Pagi ini unit kami mengadakan "pot luck" sarapan
bersama staf Primeworks Studio khsusnya unit "Magazine
and Documentary".
Bukannya majlis khusus, sekadar suka suka akhir tahun.
"Pot luck" kali ini beberapa staf "otai" yang
bertanggungjawab untuk membawa makanan iaitu
Azizah Ariffin dengan beehonnya, Noraini Tahir menaja
nasi lemak, Nuraeshah Malik dengan roti jala,
Junaidah Md Din popiah otak otak, Hartina Harun puding
jagung dan saya dipertanggungjawabkan untuk
penyediaan minuman.
Kalau saya nak buat sendiri air memang payahlah,
jadi saya menempahlah dari kantin kami.
Nak jadikan cerita, rakan rakan dah mula bersarapan pagi,
Teh Tarik 2 jag dan Nescafe O, 2 jag tak sampai juga,
maka jadi bahan lawaklah air yang sampai lewat tu.
Dok tengah asyik menikmati sarapan pagi,
pelakon meningkat nama Neelofa kebetulan ada di
pejabat kami untuk rakaman Nona, maka kami pun
jemputlah dia makan bersama.
Dan kesempatan yang ada turut diambil saya dan rakan
untuk mengabadikan gambar dengan Neelofa.....kira
tambahan koleksi bersama artislah......
Wardina yang baru selesai mengacarakan Malaysia Hari Ini
turut bersarapan bersama kami.
Akhir bulan depan, staf "peringkat pertengahan" pula yang
akan menyediakan "pot luck".
Beginilah antara cara staf PWS merapatkan hubungan
silaturahim, kalau makan di kantin masing masing duduk
berasingan.
Jadi kalau macam ni, duduk bersama sambil
berbual dengan pelbagai topik antaranya persediaan
anak anak untuk ke sekolah di samping perancangan
produksi untuk tahun depan.

Air tak masak lagi ke Chik Inn????? Rakan rakan mengusik......... |
Akhirnya sampai juga Teh Tarik dan Nescafe O |
Kek tajaan Aien |
Neelofa nak minum agak terganggu kerana ada saja staf nak ambil gambar dengannya. |
Wardina dengan aksi tersendiri |
Bestnyer dapat jumpa ngan Meelofa =D
ReplyDeletewahh ramai nak bergambar sama2.
ReplyDeletewah, best nyaaa dapat buat potluck camtuh, pastuh makan sembang reramai. ;)
ReplyDeletebestnyer..paling best kek tuuu..hehehe
ReplyDeletecik inn, byk sgt iklan, samapi susah nak baca, pastu blog ni automatik akan terus ke bawah, show iklan dulu dr post cik inn, naper ek?
ReplyDeleteni le untungnya kerja kat stesen tv kan
ReplyDeleteZul,
ReplyDeleteBab blog automatik akan terus ke bawah tu, Chik Inn pun tak tahu lah apa puncanya...Chik Inn bab teknikal macam tu memang tak tahu, bab menulis dan berkongsi citer oklah....Mungkin ada kengkawan blogger lain tahu dan dapat membantu???
Jemarioren,
Memang bila kerja kat stesen tv ni, memang kerap berjumpa dengan ramai selebriti dan personaliti...kira kamera memang sentiasa standbylah...
Cekkeya,
Potluck buat sebulan sekali oklah dan waktu sembang tak bolehlah lama sangat....kebetulan semalam bos besar cuti...so kami merdekalah kejap....
hi
ReplyDeletehttp://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=622806&extra=page%3D1
betulkah benda ini?