Ads by nuffnang

Tuesday, January 10, 2012

Bukan Ombak Rindu tapi Ombak Mengganas........

Jumaat lepas, saya ke Johor untuk tugasan Saksi Maut
siaran TV9 yang akan memulakan siaran pertamanya
pada 31 Januari 2012 jam 10 malam.

Bertolak pun agak lewat jam 11 pagi kerana saya perlu
menghadiri mesyuarat untuk satu lagi program baru
untuk TV9 juga yang akan disiarkan pada bulan April
nanti.

Di pertengahan jalan di Negeri Sembilan, kami berhenti
makan tengahari dan krew menunaikan Solat Jumaat.

Justeru kami telah buat temujanji dengan seorang
daripada individu yang menjadi saksi maut kepada
kejadian lemas di Desaru, jam 5.30 petang jadi kami
pun terus menuju ke Pantai Desaru.

Sebenarnya entri hari ini lebih kepada kisah di sebalik
tabir apa yang terjadi kepada kami.

InsyaAllah esok saya kongsikan kisah dua beradik yang
lemas dan berkongsi detik detik menyayat hati bersama
keluarga mangsa.

Menyambung kepada tugasan di Pantai Desaru,
melihatkan ombak yang memukul pantai memang
mengerunkan.

Ombaknya memang besar menghempas pantai dan
seolah olah kemudian menarik ke laut....

Selesai sesi interview bersama Mohd Nabil Shafie, jurukamera kami Jebat menyambung penggambaran
di pesisir pantai.

Dok terlalu asyik merakamkan buih buih di pantai,
percikan ombak terkena kamera dan "tupp"
langsung kamera meragam.

Juruteknik Rahman atau mesra dengan panggilan
Man Bai, lantas melihat dan 'buatlah apa yang patut"
tapi kamera tidak memberi kerjasama.

Mujurlah rakaman di pantai hampir selesai.

Kami menginap di hotel The Zon, Johor Bahru dan
sampai di hotel jam 9 malam.

Man Bai cuba juga untuk memperbaiki kamera
terbabit dan ternyata memang tidak boleh di
gunakan langsung.

Mereka mengambil keputusan untuk pulang
semula ke Sri Pentas dan menggantikan dengan
kamera lain.

Mereka bertolak kira kira jam 11.00 malam dan
sampai ke Sri Pentas jam 2.30 pagi.

Dan kembali semula ke Johor Bahru dan sampai
jam 7 pagi.

Sungguhpun saya tidak mengikuti mereka, tapi
malam tu saya tak lena tidur khuatir keselamatan
tiga krew yang bergilir memandu.

Sabtu, sepatutnya temujanji kami dengan keluarga
mangsa lemas di rumah mereka di Ulu Tiram jam
9 pagi, maka saya tunda ke jam 11 pagi untuk beri
ruang seketika bagi krew untuk berehat.

Pengambaran di rumah mangsa bersama keluarga
dan sahabat handai mangsa yang menziarah, berjalan
lancar.

Beberapa detik yang dirakamkan sememangnya
membuat saya dan krew sebak dan bergenang
air mata.

Selesai rakaman di pusara disemadikan kedua
beradik serta minum petang bersama keluarga
mangsa, kami pulang ke hotel dan mulanya rasa nak
update blog tapi dah letih sangat terus tidur.

Ahad, selesai sarapan pagi jam 8.30, kami terus
"check out" dan menuju ke Tanjung Pengelih,
Pengerang untuk rakaman bersama pihak APMM
(Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia).

Dengan kerjasama pihak APMM diketuai Leftenan
Madya Maritim Safril Aza Mustapa, Pegawai
Operasi DM7, Tg Sedili, kami menaiki bot peronda
untuk melihat dari sisi gelombang ombak di
tengah laut.

Dua puluh minit pertama berlepas dari jeti, saya
dan krew menikmati suasana deruan angin laut
dengan tenang dan nyaman.

Sempatlah ambil beberapa keping gambar.

