Ads by nuffnang

Thursday, December 22, 2011

HILANG 2 INSAN TERSAYANG.......

Tatkala ajal sudah ditentukan, sesaat tidak dapat
lari, hanya perasaan menyimpan perasaan yang 
meruntum hati.....

InsyaAllah, Januari 2012, satu program baru akan
ke udara di TV9 setiap Selasa jam 10.00 malam.

Ia memfokuskan kepada beberapa individu yang
menyaksikan sendiri beberapa tragedi meragut
jiwa yang disaksikan di depan mata dan menjadi
ingatan sepanjang hayat.

Korban nyawa tidak kira kemalangan jalanraya,
kebakaran, lemas, tanah runtuh mahupun diserang
haiwan.

Pagi tadi saya dan krew produksi program yang
diberi nama "Saksi Maut" ke Jinjang berjumpa
seorang insan yang kehilangan 2 insan tersayang,
anak meninggal diserang asma, suami maut
dilanggar kereta.

Ketika masih berduka dengan pemergian anak
sulungnya kira kira empat bulan lalu, Norhana Roslan,
23 tahun, sekali lagi menerima dugaan tatkala
suaminya maut di sebuah stesen minyak di
kilometer 6.4 meter Jalan Ipoh, 30 November lalu.

Mesra dengan panggilan Ana yang kini hamil
empat bulan, menerima khabar mengenai kematian
suaminya Md Nazi Md Anual, yang bertugas
sebagai pengawal keselamatan jam 6.30 petang.

Ditemani abang iparnya, dia terus ke tempat
kejadian dan dimaklumkan, suaminya telah pergi
buat selamanya.

Alfatihah buat Arwah Nazi.

Tatkala Ana berkongsi isihatinya mengenai kehilangan
insan tersayang, kami turut bergenang airmata.
 
"Saya kini hilang tempat bermanja dan bergantung kasih, 
anak saya kandungkan ini tidak dapat ditatap arwah
yang memang sedih dengan pemergian anak pertamanya",
Ana sayu dan mengalirkan airmata.

Dia turut menunjukkan motorsikal yang dinaiki arwah
suaminya yang beli untuk Ana sempena harijadi Ana.

Berikutan keadaan cuaca yang mendung, beberapa
perancangan penggambaran perlu ditangguhkan
antaranya untuk ke pusara dua insan tersayang
yang disemadikan berhampiran antara satu sama lain.

Sukar untuk kita bayangkan bagaimana perasaan Ana
ketika menerima berita yang menjadi ingatan sepanjang
hayatnya.

Dia redha dengan ketentuan Yang Maha Esa, namun 
perasaan sedih terus menyelubungi dirinya........

Beberapa orang awam yang menyaksikan kemalangan
terbabit turut berkongsi pengalaman mereka ketika
kejadian.

Dari Allah kita datang, kepadaNYA kita akan kembali......

InsyaAllah saya akan update dari masa ke semasa, insan
insan yang menyaksikan pelbagai kemalangan untuk kita
turut merasakan apa yang mereka rasa tatkala berada di
lokasi kejadian.

Mereka adalah Saksi Maut......


Ana ditenteramkan ibunya Puan Fatimah

Motorsikal yang dinaiki arwah suami Ana semasa kejadian

Wartawan Linda mengambil maklumat tambahan daripada Ana


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...