Ads by nuffnang

Saturday, December 31, 2011

Fisio oh fisio........

Lazimnya kalau hujung minggu iaitu pada hari Sabtu
atau Ahad, jika saya tidak ada tugasan luar, saya akan
beriadah atau "fast walking" di Taman Kiara, Taman
Tun Dr Ismail.

Tapi pagi ni selepas sarapan pagi jam 8 saya terus
ke AmpWalk Mall, Jalan Ampang untuk sesi fisioterapi
di DBC physiotherapy & Active Rehabilitation Centre.

Ini rentetan kepada keputusan MRI yang saya buat
tempuhari kerana masalah lengan kanan saya.

Saya di jangka berulang alik ke sana di antara enam
ke lapan minggu, andainya tiada perubahan, kenalah
saya buat pembedahan.

Pusat fisio ini nampak macam gimnasium, tetapi
sebenarnya sesi latihan yang diatur untuk setiap
pengunjung.....aduh macam nak tercabut lengan
saya lebih lagi dikatakan otot otot dah jadi malas....

Petugas di sana yang kebanyakannya golongan
muda, sangat peramah dan sentiasa memberi
semangat.

Nampak aja sebahagian peralatan yang digunakan
"sempoi" tapi bila menggunakannya, memang
mencabar.....

Jagalah kesihatan sebaik-baiknya.....

Antara petugas di DBC


Nampak aja macam stereng kapal tapi bila menggunakan terasa segala
otot lengan macam nak tercabut



Tahun 2011 akan melabuhkan tirai dan selamat
datang 2012.

Moga tahun mendatang ini memberi kita semua kesihatan
yang baik, dimurakan rezeki, dipermudahkan segala
episod kehidupan kita dan sentiasa mendapat hidayah
dan dalam peliharaanNYA.

1 comment:

  1. Salam. Selamat Tahun Baru 2012 buat Cik Inn (maaf sebab agak terlambat).

    Saya doakan semoga masalah lengan Cik Inn tu tidak berlarutan sehingga memerlukan pembedahan. Saya pernah merasai sendiri pengalaman menjalani pembedahan pada 8 tahun yang lepas. Syukurlah Allah masih memberi kesempatan untuk saya menikmati kehidupan hingga ke hari ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...