Semalam bercadang nak update entri, tapi dah terlalu
letih seharian di Gleaneagles Medical Centre, maka
balik rumah terus tidur.
Memang hari yang panjang buat saya semalam di sana.
Jam 11.15 saya telah mendaftar di kaunter pendaftaran
pusat perubatan terbabit.
Saya dijadualkan membuat imbasan MRI tepat jam
11.30 pagi.
Dan susulan temujanji dengan doktor jam 2.30 petang,
tetapi sebab ada masalah dengan ejen insuran perubatan
yang baru dilantik Media Prima, maka lebih 2 jam saya
menunggu dalam keadaan "angin seluruh badan"
dan memang meletihkan.
Saya dah bercadang batalkan saja untuk membuat imbasan
bahu kanan saya dan balik tetapi tetiba nama saya dipanggil
dan terus di bawa ke bahagian unit untuk MRI.
Sungguhpun ini kali keempat saya melakukan imbasan MRI,
tetapi semalam saya benar benar gabra dan tidak selesa.
Kali pertama saya lakukan untuk bahu kiri kira kira 7 tahun
lalu, juga di Gleaneagles.
Masa tu belum 4 series dan maklumlah kali pertama buat,
jadi minda dan jiwa pun dah bersedia dan dalam
keadaan selesa.
Kali kedua dan ketiga, saya lakukan imbasan di KLSMC,
lebih kepada mesin imbasan yang agak terbuka.
Berikutan ejen insuran kesihatan yang baru dilantik,
tidak mempunyai panel dengan KLSMC,maka saya perlu
buat di Gleneagles.
Bila kali ini buat dan masuk dalam terowong yang
hanya memuatkan sebujur tubuh dan sejangkal saja
antara muka dan mesin terbabit, tetiba saya jadi panik
dan terus rasa lemas.
"Dik...dik tolong keluarkan akak, akak tak selesa,
akak rasa lemas ni, tangan kiri akak tersepit"......
saya terus menyuarakan dalam keadaan gemuruh.
Staf yang manis dan peramah tu (dah tak perasan
nama dia) pun mengeluarkan saya dari mesin imbasan.
"Akak dah tunggu terlalu lama dengan masalah GL,
hati panas, letih sangat, tu yang gabra semacam kot",
saya menyambung perbualan.
"Tak pa kak, rilek jap", dia menenangkan saya dan kami
berbual seketika.
Ada juga rasa macam nak tangguhkan saja imbasan itu,
tapi fikirkan bahu kanan ini makin sakit, teruskan
jugalah.
Kira kira lima minit kemudian, saya menarik nafas
panjang, bertenang dan membaca beberapa surah, saya
pun membenarkan staf tadi memasukkan saya dalam
mesin imbasan.
Memang terasa juga gemuruhnya tetapi saya cuba
tenangkan jiwa dan terus berzikir dan membaca Ayat Kursi.
Tiga puluh minit rasanya macam 3 jam....
Saya rasa ada beberapa rakan blogger yang pernah
menjalani ujian imbasan ini antaranya Ibu dan Abah dan
Kak Cik......pasti ada sedikit sebanyak perasan seperti saya.
Dah lah bunyi bising macam orang bertukang,
pelbagai benda berlegar dalam minda.....antaranya
jika tetiba letrik bermasalah???????
Keluar daripada mesin, staf tu mohon saya jangan bangun
lagi.
"Kenapa pulak dik, kena buat sekali lagi ke? saya cemas
kembali.
"Doktor nak tenguk dulu ok atau tidak imbasan tadi",....
jawabnya ringkas.
Aduh........
Seketika kemudian, staf tu masuk kembali ke dalam bilik
imbasan dan mengatakan imbasan yang dibuat tiada
masalah.
Syukur Alhamdulillah....
Selesai imbasan dalam pukul 2.10 petang, saya perlu
menunggu 2 ke 3 jam untuk mendapat keputusan imbasan.
Temujanji dengan doktor orthopedik saya dah tersasar
daripada jadual asal 2.30 petang.
Duduklah menunggu dengan penuh kesabaran.
Jam 4.10 petang, barulah keputusan imbasan saya siap
dan saya terus ke klinik doktor orthopedik di bangunan
sebelah.
Saya perlu menunggu lebih 20 minit.
Tatkala berjumpa doktor, dia menerangkan saya tidak
perlu membuat pembedahan waktu terdekat ini tetapi
perlu menjalani sesi fisioterapi Shockwave bagi
jangkamasa ditetapkan.
Semalam saya terus menjalani sesi Shockwave selama
15 minit.
Selesai sesi, doktor memberi preskripsi ubat dan saya
perlu menjalani sesi seterusnya Selasa depan.
Mengikut perancangan awal, jika selesai berjumpa doktor
jam 2.30 atau 3 petang, saya akan sampai ke
Damansara kira kira 4 atau 4.15 petang, justeru saya
telah membuat temujanji dengan anakbuah saya, Nora
untuk makan malam awal.
