Ads by nuffnang

Saturday, January 21, 2012

Tahun berganti...Umur bertambah.....

Alhamdulillah, bertambah setahun lagi umur saya
hari ini.....dah pertengahan 4 series.....



Ajal maut ditentukan Yang Maha Esa...

Makin bertambahnya umur seseorang itu, makin
dekatlah rasanya kita akan bertemu dengan
Allah Maha Pencipta...... justeru bagaimana bekalan
kita untuk menemuiNYA nanti.......

Saya tertarik dengan petikan yang tertulis....

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber
kekuatan....

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber
ketenangan....

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber
kebijaksanaan....

Ambillah waktu untuk berehat, itu adalah sumber
kesegaran...

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah...

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci
menuju syurga......

Renung renungkan.....

Terima kasih kepada rakan rakan yang mengirimkan
ucapan dan doa pada hari kelahiran saya
di Facebook mahupun sms.

Moga sama sama kita sentiasa dalam peliharaanNYA
dan terus diberkati dunia dan akhirat......

Haa...hari ini, hari ketiga saya bertugas di Kedah
untuk satu lagi episod Saksi Maut, justeru tak adalah
makan makan kek dengan rakan rakan di ofis
seperti tahun lepas.....jamuan "terkejut" yang mereka
buat....

Sampai KL, memang dah letih sangat, tapi adik adik
angkat saya, Liza, Nora, Zahir ajak sangat makan malam
di Restoren Muhibah di kawasan Sungai Penchala,
pergilah juga......

Kesian tak dapat bawa si Adam Iskandar, sawa albino
kesayangan saya untuk meraikan dan makan bersama.....
(makan bersama macam sambutan tahun baru cina
pulak) kalau bawa mau pengunjung lain cabut lari......

Lazimnya kalau hari jadi, saya suka membeli sesuatu
untuk diri sendiri sebagai tanda ingatan...bukanlah
sesuatu yang berharga tinggi, kira seadanya......

Berikutan memang tak ada masa, kerana sibuk dengan
tugasan, maka saya hanya sempat membeli fridge
magnet.

Itupun kerana di jual di atas pesawat Firefly yang saya
naiki petang tadi.....

Comel juga fridge magnetnya....tenguk kat bawah ini....



Bagi sesiapa yang turut menyambut hari lahir sama tarikh
dengan saya pada 21 Januari...Selamat Panjang Umur,
moga kita sentiasa dalam peliharaanNYA......dimurahkan
rezeki dan diberi kesihatan yang baik......

Aminn.......

Saturday, January 14, 2012

Sepetang bersama keluarga Mr Lotong.....

Hari ini seharian saya di Ijok dan Kuala Selangor
untuk merakamkan satu lagi episod kehidupan
kisah meruntun jiwa untuk program Saksi Maut,
Episod 4 bersama Fieza, wartawan yang
ditugaskan.

Kisah Rashidah Abd Samad, dia terbabit dalam
kemalangan pada 13 September 2010 dalam
perjalanan untuk menghadiri kenduri arwah
bapa mertuanya di Muar, Johor.

Dalam kejadian terbabit, suaminya Koperal Rubaie
Abdul Rahman dan anak sulongnya Nur Aziera 15 tahun,
meninggal dunia di tempat kejadian.

Esok, Fieza akan menyambung penggambaran
di Muar bersama Shidah dan 2 puterinya.

Shidah dan dua puterinya.....

Menyentuh tajuk blog saya hari ini, kami sempat
ke Bukit Melawati, antara lokasi yang sering
di bawa Arwah suami Shidah bersiar bersama
keluarga.



Agak lama juga saya tidak ke sana.

Sesampai di atas bukit, punyalah banyaknya
Lotong antara spesis monyet juga, tapi ia
lebih hitam daripada beruk, kera mahupun
monyet.


Menurut petugas di sana, lotong yang mendominasi
kawasan di sekitar Bukit Melawati memang jinak.

Manjanya Mr Lotong.....

