Sekejap saja masa berlalu, esok dah masuk 2 haribulan
Januari 2012.
Bagaimana dengan misi, azam atau perancangan 2011,
ada yang tercapai atau sekadar ditulis muka pertama
diari 2011???
Apapun anggaplah yang baik dijadikan teladan dan
pengalaman berguna dan yang kurang baik dijadikan
sempadan, dan kita belajar daripada kesilapan.
InsyaAllah tahun 2012 membawa kesejahteraan dan
kebahagian buat kita semua.
Tengahari tadi saya ke pusat membeli belah One Utama,
ada nak cari beberapa barang keperluan harian.
Baru pukul 11.30 pagi tapi tempat letak kereta dah
penuh, maklum cuti tahun baru, ramai bersiar siar
bersama famili dan kengkawan lah kot......
Nasib baik saya memilih One Utama, justeru tempat
letak kereta dah penuh, saya terus ke Sri Pentas, dan
letak kereta kat ofis dan berjalan ke Jusco.
Punyalah ramai orang.....tapi satu yang seronoknya
ketika di pasaraya Jusco, banyak betul promosi terutama
yang membabitkan jualan minuman.
Air berkarbonat lah, susu lah, koko lah, teh lah, asyik
di pelawa "promoter" untuk minum air yang dipromosikan.
Saya rasa rakan rakan blogger pun biasa dipelawa oleh
"promoter" mencuba minuman yang dipromosikan.
Andaikata kalau perut ini boleh berkata kata, pasti ia
pun jadi "pening" dengan dua - tiga jenis minuman yang
saya cuba.
Dan ketika saya di One Utama, antara kedai yang
menjadi pilihan ramai adalah kedai "CANDYLICIOUS",
kedai yang menjual pelbagai candy, gula, coklat, manisan
dan macam macam pun adalah.
Tenguk saja bagaimana mereka peragakan kedai
terbabit, kalau orang dewasa macam saya pun teruja
inikan pula di kalangan kanak kanak.
Kalau saya membeli dan makan "lolipop gergasi" yang
diperagakan, saya rasa mesin yang menyukat kandungan
darah saya, pasti tak boleh mengeluarkan bacaan.
Bagi sesiapa yang mempunyai diebetes seperti saya,
masuk ke dalam kedai tu memanglah boleh, tapi bila
bab nak merasakan manisan tu, biarlah berpada-pada.
Kesihatan perlukan diutamakan........
Beratur nak beli popcorn..... |
Memang teruja betul tenguk "lolipop' yang diperagakan.... |
Chik Inm should try pop corn kat candylicious tu. alhamdulillah sedapppp:)
ReplyDeleteSheeda,
ReplyDeleteMemang dah try pop corn kat candylicious tu, dan harganya pun memang "sedap".........
huhu cemana agaknya nak habiskan lolipop sebesar tu ek..mmg yg tak kena kencing manis pun boleh kena ni..huuhu
ReplyDelete