Ads by nuffnang

Tuesday, December 13, 2011

Berhati hati bila masuk usia 4 series.............

Lama tak update entri.....nak kata sibuk sangat, tak lah sibuk
tapi memang sibuk lah juga......

Semalam wargakerja yang menetap di Selangor masih
cuti, maka saya mengambil kesempatan ke Gleneagle
Intan Medical Centre untuk pemeriksaan kesihatan.

Huh lebih 7 jam saya berkampung di sana, daripada ambil
darah, jumpa doktor orthepedik, doktor cardiologi(jantung)
buat stress test.....memang penat dan letih gila.

Dah lah pergi sorang sorang, saya penuhi masa baca
Harian Metro dari muka depan sampai muka akhir 
sampai berpinar mata dibuatnya.

Nasib baik jugalah ada bawa Ipad2, kuranglah bosan
menunggu giliran.

Memang ramai di Gleneagle semalam, mungkin sebab
warga Selangor mengambil kesempatan cuti umum, masa
sesuai untuk buat temujanji dengan pakar perubatan
masing masing.

Masa ambil darah, pembantu makmal yang peramah tidak
menafikan peringkat umur di antara  40 ke 50an antara
usia yang perlu diambil berat tahap kesihatan.

Ajal maut ditentukan Yang Maha Esa.

Daripada pemerhatian saya sejak dua menjak ni , memang
beberapa rakan saya samaada warga Media Prima mahupun
rakan di bidang lain, bertemu Maha Pencipta dalam
lingkungan usia 40 ke 50an.

Allah lebih menyayangi mereka, moga ditempatkan di
kalangan orang orang beriman.

Saya sendiri turut merasakan bawa peringkatan umur dan
stamina yang kurang, membuat saya hampir  "gagal" dalam
"stress test" terutama sekali perlu berjalan di atas treadmill
pada waktu yang ditetapkan.

Biasa jalan di Taman Kiara boleh relak dan jalan ikut sesuka
hati, bila kena ujian macam ini baru tahu langit tinggi rendah.

Isnin depan saya akan  ke Gleneagle sekali lagi untuk buat
MRI pulak...dan berjumpa dengan doktor orthopedik.

Nanti saya akan kongsikan pengalaman buat MRI, sebab
Isnin ini kali keempat saya buat MRI.

Bagi rakan blogger yang pernah buat MRI pasti ada
pengalaman tersendiri semasa buat MRI.

Kepada rakan rakan, jagalah pemakanan dan tahap kesihatan
dengan sebaiknya.....di samping memohon kepadaNYA....

Cegah sebelum parah.......



8 comments:

  1. Betul tu Chik Inn ... dulu sebelum sampai 4 Series main bantai jer, semua boleh makan. Dah masuk 4 Series ni, makan daging lebih sikit mula lah pening. Hahahaha ... mak dah pesan jangan makan daging merah banyak sangat tapi dogil gak, bila dah pening sendri mahu ingat. Masa tu lah sibuk nak minum Oat... hahahaha. Menulis dari pengalaman nih. Lepas tu badan dah kurang bau perfume, lebih bau minyak angin. Yang memang selalu ada dalam handbeg tak termasuk Yoko Yoko lagi tu :)

    ReplyDelete
  2. Salam Chik Inn.. ha'a.. lama u tak update blog.
    Tapi U oll kat TV3 nampak awet muda belaka... klu Chik Inn tak sebut aritu, saya pun ingat Chik Inn baya2 saya je. (Saya lg 2 tahun 4 series.. berdebar ni.. hehe).

    ReplyDelete
  3. Chik inn..
    Masuk MRI pengalaman yang sangat membuatkan kita kecut perut..
    Terasa bagai ditinggalkan seorang diri dalam 'terowong'....
    Ambil masa yg sangat lama..rasanya...
    Jika dah tahu..tak sanggup kan nak lalui lagi...

    ReplyDelete
  4. kakyong bbrp minggu ker lagi akan mencecah usia 40.. huhuu.. tua dah..

    test MRI ni utk apa yer???

    ReplyDelete
  5. as salam Chik Inn...br dpt dngr citer2 terbaru...seronoknyer klau dpt merantau
    ke tempat org...tp klau memandangkan keadaan
    keluarga saye rasenyer hanye dlm mimpi la
    jawabnyer....ape2 pun dgn harapan Chik Inn
    sentiasa sihat sentiasa senyum dan jgn
    STRESSSSSSSSS.....:)

    ReplyDelete
  6. tq chik inn atas peringatan dan nasihat..tak penah masuk MRI lg so far..mcm takut je duk dlm tu sorang2 kan..huhu

    ReplyDelete
  7. Duduk dalam 'terowong' MRI tu rasanya bagaikan duduk dalam bangunan yang sedang giat dibina - bising dengan bunyi gedegung-gedegang tak berhenti2.

    ReplyDelete
  8. moga Chik Inn sentiasa di bawah lindunganNya dan kuat dalam menjalani kehidupan seharian..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...