Ads by nuffnang

Saturday, January 14, 2012

Sepetang bersama keluarga Mr Lotong.....

Hari ini seharian saya di Ijok dan Kuala Selangor
untuk merakamkan satu lagi episod kehidupan
kisah meruntun jiwa untuk program Saksi Maut,
Episod 4 bersama Fieza, wartawan yang
ditugaskan.

Kisah Rashidah Abd Samad, dia terbabit dalam
kemalangan pada 13 September 2010 dalam
perjalanan untuk menghadiri kenduri arwah
bapa mertuanya di Muar, Johor.

Dalam kejadian terbabit, suaminya Koperal Rubaie
Abdul Rahman dan anak sulongnya Nur Aziera 15 tahun,
meninggal dunia di tempat kejadian.

Esok, Fieza akan menyambung penggambaran
di Muar bersama Shidah dan 2 puterinya.

Shidah dan dua puterinya.....

Menyentuh tajuk blog saya hari ini, kami sempat
ke Bukit Melawati, antara lokasi yang sering
di bawa Arwah suami Shidah bersiar bersama
keluarga.



Agak lama juga saya tidak ke sana.

Sesampai di atas bukit, punyalah banyaknya
Lotong antara spesis monyet juga, tapi ia
lebih hitam daripada beruk, kera mahupun
monyet.


Menurut petugas di sana, lotong yang mendominasi
kawasan di sekitar Bukit Melawati memang jinak.

Manjanya Mr Lotong.....

Dan daripada pemerhatian saya, lazimnya bagi satu satu lokasi yang sering dikunjungi pelancong,
terdapat peniaga bermotorsikal yang menjual
minuman atau makanan ringan.

Agak berlainan di sana, kerana peniaga menjual
makanan untuk diberikan kepada penghuni
tetap di Bukit Melawati iaitu Mr Lotong dan
keluarganya.


Kacang panjang, Ubi Keledek, pisang, di jual
di antara Rm 1 ke Rm 5.

Dan satu yang menarik perhatian saya, tatkala
anak anak kecil Lotong masa usia kecil, bulunya
berwarna perang tetapi meningkat dewasa terus
menjadi hitam......

Anak dikendung berwarna keperangan....

Sungguh besar kuasa Allah Maha Pencipta.....

4 comments:

  1. Akak lotong tu tak pernah gigit orang ke? Seram juga saya tengok...

    ReplyDelete
  2. sesuatu yg baik untuk dikongsi...
    elok bawa keluarga kesini...
    comelnya anak lotong yg berwarna perang dan ibunya berwarna hitam..
    - baru tahu.. jika tidak tu memang tak tahu...

    ReplyDelete
  3. Masya Allah, baru ni tgk rupa anak lotong yg bulunya kaler brown keemasan tu..

    ReplyDelete
  4. Salam. Pertama kali melihat rupa anak lotong. Tentu ramai orang yang tak tahu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...