Selesai jumpa doktor jam 5.10,saya terus menelefon dia,
mengatakan agak lewat untuk mengambilnya dari tempat
kerjanya di Petaling Jaya.
Nora memahami dan menunggu di tempat kerja.
Dalam perjalanan ketika memandu di lebuhraya DUKE,
tetiba saya teringat sesuatu.....
Alamak lupa nak ambil ubat dekat farmasi Gleaneagles......
Nak kata apa......nak patah balik atas highway memang
masalah lah....
Saya menelefon Nora dan memaklumkan apa yang berlaku.
Dia memahami "tekanan jiwa" saya ketika itu dan
mencadangkan mengambil dia dahulu dan dia akan
menemani saya kembali ke Gleneagles untuk
mengambil ubat.
Sampai di Gleneagles kembali, kira kira jam 6.50 petang,
farmasi dah tutup.......
Dugaan demi dugaan yang perlu saya hadapi....
Nasib baik petugas di Gleaneagles memaklumkan boleh
mengambil ubat saya di bahagian kecemasan........
Alhamdulillah, jika tidak pagi ini saya perlu meredah
Jalan Ampang yang lalulintasnya sentiasa sibuk tu.....
Jika tiada masalah kelewatan GL daripada ejen insuran
kesihatan kami,rasanya tidak lah saya menghadapi hari
yang panjang dan meletihkan di pusat perubatan
Gleneagles tu.
Kita merancang, segalanya ditentukan olehNYA.
Saya redha dengan apa yang berlaku dan sememangnya
Allah mengetahui apa yang lebih baik
untuk umatNYA....
Namun perasaan lemas dalam MRI semalam masih
berlegar-legar dalam minda saya sampai sekarang,
tatkala saya menulis entri ini....
Andai ada rakan rakan yang perlu menjalani ujian
imbasan MRI, sebaiknya rilek, tenangkan jiwa, hilangkan
rasa gemuruh dan banyakkan mengingatiNYA.......

Mesin Imbasan MRI yang saya perlu masuk semalam (Photo - dari Google) |
Mesin MRI imbasan terbuka |

Alamak seramnya Sis..
ReplyDeleteKalau dpt mesin gmbr yg last tu tak la mendebarkan sgt kan..
Salam Chik Inn.
ReplyDeleteBaru2 ini, suami kakcik menjalani pembedahan memasukkan skru dalam bahunya (sakitnya masih terasa walaupun sudah lebih sebulan berlalu). Sebelum itu beliau juga perlu masuk ke dalam terowong MRI. Dia juga merasa lemas dan minta dikeluarkan!
Chik inn..
ReplyDeletePengalaman akak masuk dlm mesin tu mmg menakutkan..
Rasa lama sgt..
Hingga terdetik dlm hati..
" depa semua ni dah balik ke... Tinggalkan aku sensorang kat sini..."
Mmg terasa mcm kena tinggal sorang2...
Datang perasaan takut dan panik..
Jika kena ambil BP waktu itu... Sure meloncat naik...
Salam Chik Inn,
ReplyDeleteKak Nab pernah masuk terowong tu ...Allah Ya Allah..sgt takut...tak lupa tarikh tu...29/3/2011...dah lah bilik MRI HTAA tu sejuuuukkk...gigil2 takut + sejuk :(
..masuk dlm tu pakai headfon...ada dia pasang radio ikim...pastu ada bacaan quran...akak terbayangkan akak dlm kubur...
Akak pun sakit bahu..kanan juga...
Kak Nab,
ReplyDeleteBahu kanan akak mengalami masalah apa dan bagaimana keadaan sekarang?
Ibu n Abah,
Saya rasa kalau depa check BP saya masa tu confirm tinggi gila......
Assalamualaikum,
ReplyDeletesaya tertarik dgn cerite pasal MRI tu. kalau saya baca perasaan mereka yg pernah buat, ramai yg rasa seram. saya bekerja di jabatan radiologi. saya juga seorang radiographer yang juga membuat tugasan di bilik MRI. saya cuma cerita pendpat saya sedikit sbanyak. janganlah mudah rasa takut trhadap MRI ni. sebenarnya, dalam semua prosedur radiologi, pemeriksaan Ultrasound dan MRI sahaja yg TIDAK PALING BERBAHAYA DAN TIDAK ADA RADIASI BER-ION. Kalau xray, ctscan, mammo, semua ada kuasa radiasi berion xray yang mungkin berbahaya utk sistem peranakkan.. mungkin sbb mesin tu besar, semua org takut. bahaya utk MRI jika ada bahan besi dalam badan, atau bahan magnet yg kuat..
mungkin sbb mesin tu besar, semua org takut. Sy tak takut pun gan mesin,bunyi bising tu buat kepala sy sakit..dgn masalah telinga lg
ReplyDelete