lagi perayaan Deepavali bakal menjengah
minggu depan, maka pekerja warga India yang ingin
pulang ke kampung halaman tidak terkecuali membeli
pelbagai barangan.

Rakan rakan saya tidak melepaskan peluang untuk
membeli minyak wangi untuk isteri dan anak anak.

Dengan pelbagai tawaran harga dan hadiah,
memang berbaloi untuk membelinya....

Selain daripada menjadi pemandu pelancong,
saya turut menjadi pembantu jurujual kerana
terpaksa menunjukkan kaunter minyak wangi yang
membuat pembeli rambang mata untuk memilih...

Masa membeli belah memang leka dan seronok, tapi
bila nak berjalan kembali ke stesyen MRT.......
mak oii....baru lah terasa kaki lenguh.......

Apapun bak kata rakan saya Shidah Sulaiman, sambil
menyelam sambil minum airlah....sambil berkursus
belilah apa yang patut untuk buahtangan ahli keluarga....

Semalam sampai di rumah jam 1.30 pagi, sungguhpun
letih, Alhamdulillah dapat pengetahuan tambahan
mengenai penataan cahaya khususnya penataan
cahaya HD.

Rajoo menunggu kad MRTnya

Hiasan lampu lap lip di sepanjang Little India

Di depan pintu masuk SMA

Wargakerja Media Prima bersama Seah dan pembantunya Penny...

Dapat sijil penyertaan tau.....

Photo kenangan sebelum pulang ke Sri Pentas......



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...