Semalam seharian saya di Selatan Tanahair kerana ada
temujanji dengan responden bagi tugasan program baru
Saksi Maut.
InsyaAllah rakaman penggambaran akan dibuat pada
minggu pertama Januari tahun depan.
Entri mengenai penggambaran di sana akan saya
kongsikan kemudian.
Hari ini saya ingin menulis sikit mengenai satu lokasi
tarikan terbaru di Johor khususnya di Kulaijaya iaitu
Johor Premium Outlets atau JPO.
Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Disember lalu.
Rasanya ramai rakan blogger dah mengetahui mengenai
JPO malah saya pasti ramai juga dah sampai ke sana.
Berikutan semalam, hari x'mas dan cuti bersambung
hingga ke hari ini, punyalah ramai pengunjung
memanafaatkan cuti bersama keluarga serta rakan
dan rasanya JPO antara menjadi pilihan.
Tak tahulah memang nak beli belah atau sekadar nak
berkunjung macam saya juga.
Ibarat kata kalau orang tanya, dah sampai JPO, maka
pastilah jawapan saya dah sampai.....
Terdapat lebih 80 jenama yang dijual dengan
menawarkan potongan harga sebanyak 25 hingga
65 peratus saban hari.
Beberapa butik yang menjual beberapa "jenama"
yang memang digemari, pengunjung perlu berbaris
panjang untuk masuk ke butik.
Mak oiii......tak laratlah .....saya nak beratur lama,
memang tak dinafikan harga yang ditawarkan memang
agak rendah, tapi perlu beratur nak masuk, beratur
nak cuba pakaian yang hendak dibeli, beratur
untuk membayar.....
Nak beli makanan ringan, bayar tempat letak kereta,
nak ke tandas pun perlu beratur panjang, sabar ajalah......
Sebab ramai sangat orang, lagipun temujanji saya
dengan responden di Kota Tinggi sebelah petang,
maka kira saya ke JPO tu Touch and Go ajalah.
Saya hanya beli satu kemeja Timberlands sebagai
kenangan dah sampai ke sana......kira baju kerjalah....
Bagi saya, nak membeli belah tu tak kira di mana sekali
pun, yang paling penting, bila membeli, perlu lah
membeli dengan berhemah dan elakkan pembaziran.....

Salam Chik Inn, nampaknya kalau tidak berduit tidak dapatlah ke JPO. Nanti meleleh air liur.. Huhuhu...
ReplyDeleteTahniah Chik Inn kerana dapat mempertahankan tahap keimanan dengan hanya membeli sehelai baju sahaja.
Neeny
amboiii Cik Inn, akak yang org johor ni tak sampai lagi.. Johor tu kg laman je..heee..INSYALAH nak gak ke sana nanti..
ReplyDelete