Dan daripada pemerhatian saya, lazimnya bagi satu satu lokasi yang sering dikunjungi pelancong,
terdapat peniaga bermotorsikal yang menjual
minuman atau makanan ringan.

Agak berlainan di sana, kerana peniaga menjual
makanan untuk diberikan kepada penghuni
tetap di Bukit Melawati iaitu Mr Lotong dan
keluarganya.


Kacang panjang, Ubi Keledek, pisang, di jual
di antara Rm 1 ke Rm 5.

Dan satu yang menarik perhatian saya, tatkala
anak anak kecil Lotong masa usia kecil, bulunya
berwarna perang tetapi meningkat dewasa terus
menjadi hitam......

Anak dikendung berwarna keperangan....

Sungguh besar kuasa Allah Maha Pencipta.....

Wednesday, January 11, 2012

Ombak mengganas meragut nyawa dua anak di depan mata......

Seperti yang saya tulis dalam entri semalam, hari ini saya
kongsikan kisah keluarga Encik Mohd Fauzi Aliuddin yang
kehilangan dua anak lelaki dalam sekelip mata di
Pantai Desaru.


18 Disember 2011, pasti satu tarikh yang tidak mudah
di lupakan dalam episod kehidupan keluarga yang
bermastautin di Ulu Tiram, Johor ini.

Tarikh yang sama adalah tarikh hari jadi anak
bongsunya Siti Aishah, 12 tahun ketika itu.

"Itulah kali pertama keluarga kami berkelah di situ
dan dalam tempoh kurang sejam, saya kehilangan
dua anak yang saya kandung 9 bulan 9 hari
sekali gus," Zuraini Adnan 47 tahun, menjawab
soalan saya.

Bergenang airmata ibu menceritkan peristiwa 
kehilangan dua anak lelaki sekaligus.......

Dalam kejadian kira kira 12.30 tengahari, dua anak
Zuraini, Mohd Fazli Fauzi, staf di Kilang Rapidscan
dan adiknya Zulkhairi, 16 tahun pelajar tingkatan
empat Sekolah Seni Johor Bahru, lemas dihanyutkan
ombak ketika mandi laut.

Bapa dua beradik itu, Mohd Fauzi, cuba membantu
tetapi dia sendiri hampir lemas sebelum diselamatkan
pengunjung lain.

"Sebab kan anak, saya beranikan juga, kalau tenguk
ombak tu memang takutlah.

Saya dapat pegang si adik yang umur 16 tahun, dapat
pegang cuba tarik dari belakang.

Saya tarik bahu, tarik bajunya, tapi ombak tu memang
berturut turut besar dan memang tak boleh bergerak.

Saya rasa diri saya pun dah ke tengah dan kaki pun
dah tak capai.....

Si abang pun dah di tengah dan nampak cuba berusaha,
tapi.....dah ajal mereka", katanya reda dengan kejadian
yang menimba kedua anak lelakinya dan menganggapnya
sebagai ketentuan Illahi.

Redha dengan ketentuan Illahi

Daripada pandangan mata kasar, Fauzi, Zuraini dan
ketiga puterinya nampak tenang, namun jauh disudut
hati mereka, mungkinkah pedih menyuluh diri....

Bayangkan betapa besar dugaan dan cabaran
yang dihadapi bagi Fauzi dan keluarganya.

Tika mentari sibuk melabuhkan tirai malam, sebelum
kejadian keesokan harinya....
Zulhairi bertanyakan kakaknya Zulaika, apa tanda tanda
seseorang yang akan meninggal dunia?????????

Paparan seterusnya, rakan rakan blogger jangan
lupa "melihat, mendengar dan merasakan" apa yang
dihadapi mereka dalam "SAKSI MAUT".

Paparan kisah dua beradik mangsa lemas ini akan
disiarkan 31 Januari 2012 jam 10 malam hanya
di TV9......


Rakan rakan dari Sekolah Seni JB menziarahi pusara
 Zulhairi dan abangnya

Alfatihah buat kedua beradik yang telah pergi
buat selamanya bertemu Yang Maha Esa........

DaripadaNya kita datang, kepadaNYA kita kembali......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...