Ads by nuffnang

Saturday, January 21, 2012

Tahun berganti...Umur bertambah.....

Alhamdulillah, bertambah setahun lagi umur saya
hari ini.....dah pertengahan 4 series.....



Ajal maut ditentukan Yang Maha Esa...

Makin bertambahnya umur seseorang itu, makin
dekatlah rasanya kita akan bertemu dengan
Allah Maha Pencipta...... justeru bagaimana bekalan
kita untuk menemuiNYA nanti.......

Saya tertarik dengan petikan yang tertulis....

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber
kekuatan....

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber
ketenangan....

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber
kebijaksanaan....

Ambillah waktu untuk berehat, itu adalah sumber
kesegaran...

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah...

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci
menuju syurga......

Renung renungkan.....

Terima kasih kepada rakan rakan yang mengirimkan
ucapan dan doa pada hari kelahiran saya
di Facebook mahupun sms.

Moga sama sama kita sentiasa dalam peliharaanNYA
dan terus diberkati dunia dan akhirat......

Haa...hari ini, hari ketiga saya bertugas di Kedah
untuk satu lagi episod Saksi Maut, justeru tak adalah
makan makan kek dengan rakan rakan di ofis
seperti tahun lepas.....jamuan "terkejut" yang mereka
buat....

Sampai KL, memang dah letih sangat, tapi adik adik
angkat saya, Liza, Nora, Zahir ajak sangat makan malam
di Restoren Muhibah di kawasan Sungai Penchala,
pergilah juga......

Kesian tak dapat bawa si Adam Iskandar, sawa albino
kesayangan saya untuk meraikan dan makan bersama.....
(makan bersama macam sambutan tahun baru cina
pulak) kalau bawa mau pengunjung lain cabut lari......

Lazimnya kalau hari jadi, saya suka membeli sesuatu
untuk diri sendiri sebagai tanda ingatan...bukanlah
sesuatu yang berharga tinggi, kira seadanya......

Berikutan memang tak ada masa, kerana sibuk dengan
tugasan, maka saya hanya sempat membeli fridge
magnet.

Itupun kerana di jual di atas pesawat Firefly yang saya
naiki petang tadi.....

Comel juga fridge magnetnya....tenguk kat bawah ini....



Bagi sesiapa yang turut menyambut hari lahir sama tarikh
dengan saya pada 21 Januari...Selamat Panjang Umur,
moga kita sentiasa dalam peliharaanNYA......dimurahkan
rezeki dan diberi kesihatan yang baik......

Aminn.......

5 comments:

  1. Happy birthday Chik Inn.. moga sentiasa dlm lindungan dan rahmat-Nya selalu. Amin.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari ulangtahun kelahiran Chik Inn. Semoga rahmat dan kasih Ilahi sentiasa bersamamu. Amin. :)

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Lahir buat Chik Inn. Semoga sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah.

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari lahir...sama tarikh ngn anak saya...semoga cik mazlin sentiasa success.

    ReplyDelete
  5. Eppy besday Chik Inn...umo sekadar angka dik tp yg penting amalan kita semua...moga terus tabah menghadapi cabaran hidup. Akak suka penampilan Chik Inn dari hari ke hari...Alhamdulilah!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...