Dah mula masuk tengah laut, kira "open sea",
tetiba hujan lebat, semua krew masuk ke dalam
bot dan masing masing dah mula resah.

Mana tak resahnya, macam naik roller coaster
rasanya, dilambung ombak kemudian terentak
rentak dan berbuai buai.

Tatkala naik roller coaster, kita dah boleh agak
curamnya keadaan, tetapi bila gelombang ombak
yang di anggar di antara tiga ke lima meter,
membuaikan bot dalam hati dok bacalah apa
yang patut.

Boleh dibayangkan jika seseorang lemas di laut dengan
keadaan gelombang yang kuat, memang sukar untuk
diselamatkan lebih lagi jika tidak menggunakan jaket
keselamatan.

Dua krew Jeevan dan Mustapa dah mabuk laut terus
terbaring dan beberapa kali ke tandas dalam bot terbabit.

Jebat, Man Bai dan Almaz pun dah duduk termenung
aja.

Perut saya pun dah rasa semacam dan mula sendawa
angin.....

Hati dah mula berkata kata,

"Control Chik Inn jangan sampai muntah".

Saya memang biasa menaiki kapal, bot peronda,
bot nelayan untuk mencandat sotong dan pelbagai
kenderaan air lain. 

Dan agak biasa juga sesekali berdepan dengan
ombak yang kuat, tetapi kali ini saya memang tewas
dengan Ombak Yang Mengganas di Laut China Selatan
yang sememangnya masih dalam musim tengkujuh.

Maka akhirnya dua kali saya ke tandas dan muntah.......
memang meletihkan....

Lebih tiga jam atas bot peronda bagaikan enam jam.

Akhirnya, demi untuk keselamatan semua,  kami
mengambil keputusan untuk pusing semula kerana
untuk ke kawasan Pantai Desaru mengambil masa
30 minit lagi dan keadaan gelombang ombak makin
kuat.

Jangan cari pasal......

Itulah antara risiko krew penerbitan untuk menghasilkan
satu satu rakaman, kadangkala visual yang  hendak
digunakan kurang dari 3 minit, tetapi cabaran yang perlu
di hadapi memang banyak.

Setelah kembali ke jeti dan makan tengahari
(jam 2.30 petang), kami kembali ke Pantai Desaru untuk
tambahan rakaman.

Sepatutnya kami ingin melakonkan semula detik detik
kedua mangsa yang lemas di pantai terbabit, tetapi
berikutan keadaan ombak yang masih kuat beserta hujan,
kami terpaksa membatalkan perancangan terbabit.

Alhamdulillah, kami sampai di Sri Pentas kira kira
1.30 pagi......Mustapa pemandu kami yang paling
mabuk laut, ok sepanjang jalan....dengan kami bergilir
berbual dengannya.....

Saksi Maut dengan singkatan S.M  turut juga kami 
singkatkan kepada Saksi Mabuk Laut.....

Cubaannnn..........

Sesi temubual dengan Mohd Nabil


Almaz, Man Bai dan Mustapa sebelum Ombak Mengganas.....

Krew bersama angggota APMM, Leftenan Aza di sebelah kanan saya

4 comments:

  1. Pengalaman menarik Chik Inn..
    Kalo saya..mmg x sanggup nk jad wartawan..x layak!

    ReplyDelete
  2. eeei..saya yg penakut air ni..lagi le takkan dekat ngan ombak2 besar ni..

    tapi cerita ombak rindu saya berani le tgk..hehehe

    ReplyDelete
  3. Chik inn..
    Payah juga nak menghasilkan satu2 dokumentari....
    Menyabung nyawa juga..
    Semuga chik inn terus menghasilkan doku/ siri yg hebat...

    ReplyDelete
  4. Chik Inn..Kalau saya mmg dah surrender dr awal.. mmg tobat la part2 naik pengangkutan air ni.. even tak pernah mabuk laut, tak sanggup lg dah nak naik lg.

    Takziah kpd keluarga mangsa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...