Ads by nuffnang

Saturday, December 3, 2011

Kenduri buah buahan.....

"KOSONGKAN PERUT", sebelum datang dan "ISIKAN"
disini.......

Buah buahan yang segar dari kebun rumah mengelilingi rumah

Itulah sms yang saya terima kelmarin daripada
kakak angkat saya Natrah Abdullah yang menghuni
di Sg Plong, Sungai Buloh, Selangor....

Pasangan Datuk Dr Nordin Selat dan Datin Natrah

Justeru, tengahari tadi saya dan rakan saya Nurfarahin,
Noraini dan Nora menyerang ke rumahnya yang begitu
mendamaikan dikelilingi pokok durian, rambutan,
manggis dan beberapa buah buahan tempatan lain.

Sampai saja rumah terus dijamu nasi lemak,
berlaukkan sambal udang, sambal ikan bilis,
ayam goreng, lempeng  dan Kak Natrah
memang pandai masak.

Lepas selesai makan dan berbual bual dengan
suami Kak Natrah iaitu Dr Nordin Selat,
kami pun dihidangkan dengan pelbagai buah buahan
tempatan yang ditanam keliling rumah.

Dan yang pasti durian menjadi tumpuan kami......

Rezeki jangan ditolak.....

Tapi memandangkan tahap umur kami ni semuanya
dah "4 series" jadi makan tu kena beringat-ingatlah....

Terima kasih banyak Kak Natrah dan Dr Nordin....

Siap dapat "take away" lagi .......



Noraini memang suka makan durian.....




7 comments:

  1. wah best n syiokkkk! :)
    lama tak makan durian. ;)

    p/s: lama tak singgah sini blogwalking. ;) sorry chik inn. ;)

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dapat makan buah2an yang segar dari ladang. :)

    ReplyDelete
  3. my favorite. sedapnya ...
    bnyk rambutan skrg ni, durian juga, tapi sesetengah kwsn. rasa mcm bukan musim ?.
    apapun, dpt chik inn mkn...

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaa Cik Mazlin...
    Lama tak nampak Kak Farahin... masih sweet je dia.

    ReplyDelete
  5. kpah memng suka makan durian...tapi dah ada darah tinggi ni..kenalah berhati-hati bila makan...( maaf cik inn..lama tak tanya kabar cik inn kat sini)..

    ReplyDelete
  6. amboi......puas hati nooo..nikmatnya buahan tempatan...Murah rezeki dato ye...:)

    bestnya cik innn dapat kakak angkat baik hati...

    ReplyDelete
  7. uishhh...sedapnya deghoyan!

    skrg ni mmg tgh musim buah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...